Supplement masa mengandung

Baru-baru ni semasa chatting dengan seorang teman lama, terkeluar citer bab supplement yang diambil semasa mengandung. Kalau masa first trimester saya memberitahunya saya mengambil folic acid dan trimester kedua dan akhir hanya mengambil obimin...kemudian die beritahu saya pula yang dia tidak mengambil obimin kerana takut anak besar.Jadinya, ubat yang diberikan doktor tidak dimakan dan dibiarkan begitu sahaja. Alhamdulillah dia tiada sebarang masalah semasa mengandung dan melahirkan anak..Anak yang dilahirkan juga comel dan sihat walafiat..Kemudian masuk pula bab makan penadol(paracetamol) semasa mengandung.Ini kerana saya kerap mengambil paracetamol apabila pening kepala.Teman saya tersebut memberitahu dia tidak berani mengambil penadol kerana ibunya pernah berpesan takut mengalami keguguran.Memandangkan dia mengandung sulung, maka dia mengelakkan makan penadol.

Obimin
Saya terlupa pula untuk bertanya details dengan Doktor Wan masa last checkup. Saya cuba google dan dari pembacaan beberapa laman web menunjukkan tiada bukti obimin akan menyebabkan anak akan besar. Malah faktor anak dilahirkan besar biasanya disebabkan ibu yang mempunyai masalah kencing manis(kandungan gula tinggi dalam darah)..mungkin ada kes berkecuali, anak besar tapi ibu dan anak tiada masalah.Obimin ialah makanan tambahan kepada ibu untuk kebaikan anak yang dikandung. Sepertimana folic asid penting untuk anak, ibu mengandung juga tidak patut meninggalkan obimin..baru-baru ini Doktor Wan memperkenalkan obimin baru iaitu Obimin Pluz;mengandungi khasiat tambahan di antaranya seperti EPA dan DHA..tapi saya hanya mengambil selama sebulan sahaja sebelum bertukar kepada obimin biasa..tak tahan rasa nak muntah lepas makannya..

Paracetamol
Pengambilan paracetamol semasa mengandung dibenarkan untuk menghilangkan sakit kepala,demam dll.Dahulu saya juga risau untuk mengambil penadol kerana takut ada kesan buruk terhadap kehamilan.Namun, ada kawan yang beritahu tidak mengapa..dia cakap lagi, doktor dia yang beritahu.So, baru saya berani makan.Rupa-rupa nya ada juga yang berpendapat selainnya...
Badan manusia ni lain-lain kekuatan antibodinya..mungkin ada yang elok dan sesuai untuk saya belom tentu elok juga untuk orang lain.. Pengalaman tumpah darah sewaktu melahirkan anak yang ketiga membuatkan saya berhati-hati untuk mengambil sebarang supplement. Hari ini terlalu banyak produk makanan tambahan untuk para ibu dari sebelum mengandung hingga berpantang...Walaupun saya tidak pernah mengambil makanan tambahan selain yang diberikan doktor, nurse sempat juga bertanya sama ada saya mengambil produk *** sebab tumpah darah tersebut.Kepada kawan-kawan sekalian sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk dan mengambil makanan tambahan.Kadang kita teruja dengan iklan-iklan produk untuk mendapat anak yang pintar dan comel.Saya memetik kata-kata Doktor Wan "Tak makan ubat ***,baca Al Quran pon boleh buat anak jadi cerdik".

Rujukan >>>>

2 comments:

hajar said...

kalau tak kisah..leh lah berkongsi supplement apa yang doktor tanya tu..salindah ke..

Anonymous said...

Suplemen penting untuk kehamilan & breastfeeding...insyaAllah.
Sedikit perkongsian mengenai suplimen & kesihatan termasuk mengatasi stretch mark dengan Shaklee ESP