Kebetulan saya terbaca petua ini dalam satu forum.Sebetulnya saya sudah biasa mendengar amalan begini tetapi saya sendiri juga tidak mempraktikkannya.Kadang-kadang kalau teringat saya hanya akan membaca Alfatihah dan tiup ke ubun2 dan telinga anak.Itu je.Apa pun untuk para pembaca kalau rajin bolehlah menjadikannya suatu amalan harian untuk mendapat anak-anak yang soleh dan mendengar cakap.Jika anak-anak anda terlampau nakal bolehlah mencuba, mana tahu Allah akan mengabulkan doa ibubapa yang ikhlas...ikhtiar apa salahnya.Lebih baik daripada asyik mengeluh dan mencerca anak sendiri kan:D
Jangan dilupakan, jika anak itu berubah menjadi taat sesungguhnya Allah Taala jua yang menghendaki ia berlaku.Jika sebaliknya, jangan berputus asa kerana mendidik anak kecil perlukan kesabaran.Ingatlah melentur buluh biarlah dari rebungnya dan ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak..
Petikan:
Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. Ini ada satu petua dari ibu saya
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Alfatihah 1 kali, surah Al-insyirah (Alam Nasyrah) 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Cubalah petua itu dan Insya Allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba......
Selain itu, pernahkah anda menyediakan air jampi untuk mengubah sikap anak dari nakal menjadi baik? atau suatu ketika dahulu anda pernah minum air jampi yang diberikan oleh emak dan ayah supaya menjadi anak yang mendengar cakap atau minum air untuk penerang hati dan mendapat kejayaan dalam peperiksaan?Saya pernah juga mengalaminya dan melihat emak saudara memberikan sepupu minum air jampi tersebut.Bagaimana pun ianya dijampi sendiri oleh ayahnya yang juga seorang ustaz.
Berikut adalah petikan soalan yang diajukan oleh seorang pembaca terhadap Ustaz Asri di dalam laman Minda Tajdid.Mungkin jawapan kepada soalan ini boleh dijadikan panduan kepada kita dalam melakukan sesuatu usaha untuk mendidik anak supaya apa yang kita lakukan tidak menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.Kadang kita ni suka mengikut amalan seseorang atau diturunkan oleh ibubapa kepada kita padahal kita tidak paham pun ayat atau jampi yang digunakan.Lagi satu kita cepat percaya bahawa kerana air tersebut hajat kita diperkenankan.Walaupun niat baik,tak semestinya kita tunduk dengan cara yang tidak berlandaskan syariat.Kita bukan setakat kene wajib percaya apa yang baik itu datang dari Allah, malah kena yakin baik buruk itu juga ketentuan Allah dan hanya kepada Nya jua kita bermohon sesuatu bukan bergantung harapan pada air jampi,amalan tertentu atau ayat Alquran yang kita baca....
Jampi Perangai - Disiarkan pada Feb 15, 2009 dalam kategori Akidah
Soalan: Ibu saya ada mengambil air jampi dari seorang ustaz untuk diminum oleh ayah yang mempunyai perangai yang buruk. Ustaz itu menyuruh dicampurkan air tersebut dalam minuman ayah tanpa disedarinya. Apakah hal ini diajar oleh Islam?
Jawapan:
Tidak dinafikan baginda Nabi s.a.w pernah menjampi penyakit seperti mana baginda juga berubat dengan bahan-bahan perubatan yang lain. Ini disebut dalam hadis-hadis yang sahih.
Namun dakwaan bahawa dengan air atau kismis atau apa bahan-bahan jampi orang yang tidak pintar pun boleh dipintarkan, suami atau anak yang tidak baik perangainya boleh dipulihkan, ini sudah luar biasa lagi mengatasi Nabi s.a.w. sendiri.
Baginda tidak menjampi kaum Quraish agar beriman, bahkan bapa saudaranya yang dekat dan dikasihi iaitu Abu Talib pun meninggal dalam keadaan kufur tanpa dijampinya. Kalau dengan menjampi manusia boleh berubah sikap, pasti Nabi s.a.w akan menjampi telaga zam-zam kerana itu sumber air Quraish ketika itu. Pasti Quraish akan berubah apabila terminum.
Hal ini tidak berlaku dalam sirah baginda. Kalau benar ada orang boleh menjampi sehingga mengubah sikap manusia kepada baik, atau mencerdikkan manusia maka eloklah kita mengupahnya menjampi empangan-empangan air di negara ini agar semua rakyat menjadi baik dan cerdik.
Ketahuilah sesungguhnya jalan untuk manusia mendapat hidayah adalah dakwah yang benar, keikhlasan hati penerimanya dan keizinan Allah s.w.t.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 256-257(maksudnya):“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya (iman). dan orang-orang yang engkar, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan-kegelapan. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

2 comments:
bagus la kak aina artikel ni..sy ni susah hati sgt..anak sulung la ni sgt2 suka memberontak..degil..eii..betul2 menguji kesabaran..
Petua tu akak petik dari BDN la..just nak share kan kat sini di samping menambah cerita perihal air jampi yg orang kita selalu buat untuk mengubah perangai seseorang...akak cuba kaitkan dr sudut agama supaya ikhtiar yang kita lakukan akan sentiasa diberkati oleh Allah.
Anak-anak yang sedang membesar memang sentiasa akan menguji kesabaran ibubapa.Sebab itu kita wajib mengenang jasa ibu bapa kita yang membesarkan kita dengan susah payah kan??
Anak akak pon sama jugak.Selagi tak menjerit dan ugut dengan hanger baju mesti tak takut.. apa pun yg akak nampak anak2 akak nak kan perhatian sama rata antara mereka, kene diberi pujian bila buat sesuatu yang baik dan selain itu biasalah budak...cuma masa2 peknen ini memang akak cepat hangin dan malas nak berkepit2 dgn anak2.Rimas pon ada..hehe
Sama-samalah kita berusaha dan memohon pada Allah ye...
Post a Comment