[UPDATE] Adikku Mamat...

26 Mei 2009
Aku diberitahu adikku Ma,yang hari ini Mamat banyak memberi tindakbalas dengan anggota badan apabila diminta melakukannya kecuali arahan doktor supaya membuka mata.Alhamdulillah, sebab aku tak pergi ke hospital hari ini, aku berpesan supaya mereka banyakkan berkomunikasi dengan Mamat dan menasihatkannya supaya cuba membuka mata.Aku memberi cadangan,nanti nak belanja makan kfc atau makan sate Kajang.Hehe..apa pun harap ini hanya bersifat sementara..

25 Mei 2009
Semalam aku tak pergi melawatnya di hospital.Adik-adik yang lain,mak abah dan tunang Mamat ada di sana untuk mengkhabarkan berita terkini.Mereka diberitahu oleh misi(jururawat),Mamat sudah mulai sedar dan meronta-ronta cuba menarik wayar yang berselirat di sekelilingnya.Oleh itu, dia terpaksa diikat tangannya pada katil.Kemudian,dia telah dibawa untuk menjalani ct scan kali kedua.Namun, keputusan lanjut tidak diketahui kerana tidak dapat berjumpa doktor bertugas.Pada masa waktu melawat,mereka cuba berkomunikasi dengan Mamat.Walaupun matanya terpejam,dia boleh memberikan reaksi terhadap pertanyaan2. Adik perempuan aku Ma(De) menyampaikan pesanan Aini(Tam- yg masih dalam pantang di kampung)"Jangan risau sebab muka still hensem.Kalau awak dengar mesti kembang kan.." Mamat lalu mengembang kempiskan hidungnya yang tak mancung itu!Ma tersenyum gelihati.Kemudian dia melihat kaki Mamat seolah2 cuba menggesel pada hujung katil."Kenapa?kaki gatal ke?Biar De tolong garu". Ma menggaru kaki Mamat.Selepas itu baru dia diam.Tunang Mamat Lily pula menyuruhnya menggenggam tangan jika dengar suara dia.Lalu Mamat menggenggam tangannya sendiri.Perubahan2 positif ini menggembirakan semua orang.Aku sebak mendengar cerita2 mereka.Namun,kami masih berdoa.Semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran kepada Mamat untuk menghadapi kesakitan dan ujian dari-Nya ini...

24 Mei 2009
Alhamdulillah 2-3 hari ini, Mamat sudah mulai memberikan respons. Namun, dia masih di bawah kawalan ubat tidur yang memaksanya 'koma' supaya otaknya berehat.Sejak semalam, dos ubat sudah dikurangkan, dan jantungnya juga sudah berfungsi sendiri tanpa bantuan ubat untuk mengepam jantung yang lemah.Menurut misi bertugas, keadaannya sudah melepasi tahap kritikal 48-72 jam selepas pembedahan. Sekarang,aku menunggu saat mendebarkan untuk melihat dia sedar semula dan apakah hasil pemeriksaan lanjut terhadap otak yang cedera.Walaupun, mak dan abah sudah berkurang risau melihat perkembangan terbaru dia yang boleh dikatakan agak positif, namun bila memikirkan risiko-risiko yang telah diberitahu doktor sebelum melakukan pembedahan, hati aku kembali gusar.Apapun aku sentiasa mendoakan Allah akan memberikan kesembuhan yang terbaik dan semoga dipermudahkan Mamat untuk menghadapi ujian ini dan kesakitan apabila dia sedar nanti. Suami aku menasihatkan, kita harus mendoakan hanya yang terbaik untuk dia.Hanya Allah jua yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba Nya...apalah guna kita bermohon umur yang panjang jika hidup bergelumang dosa dan sia-sia...bukanlah maksudnya kita mesti berdoa untuk pendek umur atau kematian untuk seseorang,cuma kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan...Berbalik kepada Mamat, aku hanya mendoakan dia dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik, lebih bertaqwa pada masa akan datang.Peluang untuk mendapat kafarah dosa hanya untuk hamba-hamba Allah yang terpilih dan disayangi Nya...walaupun pedih dan pahit, kewajipan umat Islam untuk meyakini qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk kita di dunia ini... Semoga kesedihan ini segera berlalu pergi...

2 comments:

Janna Wan Muhammad said...

alhamdulillah...lega bila dengar keadaan mamat beransur baik...
saya juga mendoakan kesejahteraan adik aina.....

banyak2 bersabar yer aina...mamat ni misti seorang anak ,abang dan adik yg baik kan..?

Aina said...

Terima kasih kak janna..memang dia baik.masa2 dia sakit ini lah kita kenal siapa kawan2 die,sebab memang ramai yg melawat dan memberikan sokongan moral.bukan setakat kawan sekolah,kawan sekampung,jiran tetangga,kawan2 sekerja die dari tempat2 kerja yg sebelum ni semua turun sg.buloh menziarah.die mmg suka tolong orang.abah sy kadang risau juga dan membebel sbb taklut die berkawan dgn org yg tak tentu arah.masa2 inilah kawan2 itu datang memberikan sokongan dan berdoa untuk die.mmg terharu lah jugak bila lihat lelaki menitiskan air mata utk sahabatnya...