Kad raya
Setiap kali tiba Ramadhan, mesti sibuk tunggu kad raya dari pak cik posmen. Lepas tu mesti mengira, siapa punya kad yang paling banyak. Sedikit keciwa....huhu selalu dapat paling sedikit (2-3 keping jer). Berangan nak dapat banyak tetapi malas nak hantar kat orang lain dulu. Berharap konon-kononnya ada kengkawan yang akan mengingat diri nan seorang ni tapi diri sendiri pun setakat ingat tapi malas nak tulis kad raya...Hehe
Masa belajar, kekadang bajet ciput tak cukup nak beli kad (alasan). Padahal sebab sebenarnya, malas nak pergi kedai beli kad raya. Lepas tu suka kirim pada kawan dan pesan macam-macam pulak tu. Tak nak yang bunga-bunga, nak yang kartun, nak yang untuk ibu bapa dan macam-macam lagi pesanan. Akhirnya beli yang 1 paket tu je. Nasib lah kalau di dalamnya ada kad yang khas untuk guru, untuk kekanda dan sesiapa yang aku tak tahu nak bagi siapa...Yang pastinya, design kad tu entah tahun bila punya kad pon tak tahulah..Kesudahannya sampai habis Ramadhan kad tak dihantar...
Paling aku ingat, masa belajar kat kolej, juara penerima kad raya terbayak ialah sahabat baik 1 negeri aku iaitu, Nopai. Dia terima punya banyak le kad siap gantung kat dinding. Errmm semua orang panas je hati...hahaha. Kalau kat rumah pulak, pastinya adinda aku Aini akan menerima kad raya terbanyak. Dia memang peramah dan baik hati dengan kawan-kawan. Jadi walaupun tak hantar kad pada sesiapa, pasti saban tahun ada je kad yang tiba di rumah.
Zaman berlalu, sekarang ni ramai yang suka menghantar kad virtual (maya) /elektronik je kot melalui emel...kalau di fesbuk, buat jelah sekeping kad, dan tag kawan-kawan. Tak sampai seminit semua dah sampai pada penerima. Tak perlu ke kedai, tak perlu sampul dan setem. JIMAT sesangat...Di rumah aku sekarang ada 2 keping kad raya. Itu pun hubby punya diterima daripada ejen insurans dia. Kali terakhir aku pula terima kad raya ..ermmm entah, mungkin masa 5 tahun lepas daripada anak murid semasa menjadi guru sandaran kat SKTP..
Mercun / Bunga Api
Saban tahun mesti dengar macam-macam kes kecederaan akibat terkena letupan mercun. Tahun ini sahaja dah banyak kes dan paling menyayat hati kes anak mati akibat stor mercun bapanya meletup. Kemudian, satu kes lagi budak perempuan yang hampir buta akibat mercun roket yang meletup di sisinya. Semua ini akibat kelalaian dan sikap mementingkan diri pihak lain yang telah menyebabkan pihak yang lain pula menjadi mangsa dan teraniaya. Perkataan menyesal semestinya menjadi igauan sepanjang hidup. Apapun segala yang terjadi sudah tidak dapat diundur semula. Semoga Allah memberikan hidayah dan pengampunan bagi yang bertaubat dan menjadi pengajaran kepada yang lain supaya tidak bertindak atas kepentingan diri semata tetapi memikirkan keselamatan orang sekeliling. Tumpang sedih dan marah, betapa berat mata kita memandang keluarga yang terlibat, berat lagi beban yang bakal ditanggung oleh mangsa yang teraniya itu.
Teringat kalau masa kecil dahulu, bermain bunga api selepas berbuka puasa atau balik solat terawih seolah satu kemestian dan ia satu trend setiap kali musim puasa dan hari raya. Bunga api yang ketika itu mudah sahaja didapati di kedai dan murah pula harganya. Arwah aki lah paling suka melayan cucu-cucunya. Kalau bukan dia yang membeli, dia akan bagi duit untuk kami berbelanja. Selepas itu dia akan melihat kami bermain dengan seronok sekali.
Kini, mercun sudah diharamkan penjualannya secara terbuka. Kalau ada yang degil tu, biasalah sebab ada permintaan dan pembeli, maka adalah penawarannya. Masa aku kerja dahulu, ada kawan sekerja yang siap bawa katalog mercun untuk dibuat tempahan. Harga puluhan ringgit tetapi ramia yang berminat (salah seorangnya aku ler..tp tak belipun). Daripada membeli mercun lebih baik beli kuih raya kan...:)
2 hari lepas mencari barang atas almari, terjumpa bunga api pemberian adik aku tahun lepas. Entah kan masih elok atau tidak. Dia bagi supaya dapat aku main dengan anak-anak. Rumah flat macam ini susah sikit nak main bunga api. Kena cari kawasan lapang untuk asap-asap tu nanti berterbangan. Silap haribulan, siren kecemasan berbunyi....Pada aku, nak bagi anak main mercun sebaiknya tak payah lah. Kekadang ibubapa yang lebih teruja dari anak-anak. Kalau bagi main bunga api yang tak merbahaya sekalipun(ada ke) pastikan mereka di bawah pengawasan ibu bapa. Kekadang percikan api yang keluar boleh mencederakan anak itu sendiri atau orang lain. Kalau rasa malas melayan anak-anak, lebih baik tak payah beli!
Nasihat- Jika terlebih nasihat bunyinya bertukar menjadi bebelan pula kan. Anak-anak ni, lagi kita larang makin bertambah suka mereka nak melakukannya dan hendak mencuba sendiri. Hari-hari aku duk pesan dengan anak-anak supaya jangan bercampur dekat dengan kanak-kanak atau kawan-kawan yang bermain mercun. Risau juga kalau terkena dia, ibu yang meraung teruk nanti.. Bukan nak kata mak bapak ni tak jaga anak, tetapi ramai sangat yang bermain mercun ketika menanti van/bas sekolah tiba. Kedai tu pun satu, masa ini lah nak cari untung lebih. Apa salahnya sebulan sekali dalam setahun buat amal kebajikan dengan mementingkan kepentingan sosial berbanding keuntungan kedai..(huh pandai sangat aku bercakap!!)