Hari ini aku pergi ke kedai runcit dengan berbekal duit RM30. Apa aku nak beli? Plannya:
1- Beras 5kg sahaja (RM 13.00)
2- Ayam seekor (RM 8.00 / kg)
Sampai kedai teringat nak buat asam pedas ikan kerisi, lalu aku capai bendi sebungkus. Lepas tu nampak pulak tempe. Terbayang kalau buat sambal tempe dengan kentang dan bilis...adeh, meleleh air liur basi. Akupun capai 2 bungkus.
Pergi kaunter nak bayar. Dalam hati kalau tak cukup duit, kena lepaskan tempe. Huhuhu...
"Dik, kira ayam dulu ya, nak kira cukup tak duit 30 ringgit akak bawak ni", kata aku.
Tauke kedai runcit bernama Zam mengira. Aku pun mengira juga. Kalau tempe tak jadi beli, lain harilah baru buat sambal tempe yang diidamkan. Tidak, tidak, aku bukan mengidam.
"RM29.80, kak. Cukup duitnya. Ada baki lagi kak." Beritahu Zam.
"Ow ada baki ya.",aku lega sebab duit cukup.
"Aah, ada baki..." Zam sambil pulang baki 20 sen.
"Lepas ni, kalau dah campur GST cukup?" Aku bertanya soalan yang dah tahu jawapannya.
"Ada GST kena tambah lagi lah. Hahaha..." Zam ketawa. Akupun ketawa sambil beredar.
Dalam hati merintih..."sekarang kita ketawa bersama-sama Zam. Lepas GST, tak tergamak akak nak ketawa dengan ko..."
Kalau selepas GST berapa akak kena bayar ye? Tolong jawab soalan matemtik ni...
RM29.80 harga belian + 6% GST
= ?
--->> 6/100 X 29.80 = 1.788
--->> 1.788 + 29.80
--->> 31.588
# Jumlah kena bayar, RM 31.60
Ada yang lebih sadis. 2 orang budak sekolah singgah di kedai Runcit Zam untuk membeli. Seorang nak beli ais krim Mat Kool yang berharga seringgit. Seorang lagi nak beli gula-gula getah yang harganya seposen 2 biji. Dia nak beli 4 biji sahaja. Selepas GST berapa yang perlu mereka bayar?
Zam kata kasihan budak-budak tu. Zam cuma berkata-kata.
Kita pula kata apa?
"Wahai anak-anak, inilah masa terbaik untuk engkorang berhenti membeli jajan!"
"Baik mak, bapak. Bapak pun berhenti hisap rokok ya!" - Bertuahlah kalau ibu bapa yang mendapat jawapan macam ni.
0 comments:
Post a Comment