Alhamdulillah, minggu ini terasa rajin hendak memasak kuih muih. Bermula dengan kuih kasui, kuih lapis, kuih sagu aka bonok, donut dan apam...
Sebenarnya aku bukanlah pandai memasak.Walaupun sudah lama bergelar isteri dan ibu, masuk bab masak-masak kuih ni memang kurang menjadi sikit. Apa lagi, bak kata orang 'try and error'. Alhamdulillah ada banyak resepi-resepi kuih muih di Internet. Pilih sahaja yang berkenan bolehlah cuba buat.
Percubaan pertama kurang menjadi. Pengkritik terdiri dari anak-anak, suami dan kebetulan kakak ipar yang bertandang di rumah. Apa pun, dari selera aku sendiri memang mengatakan tidak sedap. Mula-mula frust jugak. Di laman fesbuk aku berkongsi cerita dengan kawan-kawan dan mendapat beberapa komen positif. Yalah kalau gagal sekali/dua kali/tiga kali/berkali-kali, boleh cuba buat sampai jadi kan.
Terima kasih kepada kawan-kawan terutama Hasnita dan Najwa yang sudi berkongsi cerita, resepi dan tips memasak. Dalam banyak-banyak kuih yang tak sedap itu, aku dengan tak malu beri kredit untuk diri sendiri untuk kuih donut (cubaan pertama berjaya), kuih lapis resepi kak lah(percubaan kedua) dan kuih sagu,fevret hubby saya:D Alhamdulillah anak-anak suka makan.
Apa pun banyak lagi kena improve dan mencuba kerana sejenis kuih itu ada banyak jenis caranya. Contoh kuih apam sahaja ada jenis Apam Tepung Beras, Apam Tepung Gandum, Apam Eno dan sebagainya. Selain itu, kuih muih yang manis rasanya ini bukan boleh dimakan selalu atau makan dengan kuantiti yang banyak. Bimbang mengundang kemudaratan pula kepada kesihatan. Sementara sihat inilah kita kena banyak beringat. Betul kan? bak kata bijak pandai 'Prevention is Better than Cure'. Selamat menjamu selera....