Alhamdulillah, sekarang aku dah ada 4 orang cahayamata. Persoalan-persoalan yang timbul kemudian; Cukup ke empat orang? Lelaki semua, takkan tak mahu dapat perempuan pulak? Umur dah 30-an, nak tutup kilang dah ke?....dan macam-macam lagi persoalan muncul sama ada di benak sendiri atau keluar dari mulut orang lain....
Nabi junjungan kita menggalakkan umat Islam beranak ramai. Hikmahnya supaya meramaikan ummatnya..Namun, persoalan kita pada hari ini, adakah kita MAMPU? lalu kita harus bertanya lagi, MAMPU dari segi apa? -kewangan/tenaga/ilmu didikan- .....dan bermacam-macam lagi jawapan, yang hanya boleh difikir dan diberikan jawapan bergantung kepada diri masing-masing. Bukan hanya oleh ibu yang akan mengandung, bahkan si bapa yang bakal menyediakan keperluan buat seisi keluarga.
Jika kita pergi ke klinik, selalu misi(jururawat/bidan/doktor) akan memberikan buah fikiran mereka berdasarkan ilmu perubatan mereka bahawa seelok-eloknya wanita beranak biarlah apabila genap anak mereka dua tahun atau lebih. Itu sekurang-kurangnya.....dan umur ibu mengandung pula biarlah di bawah 35 tahun supaya dapat mengelakkan pelbagai komplikasi penyakit sama ada pada ibu atau bayi. Itu bermakna kita harus merancang keluarga....Berapa anak yang perlu kita miliki? perlukah si ibu mengambil pil perancang/mengamalkan teknik tertentu untuk menjarakkan kelahiran anak?..dan sebagainya mengikut pilihan yang ada. Namun, kita hanya mampu merancang dan Allah jua yang memberikan rezeki. Namun, sebagai hamba-Nya wajib kita berusaha jika berhajatkan sesuatu atau inginkan perancangan yang dibuat berjalan lancar.
Jujurnya selama ini aku dan suami tidak pernah merancang keluarga. Bak kata orang 'pandai-pandai sendiri je..'. Memang bosan kalau pergi klinik jika kena 'leter' bab merancang keluarga. Minta maaf cakap, 'diorang' tu anggap beranak ramai/rapat-rapat tu macam sesuatu yang kita sendiri yang tetapkan. Pada hal bukankah anak itu anugerah Allah?? :sigh: Mungkin aku je yang terlalu emosi. Sebenarnya para pengamal perubatan moden ni bercakap berdasarkan ilmu yang mereka pelajari. Ada pro dan kontra dalam suasana masa kini. Aku patut fikir positif, dan YA! aku mendengar 'leteran' tersebut dengan berlapang dada walaupun akhirnya aku akan mengata di belakang pula...hehehe maafkan saya misi!
Tahun lepas seorang kawan rapat telah melahirkan anak keduanya. Dengan itu beliau telah pun mempunyai sepasang cahayamata. Alhamdulillah...Dia mengutus sms bertanya bagaimana aku menjaga anak-anak (yang pada ketika itu 3 orang). Ceritanya, dia semacam tidak sempat untuk melayan 2 orang anak berbanding aku yang mempunya 3 orang hero kesemuanya. Dengan ilmu yang tak seberapa aku memberikan pandangan kerana lain budak, lain peelnya. Mungkin anak-anak aku lebih ramai tetapi lebih baik (kah..kah..kah). Berbanding orang yang mungkin ada anak seorang tetapi peelnya, dia sahaja yang tahu. Sebenarnya ia bergantung kepada individu (ibubapa) dalam mendidik anak-anak. Kalau tidak masakan ada pepatah mengatakan 'menjaga anak perempuan seorang lebih susah daripada menjaga lembu sekandang...(Eh ye ke begitu ayatnya?) Hanya mereka yang tahu cara untuk 'menjinakkan' anak masing-masing. Kawan aku juga memberitahu dia telah mengambil supplement supaya fizikalnya lebih bertenaga dalam melaksanakan tugas harian. Memandangkan dia ibu berkerjaya mungkin lebih penat untuk menguruskan kerjaya sekaligus anak-anak, suami dan rumahtangga. Ahha..itu juga suatu cara wanita untuk tampil lebih bergaya dalam menguruskan kehidupan!
Kemudian, baru-baru ini seorang kawan rapat juga telah disahkan positif hamil anak ketiga. Dalam kesedihan berbaur kecewa dengan suaminya dia bercerita bahawa dia tidak berharap untuk mengandung secepat ini memandangkan anak keduanya baru berusia setahun lebih. Katanya lagi, dia takut jika tidak dapat membahagikan kasih sayang di antara anak-anaknya nanti. Sekali lagi tanpa ilmu yang khusus, aku pun memberikan pandangan dan nasihat untuk menceriakan dirinya dan akhirnya dia redha. Alhamdulillah. Dalam situasi begini pula, mungkin lebih elok jika pasangan suami isteri merancang keluarga bagi mengelakkan kehamilan yang tidak diharapkan. Lebih buruk, jika ada yang sanggup menggugurkan kandungan mereka padahal anak halal tersebut wujud dari kasih sayang ibubapanya...
