Adeus Brazil...
Akhirnya pasukan Brazil kecundang di tangan Belanda....huuuuhaaaahuu :(
Tut tut.. Ada pulak yang cakap aku ni hipokrit dan suruh terima hakikat kekalahan...Ceh ni yang nak marah ni!!! Bila masa aku hipokrit???aku cuma meluahkan kekecewaan dan kesedihan.. kalau dah kalah kalahlah...tak de pulak aku buat-buat suka hati (ini baru hipokrit sebab berpura-pura) dan beralih sokongan kepada pasukan yang lain..Huhu tak mengapalah, kalau panjang umur kita jumpa lagi 4 tahun bro!
'Meroyan'
Hari ini terbaca satu citer dongeng yang sebenar kat blog kawan aku. Citer seorang perempuan yang 'meroyan' tak tentu hala dan akhirnya dirinya sendiri mendapat malu...Memang malu sungguh arh kalau aku yang jadi perempuan 'meroyan' tuh..Memang menumpang malulah kalau perempuan 'meroyan' tu adik aku...nasib baik aku tak ada pertalian apa-apa dengan dia...Namun sebagai saudara seagama, aku berharap penyakit 'meroyan' dia itu dapat disembuhkan...
Mungkin aku hanya masuk tengah-tengah cerita dan tak ikut dari awal...Namun, citer dogeng itu bukan sebarang dongeng kerana ia mudah sangat difahami hatta oleh budak umur 5 tahun yang sudah pandai membaca (hahaha ini aku saje melebih-lebih...sorry mori, eddy naik lorry:D) Sebagai perempuan nampak kurang manis kalau saling bertekak dan memaki orang lain walaupun kita di pihak yang benar... Harap ada penyelesaian baik diantara dua pihak.. Harap perempuan 'meroyan' sedar akan kesilapannya... Tak payah lah nak besarkan citer sampai ke polis... Nanti kalau polis yang tulis report tu baca ayat dalam entry yang awak tulis, silap hari bulan dia pon 'meroyan' sama dan awak pulak kene charged. Hehehe...acah jer
Bahasa Inggeris (BI) aka English
Hari ini juga aku terbaca satu posting dalam satu blog yang menulis dalam BI. Mulanya aku yang tak pandai BI ni baca berkali-kali jugak lah nak paham apa yang ditulis. Maaflah sebab aku pon hampir tergelak sebab kesilapan grammar dia memang terlalu jelas sehingga menjadi kutukan beberapa pembaca. Sebenarnya, tiada siapa nak kisah BI dia tak bagus tetapi 'meroyan' dalam BI itulah yang menjadikan pembaca naik hangin satu badan..
Aku pun memang tak power BI...Walaupun Mr. Hubby BInya ber'habuk-habuk' , aku tak pernah nak belajar dengan dia untuk improve skill BI..Mungkin kerana ada sedikit rasa malu dalam hati kalau-kalau salah nanti akan kene gelak. Ini lah masalah terbesar orang kita-MALU- Ada orang tidak malu untuk mendapat malu, kerana diakhirnya dia akan belajar dari kesilapan dan berjaya. Masa kerja dahulu dapatlah juga speaking dengan kawan-kawan tapi, sejak jadi pegawai rumahtangga ni langsung tak de nak speaking kecuali kalau membaca sikit-sikit artikel dalam Internet..Jadi, aku mencuba sikit-sikit untuk menulis 2-3 ayat BI dalam blog. Mula-mula takut dan malu juga jika tersalah, tapi seumpama pisau tumpul, kalau tidak diasah manakan ia menjadi tajam kembali.. Harap ada yang sudi menegur kalau aku tersilap grammar ke apa ke..dsb. Cuma apa yang aku harapkan ada segelintir pembaca tak tahu Bahasa Melayu dapat membaca blog aku...(ada ke?? huhu)
Ada orang tak pandai nak tunjuk pandai...Dia tak pandai tapi nampak macam pandai bila berada di kalangan orang-orang yang tidak pandai juga...kalau berada di kalangan yang pandai maka, jelas amatlah si dia ialah orang yang tidak pandai...apa yang boleh kita lakukan ialah belajar dari kesilapan....jangan mengulang kesilapan yang sama dan istoqamah dalam membuat kebaikan. Ini aku merujuk dalam semua lapangan kehidupan dan tiada kena mengena tentang BI atau BM atau 1 subjek semata-mata.....harap maklum.
Lebih penting, jangan bodoh sombong untuk belajar dan diajar apabila menyedari diri sebenarnya tidak pandai mana.....Si bodoh sombong yang hanya pandai berlagak dan tidak mahu mengubah diri akhirnya akan merugikan diri sendiri..Arrghh malu nya kalau kena kutuk:(
Selamat pengantin baru
Hari ini 3 Julai 2010 sepupu aku akan naik pelamin di Felda Mempaga 2, Bentong Pahang. Insya Allah kalau tiada aral melintang kami akan sampai ke sana tengah hari nanti. Buat Mala dan Fuad Kak Ngah doakan korang akan bahagia dunia akhirat bersama zuriat soleh dan solehah, Insya Allah.....
0 comments:
Post a Comment