Tolong Doakan Untuk Adikku, Mamat@Nurul Faies....

Pagi selasa lepas aku dikejutkan dengan berita kemalangan adik lelaki aku Mamat - nama panggilan kami kepadanya..dialah anak lelaki yang ditunggu emak dan abah selepas mendapat 3 org anak perempuan. Dialah salah seorang anak merdeka yang lahir pada tanggal 31 Ogos 1981.Kerana sangkaan mereka dia lelaki tunggal maka diberi panggilan Mamat sedangkan nama penuhnya Nurul Faies..adikku selepasnya juga perempuan.Hanya 5tahun kemudian baru aku mendapat adik lelaki kedua.Namun nama Mamat itu terus melekat di kalangan ahli keluarga,saudara dan kawan2 rapatnya....

Ini adalah kemalangan keduanya selepas 20tahun...1989 dia pernah mengalami kejadian yang sama sesama berusia 8tahun.Kecederaannya hampir sama iaitu pendarahan dalam otak..bezanya, kali ini lebih parah dan memerlukan operasi pembedahan untuk membuang pendarahan dengan memotong sedikit tulang tengkorak bagi memastikan otak yang cedera dan membengkak tidak terhimpit...Alhamdulillah pembedahan berjaya dilakukan pada hari yang sama di Hospital Sungai Buloh.Sehingga kini Mamat masih terlantar koma, kesan ubat yang diberikan doktor bagi meletakkan otaknya dalam keadaan rehat..

Berdasarkan penceritaan kawan-kawan sekerjanya, dia dalam perjalanan pada waktu pagi ke tempat kerja dengan menaiki motorsikal seorang diri. Dia dipercayai bertembung di satu persimpangan jalan dengan sebuah kereta nissan yang dipandu untuk masuk ke simpang pasar di Batang Kali.Orang ramai yang kebetulan lalu di tempat kejadian bertindak cepat menghantarnya ke Hospital Kuala Kubu.Manakala kereta yang dipandu oleh seorang perempuan itu terus menuju ke balai polis melaporkan kejadian. Terima kasih dari saya dan keluarga buat orang ramai dan lelaki yang menolong menghantar adik saya ke hospital. Jasa baik tuan-tuan semoga Allah membalasnya..

Hospital Kuala Kubu bertindak memindahkan Mamat ke Hospital Sungai Buloh memandangkan keadaannya yang agak serius. Aku, suami dan anak2 sudah bersedia menunggu di Hospital Sg.Buloh sebaik diberitahu oleh kawan serumahnya,Hasbullah bahawa dia bakal dipindahkan ke situ.Abah masih dalam perjalanan seorang diri dari Raub tanpa menyangka keadaan anaknya adalah sangat kritikal.Sebaik ambulans tiba hanya suami yang mengikut dari jarak dekat kerana aku tidak 'kuat' untuk melihat adik lelaki yang terbaring dengan bantuan oksigen.Terngiang-ngiang suaranya seminggu sebelum menelefon mengucapkan selamat hari ibu dan bercerita perancangannya untuk menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini....

Terima kasih kepada semua saudara mara dan sahabat handainya yang datang melawat dan memberikan sokongan moral kepada kami sekeluarga.Hari ini sudah masuk hari ketiga dan hanya doa dapat kami panjatkan ke hadrat Ilahi semoga Mamat cepat sembuh.Kepada warga ICU Hospital Sg.Buloh terima kasih jua kerana bakti anda yang tidak berbelah bagi itu.Walaupun pada awalnya kami berkecil hati apabila seorang kakitangan yang mengeluh penat sebab terpaksa menjawab pertanyaan yang sama berulang kali apabila masuk melawat Mamat.Kami faham, keadaan di wad ICU memerlukan komitmen yang jitu dan kecekalan hati.Para pesakit akan dijaga rapi serapi-rapinya...namun kami juga sebagai ahli keluarga pesakit berasa sangat sedih dan bimbang.Jawapan-jawapan seperti "keadaanya stabil" or "keadaannya ok" or "keadaan pesakit masih sama macam semalam" etc...itu fizikal dan luaran yang kami nampak.Salahkah kami yang tak berpengatahuan perubatan untuk tahu lebih lanjut dari itu...

Semalam saya diberikan peluang untuk bertemu dengan Doktor Razi yang bertugas di wad semalam.Walaupun sudah habis waktu melawat, aku dibenarkan masuk untuk mendapat penjelasan darinya.Dia berharap aku boleh menerangkan kepada ahli keluarga yang lain supaya semua akan jelas dengan situasi semasa Mamat. Aku masuk ke dalam wad bersama Lily, tunang Mamat yang juga seorang jururawat di Hospital Muar.Doktor tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada kami.Katanya masih terlalu awal untuk memberikan analisis tepat.Dia juga menunjukkan gambar2 x-ray otak Mamat sebelum dan selepas pembedahan.Dia menggambarkan keadaan Mamat kritikal dan mengalami kecederaan otak yang sangat serius.Peluang untuk sembuh pun dia tidak berani untuk mengatakannya.Dia juga memberitahu risiko2 yang mungkin berlaku di dalam ICU,sama ada keadaan akan semakin membaik atau menjadi lebih buruk.Buat masa ini juga,fokus hanyalah kecederaan bahagian otak dan di bahagian selainnya tiada masalah.

Kepada semua yang singgah ke Laman Cahayamata, tolong bersama saya dan sekeluarga untuk mendoakan kesembuhan Mamat.Semoga Allah akan memberikan kesembuhan seperti sediakala kepada Mamat.Aku sedar Allah sedang memberi peluang kepadanya untuk menghapuskan dosa-dosa lalu(kafarah dosa).Allah jua sedang menguji kesabaran kami sekeluarga supaya tidak putus asa untuk berdoa dan berhajat hanya terhadap-Nya...walaupun aku dah menerangkan kepada semua tentang keadaan Mamat, salahkah saya tidak mencerita keadaan sebenar dia kepada ahli keluarga lain terutama mak dan abah??aku tidak sanggup melihat keduanya menangis setiap kali menatap wajah anak tersayang. Sedangkan aku yang tampil ceria didepan mereka juga menangis bila mengenangkan nasibnya...walau apa jua yang bakal berlaku, aku sedar itu qada' dan qadar Ilahi yang wajib diyakinni dan diterima. Semoga Allah kuatkan hati-hati kami untuk menempuh hari seterusnya dan menerima apa yang bakal berlaku.Semoga Mamat akan sembuh dan tolonglah untuk bersama-sama kami mendoakan adikku Mamat....

Terima Kasih..
>> Baca pembedahan membuang darah beku
>> About Decompressive craniectomy



Doa dia atas ialah petikan dari Surah Al anbiya', yakni doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Fadhilat:
Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS";

“LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN”

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat; solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.
Wallahu a'lam.

[Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-Ayat Al-Quran oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami]

Kredit to:Sofira Blogspot

0 comments: