10pm, mlm 1 Ramadhan:
Kali ini pertama Ramadhan untuk Almustofa. Dia dan Luqman sangat teruja untuk berpuasa. Ini kerana masing-masing sudah mendapat pendedahan oleh cikgu di sekolah. Hari-hari duk tanya ibu bila 11 haribulan, kerana mengikut jadual 1 Ramadhan akan jatuh pada hari Rabu 11 Ogos....
Malam ini kami bersolat bersama-sama. Abah solat di masjid, tapi ibu solat di rumah dengan anak-anak.....Ini satu pengajaran bahawa solat Terawih bukan sahaja boleh dilakukan di masjid tetapi secara sendirian atau berjemaah di rumah. Selepas solat Isya' bersama, kami berterawih 8 rakaat sahaja. Selepas solat kami baca niat puasa bersama-sama....ermm kesian Alfatih. Dia menangis nak join kami di bilik solat....
Sekarang masa untuk tidur. Esok mesti bangun awal untuk bersahur. Harap-harap hari pertama esok tidak lah terlalu memenatkan. Ibu cuma khuatir jika Luqman akan kepenatan yang amat sangat kerana tahun ini dia sudah bersekolah sesi pagi dan petang(sekolah agama). Kalau bawa beg sekolah, terlalu berat sampai merah bahu. Sudahlah bilik darjah di tingkat 3. Semoga anak-anak ibu berjaya melalui puasa hari pertama esok dengan baik.... Insya Allah.....
0 comments:
Post a Comment