Diari Ramadhan 2010: Hari Pertama

4.30am: Sahur
Alhamdulillah syukur, dapat celikkan mata dan bangun menyediakan makanan. Menu pagi ini ikan goreng, telur masin dan sup sayur. Kemudian lada potong campur kicap manis. Errmm syukur. Anak-anak Luqman dan Almustofa bangun lewat sedikit. 5am kejut mereka, hanya Luqman yang bangun. Tak mahu makan nasi, makan hotdog 4 potong dengan cicah sos cili. Minum hanya air kosong. Harap dapat lah alas perut sekurang-kurangnya......Almustofa susah nak bangun pagi ini. Malam tadi tidur lambat,11 lebih masih berjaga. Ini tidur siang punya pasallah sampai liat mata nak pejam. Siap makan biskut sapu kaya lagi sebelum tidur. Nasib abahnya nak melayan. Dapatlah 2 keping. Puas hatinya..

Kisah Luqman:
Siap sahur, baring-baring kejap tunggu azan Subuh. Habis azan dia mandi dan solat. Siap pakai baju duk mengadap komputer sampai 645am baru turun tunggu van sekolah. 5hari dia bercuti kerana demam campak. Itu pun masih kelihatan ruam dan asyik bergaru sahaja. Kesian dia tapi sudah lama sangat cuti, tambahan pula duduk di rumah pun bukan belajar. Dia asyik dengan tv sampai ibu pun naik angin sebab minggu ini peperiksaan formatif sedang berjalan...

Hari ini dah janji nak bagi dia tulis 'Diari Ramadhan' kat blog macam yang ibu sedang buat. Semalam ibu updet entry sambil dikelilingi anak. Luqman dan Almustofa pun sibuk baca posting ibu. Nampaknya kejap lagi nak cuba buat satu blog khas untuk dia bercerita. Harap dengan menulis dapat membaiki penulisan Bahasa Melayu dia dan mengalih perhatiannya dari asyik dengan permainan video kartun di Internet...Sebelum ditanya apa makna diari, ibu tunjuk drama kanak-kanak berpuasa 'Diari Ramadhan Rafiq' baru dia faham. Inilah dia cerita si Rafiq...

*Rafiq yang pakai kopiah putih tu..dia budak Peranchis
Kisah Almustofa:
7am baru nak bersahur. mmmmm ikut kan jelah. Dengan kadar segera dia menghabiskan hotdong sebab matahari sudah nak keluar...emm teringat Luqman pun begitu juga masa usia 5tahun. Bersahur sebelum pergi sekolah, buka puasa balik sekolah. Tak pernah cukup sehari penuh sehinggalah usia 6tahun baru pandai puasa(Baca).

Siap makan, mandi dan solat dah pukul 720am. Masih ada masa untuk dia juga mengadap komputer. Ibu siap pasangkan video klip Maher zain yang dia suka mainkan terutama lagu 'Barakallahu lakuma'. Tapi diam-diam dia tukar ke game Ben10..mmmm ikutlah tapi ibu sempat juga pesan bahawa lebih baik dalma bulan puasa ini kita banyakkan mengaji Alquran dan berzikir. Ibu suruh dia tanya cikgu di sekolah sama ada boleh tak kalau puasa je tak payah solat. Kalau zikir tu dapat pahala tak? Dia diam je. Harap dia fahamlah hendaknya. Aku pun janji juga dengan dia tak akan main game masak-masak(Baking Life & Cafe World). Kalau tak nanti diorang mesti fikir ibu ni cakap tak serupa bikin....Insya Allah.

Kisah ibu:
Semalam emel kat Hubby ucap selamat berpuasa dan minta maaf segala. Hehe dia bukan kemana pun. Dia kat ofis je. Saje nak ucap melalui emel. Dalam emel juga ibu nyatakan harapan Ramadhan dan berharap dapat jadi manusia yang lebih baik...Kalau sesiapa yang kenal aku dengan rapat, tahulah yang aku ini ibu yang garang. Lantaran banyak kesalahan yang dilakukan, dan aku pun sedar akan kekurangan-kekurangan diri dan apa yang perlu dibetulkan itu. Aku minya Hubby sentiasa membimbing dan berdoa agar aku mampu mendidik anak baik dan penuh dengan kesabaran..

Sambil makan sahur, Hubby sempat menitipkan beberapa nasihat untuk santapan rohani. Aku diam je mendengar 'kuliah sahur' sambil makan nasi. Dia rajin mendengar IKIM fm, jadi banyak jugalah ilmu yang dapat dia kongsikan. Akhir kata dia cadangkan kami sama-sama sediakan KPI untuk menetapkan apa yang ingin dicapai sepanjang Ramadhan kali ini. Dengan itu barulah kita akan nampak sama ada wujud atau tidak perubahan dalam diri kita dengan adanya KPI tersebut. mmmmm cadangan yang baik. Walaupun aku dah meletakkan target dan perancangan dalam kepala, namun lebih elok kalau ada KPI dan lagi bagus kalau ia ditulis.
*[KPI:A performance indicator or key performance indicator (KPI) is a measure of performance.>>more]
Sebelum bergerak keluar rumah untuk solat Subuh, dia berpesan lagi, kalau boleh bacalah Alquran siap dengan maknanya. Paling kurang sehari 10 ayat...ya, itu pun aku dah plan nak baca Alquran tafsir dengan anak-anak. Semalam ingat sempat nak baca, tapi tak dapat....Itulah dianya.....Ya, nampak macam sengaja memberi alasan. Harap Allah permudahkan urusan kami dan berikan kebaikan dalam setiap langkah kami untuk menuju pada Nya...Amin.

"Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku." [ surah Taha:25-28 ]

0 comments: