Kisah 1: Ustaz tak hensem
Ustaz ni muda lagi orangnya. Walaupun umurnya muda, tetapi rupanya yang berjambang menampakkan kematangan rupa dari usianya yang sebenar. Suatu hari seorang muridnya yang baru masuk darjah 1 bertanya:
Murid: Ustaz, kenapa ustaz ni tak hensem macam Cikgu A?
Ustaz: (sangat terkejut dengan pertanyaan tersebut tapi berusaha menjawab dengan baik)
Cikgu A memang sejak lahir dia sudah hensem, tetapi ustaz ni lahir lahir je memang dah tak hensem. Nak buat macam mana...
Murid: (tersenyum puas dengan jawapan ustaz kesayangannya)
Usztaz: (dalam hati) huhu...nasib badan..
Kisah 2: Lada Hitam, Lada Putih
Kisah ini di adaptasi dari kisah Bawang Putih dan Bawang Merah. Cuma kisah ini kisah benar dua adik beradik kandung. Suatu hari Si Lada Hitam sibuk melukis sambil diperhatikan oleh adiknya Si Lada Putih. Tajuk lukisan ialah ibu saya. Lada Hitam melukis gambar ibunya sedang memasak. Apabila tiba masa untuk mewarna, dia memilih warna hitam untuk mewarnakan muka dan tangan ibu mereka.
Lada Hitam: Ini gambar ibu kita. Abang warnakan dengan hitam.
Lada Putih: Tak nak lah hitam, gelap sangat.
Lada Hitam: Ibu kita memang gelap sangat, macam abang jugak.
Lada Putih: (tak puas hati kerana baginya ibunya bukanlah segelap Lada Hitam). Bukanlah, ibu tak hitam lah...
Lada Hitam: Ya,,, ya,,,ibu bukan cerah pun....(sambil mewarnakan hitam.Siap mewarnakan lukisannya, dia meletak di atas meja).
Dalam diam, Lada Putih memadamkan warna hitam pada gambar 'ibu' mereka dan menukarnya dengan warna coklat. Akhirnya dia sangat berpuas hati....Walaupun dia dilahirkan bewarna putih dan tidak sama dengan warna kulit ibunya dia tetap sayangkan ibunya dan merasakan ibunya cantik. Mungkin baginya hitam itu tidak cantik. Alahai anak....mungkin suatu hari dia akan redha memiliki ibu yang tidak cantik, dan berfikir bahawa hitam itu walaupun gelap tetapi ada manisnya....
Kisah 3: Cikgu yang kurang pandai
Ain baru habis STPM dan sedang menunggu keputusan. Dia diterima menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di kampungnya. Hari pertama mengajar dia diminta mengajar Bahasa Inggeris untuk tingkatan 1. Dia masuk ke kelas hari tu tanpa membawa kamus kerana hari pertama kononya hanya untuk sesi bekenalan sahaja.
Murid1: Cikgu apa makna ' saddle'?
Ain: (terkejut) apa dia?
Murid2: kami cuba nak translate lagu Waka Waka...(lagu tema World Cup 2010)
Ain: Alamak cikgu tak tahu lah apa maknanya....Siapa ada bawa kamus? (bertanya kepada murid lain. (Semua diam tiada jawapan).
Ain: Baiklah, mulai esok, semua orang mesti bawa kamus ke sekolah. Untuk kepentingan kamu juga. Saya tak nak dengar ada alasan berat nak bawa kamus, ok. Maaf awak cikgu tak tahu, nanti awak cari dalam kamus ok.
Murid1: Ala cikgu......(bunyi macam hampa sikit)
Murid 2: Ala cikgu tu bukan tak tahu, tapi saja buat-buat tak tahu kan cikgu kan...(cakap jujur)
Ain:(dalam hati) aik budak ni aku memang tak tahulah...
Begitulah naifnya murid-murid yang masih mentah. Masih mengharapkan curahan ilmu dari seorang bergelar guru. Kalau cikgu pun malas nak buka kamus macam mana? Kalau cikgu pun malas nak baca suratkhhabar dan mengikuti perkembangan semasa, macam mana? Bukan sahaja murid tetapi di pihak guru mesti sentiasa memantapkan ilmu dan kepakaran dalam semua bidang(tidak terhad dengan bidang pengajarannya sahaja). Bagi murid2 dalam kisah di atas, guru adalah orang yang paling pandai dan terbaik untuk dia menimba ilmu. Tak mengapalah kalau cikgu tak nak beritahu, dia akan berusaha sendiri demi untuk menjadi orang yang bijaksana suatu hari nanti.
Kisah 4: Lubang hidung
Sudah lama si Adik perhatikan hidung Alongnya macam pelik sedikit berbanding hidungnya dan hidung Angah. Suatu hari dia nekad bertanya.
Adik: Along kenapa yer lubang hidung Along tu besar sangat?
Along: (terkejut beruk dengan pertanyaan adiknya) Err lubang hidung Along besar supaya dapat hirup oksigen dan udara lebih banyakdari orang lain....
Adik: Oooooooo...(dalam hati tertanya kenapalah lubang hidung aku kecil sahaja saiznya).
*nota*
Kisah ini dibelit-belit sedikit dari kisah benar. Nama-nama watak juga telah diubah sedikit supaya identiti suspek takkan dikenalpasti. Hehehe:D
0 comments:
Post a Comment