Dalam kehidupan aku hari ini, segalanya masih berjalan seperti biasa walaupun kekadang aku mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Masih bertekak dengan anak-anak tentang soalan-soalan mereka yang tidak kita duga, bergaduh dengan anak-anak untuk menggunakan komputer, berleter pada anak-anak apabila membuat kesalahan yang sama berulang kali dan macam-macam lagi. Kesimpulannya aku ialah tarzan....waakakakkaka...Hehehe seburuk mana ibu ini, segarang mana ibu ini...sejahat mana mulut ibu ini anak-anak tetap sayang ibu mereka. Mungkin ibu lah ibu yang menjaga, menyuap mereka makan, mendodoi bila nak tidur, memandi, memakai baju, dan sebagainya....Jangan kita lupa (peringatan untuk aku jua) anak-anak kita masih kecil dan perlukan didikan yang paling wajar. Pada usia ini mereka masih bergantung kepada kita untuk melakukan segalanya. Jika usia sudah menginjak remaja dan dewasa, teknik didikan harus berubah dan jika tersilap langkah anak-anak akan melawan balik dan memberontak. Suami aku selalu mengingatkan, jangan marah anak ketika marah kerana mesej mendidik tidak akan sampai. Marah biar untuk mengajar mereka. Betul katanya, tetapi aku kerap terbabas dengan nafsu marah ...maafkan ibu ye anak-anak...(sedihlah pulak)
Teringat kata seorang kawan pada masa lalu...Ayahnya suka marah-marah pada dia. Lalu dia pun menjawab balik " Ayah, ayah jangan marah-marah...nanti bila dah tua anak-anak hantar dekat rumah orang-orang tua" huhu, beraninya dia berkata begitu. Aku terdiam mendengar ceritanya, sepertimana ayahnya yang terkedu apabila mendengar jawapan darinya. Mungkin aku juga harus beringat supaya anak-anak aku tak cakap begitu nanti. Sesungguhnya didikan agama paling sempurna akan menjadikan kain putih yang kita miliki bercorak paling menarik suatu masa nanti. Kalau warna hitam yang kita beri, nanti berwarna kehitamanlah pada kain-kain putih yang kita ada hari ini.
Seseorang pernah memberitahu aku, bila kita balik kampung orang tak tanya pun berapa duit yang kita ada tetapi berapa anak dah yang kita ada. Walau berapa pun anak yang kita miliki tidak penting kerana yang penting ialah didikan yang kita beri. Tidak kisahlah jantina apa pun yang dianugerahkan-Nya jangan beza-bezakan dalam memberikan kasih-sayang. Walaupun hari ini mungkin ada yang masih belum dianugerahkan anak, jangan lah pernah putus asa, kerana Allah juga tidak pernah putus mendengar doa hambanya yang ikhlas memohon. Yang penting juga suami harus bersama-sama isteri dalam segala usaha yang dirancang.
Ikhlas kah komentar aku ini? Kekadang aku berasa cuma pandai berselindung di sebalik kata-kata. Sedar atau tidak hari-hari masih membuat kesilapan yang sama. Pada hal terhadap anak-anak dan orang lain aku mengharapkan yang terbaik sahaja. Kita wajib mendidik diri sendiri dahulu supaya menjadi baik sebelum mampu mendidik insan lain menjadi terbaik. Mari kita renung dalam diri sendiri dan mantapkan dengan ilmu agama, keibubapaan, kesihatan dan sebagainya. Membaca jambatan ilmu (jangan lupa tu!) dan Insya Allah 1Malaysia akan cemerlang, gemilang, terbilang!
2 comments:
erm,saya pun tahun lepas,masa dah nak bersalin,ada sorang Staf Nurse tu wat temuramah napa saya tak merancang,bla bla.
ai anak saya sorang bila tambah sorang lagi tu pun jenuh menunggu,nak suruh merancang...
org dulu kawen muda sempat nak beranak ramai. berbeza dgn kita hari ni..
orang dulu anak ramai, duduk kampung macam2 makanan dah tersedia depan mata.tak de lauk pergilah memancing atau menjala(mcm abah sy suka buat dulu2 tp x mo ajak sy sbb sy pompuan kot)..nak sayur petik lah pucuk paku,pucuk ubi atau ulam2an belakang rumah.now nak beranak ramai,kene pikir panjang dulu. jika kewangan tak stabil, tak ada masa untuk anak2 nnt jadi mcm kisah 2 beradik dapat duit 10ringgit minta dibahagi2 duit tu 5-5ringgit(posting awak)
apa yang penting masakini, cabaran menjadi ibubapa semakin besar.kualiti anak2 lebih penting drp kuantiti anak2
tak salah merancang, asal niat betul..salah merancang takut hilang berkat nya nanti
Post a Comment