Salam
Semalam, 1 April bermulalah GST di Malaysia. Kedatangan GST 'disambut' begitu meriah sehingga pelbagai ucapan selamat dan muatnaik resit belian menghiasi di media sosial. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga pandai bermain kata tentang GST. Masakan tidak, begitulah hebat pengaruh iklan/drama GST yang dilakonkan di tv. Anak-anak saya juga boleh menghafal sesetengah dialog pelakon-pelakon drama GST tersebut.
Saya sendiri sebelum GST memang turun padang membeli stok barang dapur dan peti. Kononnya nanti barangan akan lebih mahal selepas GST. Memang betul ada barang yang takkan naik dan menten harga asal. Ia ditandakan dengan S (kena GST) dan Z (tiada GST) dalam resit.
resit by PM sewktu membeli belah sambi observed pelaksanaan GST semalam |
Credit FB DS Najib Razak |
Jangan lupa semak resit. Ada peniaga yang tidak mendaftar perniagaan untuk GST tidak layak mengenakan GST kepada pengguna. Tapi, ada peniaga yang mengenakan GST juga! Pengguna pula nak tak nak terpaksa membayar walaupun terfikir diri sudah dianiaya. Begitulah nasib seorang yang saya temui di laman muka buku yang memberitahu resit yang dikeluarkan tiada id GST atau GST no. Laporan salah laku begini boleh dilaporkan kepada KPDNKK di talian 03-88826245. Syaratnya, segala resit pembelian jangan dibuang untuk menjadi bahan bukti. Pengguna harus berani dan peniaga juga seharusnya takut untuk menipu! Jangan hendak mengejar untung beberapa sen atau ringgit, kelak didenda beratus ribu. Tak berbaloi!
Kawan saya bercerita anaknya mahu duit belanja lebih sempena GST. Hahaha...bijak punya anak kecil tu. Anak saya juga eksited bercerita sempena hari pertama GST.
"Ibu nasi lemak tadi masih seringgit. Tak kena GST pun" begitulah ceritanya ketika balik sekolah agama pagi semalam. Cuma ada satu kedai mak cik tu, biasanya menjual kuih muih RM1 bagi 3 ketul kuih sudah menaikkan menjadi 40 sen seketul kuih. Memang di mana-mana juga peniaga sudah meletakkan harga kuih 40 sen seketul.
Tak tahulah berapa lama cerita tentang GST akan berlangsung. Selagi ada GST, selagi itulah orang akan bercerita kerana semua pihak pasti akan mencari kelemahan dan ketirisan sepanjang pelaksanaannya.
0 comments:
Post a Comment