Syaaban ini memberikan sejuta rahmat buat keluarga kami lagi dengan kehadiran orang baru... Beberapa minggu lepas, biras saya selamat melahirkan anak lelaki sulung setelah hampir 2 tahun menanti. Alhamdulillah Muhammad Raiyan Miqael yang pada mulanya lahir dengan sedikit komplikasi sudah pun memberikan perkembangan kesihatan yang positif walaupun masih berada di wad NICU Hospital Melaka.
Semalam sepupu di Johor pula melahirkan anak perempuan secara normal walaupun tidak cukup bulan. Allah punya kuasa! Maha Suci Dia yang Maha Memberi...setelah 3 tahun menanti akhirnya secara mengejut tanpa mengetahui dirinya mengandung dia selamat melahirkan anak lebih awal kerana tekanan darah tinggi. Masih belum diberikan nama, baby dia juga masih di dalam wad dan diletakkan dalam rawatan rapi kerana lahir dengan berat 1.4kg sahaja. Bagaimanapun tiada masalah kesihatan yang dihidapi...
Beberapa hari lagi, mungkin juga dalam seminggu dua ini, seorang lagi biras saya bakal melahirkan anak. Tidak pasti jantinanya, namun dia bakal mjadi cucu ke 11 belah keluarga suami. Insya Allah moga Mona akan selamat melahirkan anak apabila tiba masanya nanti...
Menjelang Ramadhan Karim minggu depan, pastinya adik-adik semua akan tidak puasa selama sebulan. Ermm pastinya hati sedikit sedih dan hampa, namun letak lah keredhaan dalam hati untuk melalui tempoh berpantang dengan baik dan sesempurna mungkin. Pengalaman saya tahun lepas berpantang dalam bulan puasa dan hari raya amat mencabar selera kerana berat badan naik mendadak sebaik masuk Syawal. Hahahaha..sabar jelah ye:P
Baby Alfatih pun bakal menjelang usia setahun Ramadhan ini. Kalau bulan masihi, September nanti baru setahun. Alhamdulillah dalam usia 10 bulan sudah pandai bertatih dan kini 11 bulan keletahnya amat mencuit hati. Mungkin kerana dikelilingi abang-abang yang hero semuanya, dia amat pandai berkawan. Juga sudah pandai memanjat kerusi, tahu merajuk bila ditegur dan faham untuk memberikan reaksi dalam sesetengah percakapan kita.
Semoga anak-anak semua menjadi manusia berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara...Buat sahabat yang masih berusaha untuk mendapat cahaya mata, teruskan lah berusaha dan berdoa. Selebihnya tawakal kepada-Nya. Cepat atau lambat sesungguhnya hanya Dia Maha Mengetahui baik buruk sesuatu yang telah ditentukan untuk kita semua. Dengan izinnya jua keajaiban boleh berlaku....Amin
0 comments:
Post a Comment