Posting sebelum ini berbaur pelbagai emosi dan ketika ini emosi tak keruan masih melilau di lubuk hati...
Wanita selalunya yang paling emosional berbanding lelaki. Mungkin kerana hati mereka lebih lembut dan sebab itu mudah berkecil hati..mudah cair dan ada juga keras (tapi macam kerak nasi jer..). Kadang mulut berkata lain tetapi di dalam hati terpendam perasaan yang berbeza dari apa yang mereka luahkan...Wanita juga suka berangan yang indah-indah kerana nafsu mereka yang lebih banyak berbanding lelaki. Kehendak wanita itu juga lebih banyak dan kadang-kadang melebihi keperluan. Wanita diciptakan daripada rusuk yang bengkok. Maka, lelaki diciptakan untuk meluruskan kebengkokkan itu dengan kebijaksanaannya dan penuh berhikmah. Dalam melayari kehidupan sebagai pasangan hidup yang sah, komunikasi dua hala amat penting supaya emosi tidak melampaui batasan dan diri wanita itu dapat dididik secara betul rohani dan jasmaninya....Beruntung menjadi seorang wanita kerana pahala yang diperolehi mudah dikumpul. Dalam peristiwa Isra' Mi'raj Rasullullah, kita diberitahu baginda melihat lebih ramai penghuni isi neraka ialah kaum wanita...Di sinilah persoalan emosi memainkan peranan dalam membentuk jati diri kita untuk menjadi wanita yang solehah yang bakal menjadi ketua kepada bidadari-bidadari suaminya di syurga kelak....(alahai banyakkan bidadari dia dapat)
Dalam kecelaruan emosi ini, di hujung minggu kelmarin 'naik'lah 'bendera merah' aku rupa-rupanya...errmmm suatu alasan yang tidak dapat disangkal oleh sains juga kerana wanita juga dikurniakan waktu 'cuti'..waktu period..iaitu haid....Besarnya kekuasaan Allah kerana hanya wanita beroleh 'nikmat' keluar darah di luar waktu melahirkan anak. Ada sesetengah dari wanita didatangi sakit dan bermacam simptom semasa hari-hari periodnya. Keberuntungan wanita ini bukanlah alasan untuk meninggalkan ibadat, malah diganti dengan zikir-zikir dan tasbih kepada Allah dan redha pula menerima segala ragam periodnya..Mulut dan hati wanita yang tetap dengan Allah inilah yang mampu untuk mengawal emosi dan perubahan hormon semasa. Mereka inilah yang bakal menerima ganjaran berlipat ganda dari-Nya...Insya Allah:)
Mulut dan hati..keduanya bagaikan kembar yang tidak boleh dipisahkan. Andai terpisah maka jadilah seperti perumpamaan, "ikut rasa binasa, ikut hati mati" dan "kerana mulut badan binasa" kalau kita berkata 'sesedap mulut' atau bercakap 'ikut suka hati akulah' maka lahirlah emosi luar kawal. Satu lagi anugerah Allah buat semua manusia (bukan hanya wanita sahaja) iaitu AKAL....Akal mesti mendominasi tindakan (mulut, hati, anggota badan) supaya dapat mengawal emosi dengan bijaksana dan penuh kesabaran...
Ya Allah kurniakanlah aku hati yang baik, akal yang sihat dan emosi yang stabil...Amin!
*nota: Tulisan ini hanya sekadar luahan dan peringatan buat diri sendiri. Andai elok silalah kongsi bersama. Andai salah tolonglah beritahu di mana salahnya. Setengah point diambil daripada pendengaran penulis dari program Usrah TV9. Tonton setiap Jumaat 11pagi.
0 comments:
Post a Comment