[UPDATE] Adikku Mamat...#2

12 Jun 2009
Hari ni Mamat sudah boleh keluar wad. Alhamdulillah semua orang tumpang seronok dan dia sudah tidak sabar untuk balik ke rumah..bosan duduk lama-lama di hospital katanya...

Terima kasih Ya Allah! sungguh Maha Besar kuasa dan kasih sayang Mu terhadap kami...Insan lemah yang selalu lalai mengingati Mu...bila terbayang hari pertama Mamat terlantar di ICU, tak sangka hari ini akan tiba secepat ini...kami syukur atas nikmat usia dan kesihatan yang Engkau kurniakan..Alhamdulillah

11Jun 2009
Beberapa hari ini Mamat sudah boleh belajar berjalan menggunakan tongkat. Minggu ini tunang dia, Lily berkesempatan turun KL sekali lagi. Kasihan jugak, tapi dengan kehadiran insan tercinta Mamat semakin bersemangat dan bertambah ceria. Dengan semua orang dia cuba berseloroh. Kadang-kadang timbul juga kerisauan sama ada dalam seloroh itu dia serius mengatakannya. Ini kerana ada beberapa perkara yang dia cakap kelihatan macam 'merepek' atau fakta yang tak tepat. Selepas diberitahu dan dijelaskan baru dia faham. Nasib juga dia tak marah atau berkecil hati kerana kami menegurnya.

Selain itu, tiada masalah kerana dia kenal semua orang, foto adik beradik semasa kecil pun dia boleh cam siapa, ingat tarikh lahir sendiri dan orang lain yang rapat dengannya dan peristiwa penting dengan tunangnya. Normal lah jika ada yang dia terlupa. Berdasarkan pengalaman beberapa orang sebelum ini, keadaan itu Insya Allah akan pulih tetapi akan mengambil sedikit masa.

Setelah beberapa lama meminta nak bertemu anak-anak saudara, akhirnya dia dapat bertemu dengan Luqman, Almustofa dan Salahuddin di luar wad. Abah menolaknya menggunakan kerusi roda keluar. Jelas riak gembira dan seronok tatkala dapat mencium pipi dan memeluk mereka...

8Jun 2009
Hari ini Mamat beritahu dia sudah pindah wad 7C. Ini bermakna keadaannya sudah bertambah baik.Jangan tak percaya...dia memberitahu aku di dalam sms!!huhu..Sabtu lalu dia diberi menggunakan telefon bimbitnya.Apa lagi, suka hatilah dia!Beberapa hari ini dia sudah mulai bercakap dengan teratur dan boleh difahami butiran percakapannya.Dia juga sudah mulai diberikan makan nasi kanji dan minum seperti biasa.Dia minta nak jumpa anak-anak aku, tetapi keadaan belum mengizinkan kerana kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah dilarang memasuki wad tersebut yang turut menempatkan ramai pesakit yang masih agak kritikal setelah dibawa keluar dari ICU.Di dalam sms nya Mamat sempat memberitahu "wad 7c cm blh je bwk ank2 msuk.Try la kang ye"Alahai...hari ini tak boleh lah.Khamis ni abang cuti Insya Allah boleh melawat.


Alhamdulillah....hati mak dan abah pun dah kembali berbunga-bunga.

2 Jun 2009
Setelah 15hari berada di dalam ICU, akhirnya Mamat dipindahkan ke wad neurosurgeri,7B.Kondisinya semakin membaik.Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah menolong,memberi sokongan moral dan mendoakan adikku Mamat...semoga Allah membalas dengan pahala yang berlipat ganda.Insya Allah


30 Mei 2009
Alhamdulillah hari ini Mamat dah boleh bercakap.Walaupun tak berapa jelas sangat butir bicaranya, namun melegakan hati kami semua.Menurut jururawat, jika perkembangan terus positif mungkin dia bakal ditempatkan di wad biasa pula.


29 Mei 2009
Perkembangan terkini lagi mengembirakan.Mamat dah buka matanya dan mengenali orang yang datang.Alhamdulillah!walaupun belum mampu nak mengeluarkan suara dan menggunakan isyarat kepala, dia boleh menulis semasa diminta melakukannya.Salah satu soalan dia bertanya di mana tunangnya...hehehe,Lily dah balik Muar lah adikku:D


28 Mei 2009
Hari ini emak ke hospital bersama adik-adik sahaja.Abah masih setia berkampung di sana.Perkembangan terkini yang diceritakan,Mamat sudah mulai hendak membuka mata apabila dipanggil namanya.Walau hanya sekejap,ia cukup mengembirakan.


27 Mei 2009
Semalam berpeluang ke hospital.Sejam aku menghabiskan masa bersama Mamat.Kebetulan masa aku masuk dia baru diberikan ubat tidur.Mak yang masuk sebelumnya diberitahu dia baru lepas sedut kahak.May be dia agak stress atau ape..dia diberikan ubat tidur.BP dia pun agak tinggi semalam.Bagaimana pun aku try juga berbual dengan Mamat tentang macam-macam. Sambil urut tangan dan usap bahu dia aku tengok kalau2 ada tindak balas macam yang orang lain bercerita.


Pada mula tu, gerak badan dia adalah sedikit.Just macam orang sedang tidur,sekali sekala akan bergerak bila kita mengusik,geletek dan panggil2 nama.Tapi aku terus cerita dan cerita.Aku sebut nama semua anak2 sedara dia, pasal dia nak kawen,pasal kawan2 dan aku bacakan doa nabi Yunus kat telinga dia...at last ada jugak gerakan yang banyak sikit seperti menggerak kaki, angkat tangan dan buka mulut..tak tahulah sama ada dia nak bercakap atau kesemua tu gerakan biasa2 je.Menurut doktor dia mungkin nak kita buangkan wayar/tiub yang bersarang kat mulut dia tu.Tak selasa agaknya...

post sebelumnya>>

2 comments:

Janna Wan Muhammad said...

alhamdulillah,lega dengar si mamat dah makin beransur baik.....semoga dia akan bertambah sihat....ameen.

Aina said...

Thanx kak janna.Insya Allah...