Kepada Allah aku sujud
Puji dan syukur atas kurnia
Tatkala azan Magrib bergema
Alhamdulillah.. Ramadhan tiba jua
Ahlan wa sahlan.....kullu a'mun waantum bilkhair
Kini amanlah dunia manusia
Kononnya syaitan dan iblis sudah dirantai semua
Tiada hasutan dan godaan merasuk jiwa
Tiada nafsu serakah angkara iblis durjana
Yang ada hanya manusia, hanya manusia..hanya kita
Dunia ini kita punya...sekarang
Kenapa masih berlanjutan jenayah
Kenapa masih jiwa kacau dan resah?
Kenapa masih hendak marah dan dengki khianat?
Kenapa masih memfitnah dan mencaci cela?
Kenapa manusia tidak sedar dan tidak sedar?
Kenapa kita masih tak sedar dan tidak sedar?
Kenapa manusia menjadi syaitan?
Kenapa manusia menjadi iblis?
Kenapa manusia menjadi hantu?
Kenapa..kenapa..kenapa?
Ramadhan baru bermula, akal kosong tiada pedoman
Ramadhan baru bermula, nafsu belum mahu tunduk
Ramadhan baru bermula, jiwa masih gelap gelita
Ramadhan baru bermula, hati masih berbau longkang
Ramadhan baru bermula, minda masih di lorong kejahatan
Ramadhan baru bermula, jangan putus asa
Ramadhan baru bermula, kuatkan tekad untuk berubah
Ramadhan baru bermula, penuhkan jiwa dengan amal kebaikan
Ramadhan baru bermula, banyakkan berfikir kekuasaan Ilahi
Ramadhan baru bermula, tundukkan nafsu dengan zikir
Ramadhan baru bermula, sinari hati dengan ayat Allah
Ramadhan baru bermula, teguhkan iman dengan kesabaran
Ramadhan baru bermula, rapatkan saf dalam solat
Insya Allah di penghujung semua akan berubah
Kita adalah:
Manusia yang baharu lahir
Mujahid yang menang dalam peperangan
Solihin yang tabah dalam perjuangan
Muslimin yang beriman dan bertaqwa
Hamba Allah yang berjaya di dunia
dan dengan izinNya bakal berjaya di akhirat jua
Amin
Aina,
Kuala Lumpur 10 Ogos 2010
0 comments:
Post a Comment