Cantik ke saya?

Kebiasaan selepas mandi, Almustofa akan bersiap sendiri memakai baju. Memang saya sudah ajar anak-anak berdikari supaya senang ibu nak lepas tangan...heheh Bukanlah! Supaya senang, jika ibu ada kerja lain mereka tidak merengek minta dipakaikan baju pada masa yang sama. Selain itu dengan demikian, anak-anak dapat memilih sendiri baju yang mereka sukai dari dalam almari. Mesti diberitahu mana satu baju untuk dipakai di rumah dan dipakai untuk berjalan-jalan. Juga, mana satu baju dipakai hanya pada waktu malam. Tetapi, jangan bising jika akhirnya nanti pakaian tersebut berselerakkan. Sabar jelah.

Siap berbaju Almustofa mencapai bedak. Tapi hanya sapu di pipinya sahaja. Lepas tu dia akan datang mengadap ibu untuk bertanya soalan rutin - " cantik ke saya ibu?"

Dalam hati terasa ingin ketawa tetapi ditahankan. Biasanya jawapan bergantung kepada beberapa situasi.

Situasi #1 dengan jawapan..:

"emmm tak cantik pun" ibu sengaja menyakat. Muka Almustofa berkerut tak puas hati.
"cakap lah cantik...."sambil tangannya memukul ibu perlahan.
"dah tak cantik nak buat macam mana" ibu menahan gelihati. Almustofa terus merengek. Aku mengalah.
"oklah cantik...". Almustofa tersenyum meleret, puas hatinya dan berlalu untuk bermain.

Situasi #2 dengan jawapan..:

"cantik, anak ibu kan." dalam hati gelak. Almustofa senyum.
"Almustofa nak sayang ibu" pintanya nak mencium ibu. Saya suakan pipi dekatnya.
"wangi ke saya ibu?" Soalan lain pula ditanya.

Kalau saya tak banyak masa nak melayan keletah anak, jawab sahaja "Ya" pasti dia akan berlalu dengan senang hati. Kalau tidak saya akan menyakatnya dengan jawapan berlawanan sampai menangislah dia kerana tak dapat jawapan menyenangkan hati. Kadang-kadang kalau saya puji adik, dia pun akan meminta pujian yang sama. Begitulah sebaliknya. Hurm...itulah anak-anakkan. Nak marah si abang, Luqman suka menyakat adik sampai menangis, sebenarnya ibu pun sama juga. Kalau abah menyakat lagi gamat jadinya...(iyer ker??) Mana nak tumpah kuah kalau tidak ke dalam nasinya. Bagaimana acuan, begitulah rupa biskutnya. Hehe..

Situasi #3 dengan jawapan..:

"cantik bukan setakat muka cantik, baju cantik...hati kena baik" Almustofa diam mendengar jawapan itu.
"cuba tengok ibu ni, tak cantik, buruk. " Almustofa pandang saya.
"tak nak ibu cakap macam itu. Nak ibu cantik...." badannya merapati saya.
"ibu kan selalu marah Almustofa, Aman dan Addin. Tengok muka dah buruk" jawab saya untuk menjentik hatinya. Dia diam.
"kalau nak ibu cantik kena suruh ibu senyum"
"Macam mana ibu nak senyum? Almustofa, Aman dan Addin jangan buat ibu marah"
" Macam mana nak buat supaya ibu tak marah?"
"Jangan buat perkara-perkara yang boleh buat ibu marah. Apa yang boleh buat ibu marah?" Banyak betul soalan aku. Almustofa diam je..
"Kalau solat, solat betul-betul. Jangan main-main dan gelak-gelak"

Sebenarnya, panjang lagi syarahan yang saya berikan. Saya pun lupa dah apa yang saya cakap (bebelkan) pada Almustofa. Dia pun baru 4 tahun lebih je. Maklumat yang disampaikan sepatutnya pendek dan padat. Selebihnya, boleh disambung lain kali. Akhirnya..

"Faham tak?" saya bertanya. Dua kali saya ulang soalan yang sama baru dia mengangguk. Kemudian Almustofa minta dicium pipinya dan dia turut mencium pipi ibu..

"ibu senyum lah.." Huh... Dah tanya macam itu, fahamlah agaknya tu....Amin Ya Allah

2 comments:

~ShErA~ said...

erm..tak tau naper..rasa tersentuh hati baca post akak mlm ni...
mgkn gelagat anak akak hampir sama jer dgn anak sulung saya...

tp mlm ni dia tak ada..tgl kami 3 beranak jer...teringat sgt kat dia..ikut tok mama dia g hari keluarga..ptg tadi dia call..
ibu..ibu..abg tido kat hotel mlm ni..sat lagi abg nak mandi kolammm..ala..sukanyer dia..rinduuu

Aina said...

kebanyak budak mebi lebih kurang sama.cuma kadang kite rase anak kite dah cukup nakal dan buat kita stress tp etceli ada lagi anak org lain yg dua kali ganda hyper tp parents diorang sabar je..

kadang fikir gak nak psiko anak2 tp cara tu x cukup berhikmah kut.sbb tu anak2 still buat kesalahan yg kita x suka...

x sabar nk tunggu derang cepat besar..huh nnt cabaran nya lain pulak kan..:sigh: