Miskin pun ada maruah juga





"Hidup kami susah. Anak-anak terpaksa cari rumah yang adakan kenduri. Mereka membawa pulang lauk untuk kami makan sama-sama,"

Ini kata-kata seorang ibu yang saya petik dari dalam ruangan berita negara di akhbar Kosmo Online. Bukan nak cerita tentang ibu ini, cuma tiba-tiba teringat cerita seorang mak cik kepada saya. Makcik ni mempunyai anak ramai dan rapat-rapat pula. Suatu hari mereka pergi kenduri.

Ketika sampai di rumah kenduri, anak-anaknya berasa sangat gembira kerana itulah masanya mereka dapat makan makanan yang enak seperti lauk ayam, daging, nasi minyak dsb. Masuk ke rumah kenduri tersebut mereka sekeluarga duduk bersila dan satu talam hidangan pastinya hanya untuk mereka sekeluarga. Tiba-tiba mak cik terdengar suara di belakang yang mengatakan sekejap lagi kalau mereka makan habislah lauk ...Tak pasti sama ada gurauan atau perli, hatinya sangat tersinggung. Lantas, dia bangun dan bingkas mengajak anak-anaknya balik ke rumah. Anak-anaknya yang kecil menangis kerana mahu makan ayam di rumah kenduri. Hatinya yang terguris tidak mengendahkan langsung tangisan anaknya itu.


Pulang ke rumah dia ke kedai membeli daging ayam. Ayam tersebut di masak goreng dan diberikan anak-anaknya makan. Tersenyum puas anak-anak walaupun kecewa pada mulanya. Mak cik pula tumpang gembira walaupun wang yang digunakan untuk membeli daging ayam tersebut mungkin sudah melebihi bajet sepatutnya...

Saya agak terkedu mendengar ceritanya. Tanpa sebarang perkataan saya hanya tersenyum. Orang miskin juga punya maruah. Mungkin mak cik ini tidaklah semiskin dan sedaif hingga terpaksa mengemis atau kebulur untuk makan lauk kenduri, tetapi hatinya yang terguris dek kata-kata mulut busuk orang menyebabkan dia sanggup mencari sendiri daripada meminta atau menanggung malu. Egokah mak cik ini kerana dia juga boleh memekakkan telinganya demi anak-anaknya yang ingin makan makanan sedap yang susah untuk mereka nikmati di rumah?? Susah nak cakap sebab kita tak berada dalam situasi tersebut...

Rangkuman: Naif

Kisah 1: Ustaz tak hensem

Ustaz ni muda lagi orangnya. Walaupun umurnya muda, tetapi rupanya yang berjambang menampakkan kematangan rupa dari usianya yang sebenar. Suatu hari seorang muridnya yang baru masuk darjah 1 bertanya:

Murid: Ustaz, kenapa ustaz ni tak hensem macam Cikgu A?
Ustaz: (sangat terkejut dengan pertanyaan tersebut tapi berusaha menjawab dengan baik)
Cikgu A memang sejak lahir dia sudah hensem, tetapi ustaz ni lahir lahir je memang dah tak hensem. Nak buat macam mana...
Murid: (tersenyum puas dengan jawapan ustaz kesayangannya)
Usztaz: (dalam hati) huhu...nasib badan..

Kisah 2: Lada Hitam, Lada Putih

Kisah ini di adaptasi dari kisah Bawang Putih dan Bawang Merah. Cuma kisah ini kisah benar dua adik beradik kandung. Suatu hari Si Lada Hitam sibuk melukis sambil diperhatikan oleh adiknya Si Lada Putih. Tajuk lukisan ialah ibu saya. Lada Hitam melukis gambar ibunya sedang memasak. Apabila tiba masa untuk mewarna, dia memilih warna hitam untuk mewarnakan muka dan tangan ibu mereka.

Lada Hitam: Ini gambar ibu kita. Abang warnakan dengan hitam.
Lada Putih: Tak nak lah hitam, gelap sangat.
Lada Hitam: Ibu kita memang gelap sangat, macam abang jugak.
Lada Putih: (tak puas hati kerana baginya ibunya bukanlah segelap Lada Hitam). Bukanlah, ibu tak hitam lah...
Lada Hitam: Ya,,, ya,,,ibu bukan cerah pun....(sambil mewarnakan hitam.Siap mewarnakan lukisannya, dia meletak di atas meja).

Dalam diam, Lada Putih memadamkan warna hitam pada gambar 'ibu' mereka dan menukarnya dengan warna coklat. Akhirnya dia sangat berpuas hati....Walaupun dia dilahirkan bewarna putih dan tidak sama dengan warna kulit ibunya dia tetap sayangkan ibunya dan merasakan ibunya cantik. Mungkin baginya hitam itu tidak cantik. Alahai anak....mungkin suatu hari dia akan redha memiliki ibu yang tidak cantik, dan berfikir bahawa hitam itu walaupun gelap tetapi ada manisnya....

Kisah 3: Cikgu yang kurang pandai

Ain baru habis STPM dan sedang menunggu keputusan. Dia diterima menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di kampungnya. Hari pertama mengajar dia diminta mengajar Bahasa Inggeris untuk tingkatan 1. Dia masuk ke kelas hari tu tanpa membawa kamus kerana hari pertama kononya hanya untuk sesi bekenalan sahaja.

Murid1: Cikgu apa makna ' saddle'?
Ain: (terkejut) apa dia?
Murid2: kami cuba nak translate lagu Waka Waka...(lagu tema World Cup 2010)
Ain: Alamak cikgu tak tahu lah apa maknanya....Siapa ada bawa kamus? (bertanya kepada murid lain. (Semua diam tiada jawapan).
Ain: Baiklah, mulai esok, semua orang mesti bawa kamus ke sekolah. Untuk kepentingan kamu juga. Saya tak nak dengar ada alasan berat nak bawa kamus, ok. Maaf awak cikgu tak tahu, nanti awak cari dalam kamus ok.
Murid1: Ala cikgu......(bunyi macam hampa sikit)
Murid 2: Ala cikgu tu bukan tak tahu, tapi saja buat-buat tak tahu kan cikgu kan...(cakap jujur)
Ain:(dalam hati) aik budak ni aku memang tak tahulah...

Begitulah naifnya murid-murid yang masih mentah. Masih mengharapkan curahan ilmu dari seorang bergelar guru. Kalau cikgu pun malas nak buka kamus macam mana? Kalau cikgu pun malas nak baca suratkhhabar dan mengikuti perkembangan semasa, macam mana? Bukan sahaja murid tetapi di pihak guru mesti sentiasa memantapkan ilmu dan kepakaran dalam semua bidang(tidak terhad dengan bidang pengajarannya sahaja). Bagi murid2 dalam kisah di atas, guru adalah orang yang paling pandai dan terbaik untuk dia menimba ilmu. Tak mengapalah kalau cikgu tak nak beritahu, dia akan berusaha sendiri demi untuk menjadi orang yang bijaksana suatu hari nanti.

Kisah 4: Lubang hidung

Sudah lama si Adik perhatikan hidung Alongnya macam pelik sedikit berbanding hidungnya dan hidung Angah. Suatu hari dia nekad bertanya.

Adik: Along kenapa yer lubang hidung Along tu besar sangat?
Along: (terkejut beruk dengan pertanyaan adiknya) Err lubang hidung Along besar supaya dapat hirup oksigen dan udara lebih banyakdari orang lain....
Adik: Oooooooo...(dalam hati tertanya kenapalah lubang hidung aku kecil sahaja saiznya).

*nota*
Kisah ini dibelit-belit sedikit dari kisah benar. Nama-nama watak juga telah diubah sedikit supaya identiti suspek takkan dikenalpasti. Hehehe:D

Percutaneous Nephrolitotomy

Adoii.. terbelit lidah nak menyebutnya. Kalau tanya Pak Cik Gugel dia boleh bagitahu apa maksud 'Percutaneous Nephrolitotomy' itu...:) Kalau nak aku yang explenkan, senang citer, ia satu kaedah rawatan dengan menebuk dari permukaan kulit pesakit ke buah pinggang dan memecahkan batu karang yang terdapat pada atau dalam buah pinggang tersebut secara laser atau ultrasound.

Setelah sekian kali ditangguhkan, mak akhirnya akan menjalani rawatan membuang batu karangnya pada pagi ini. Kisah emak dengan batu karang memang sangat panjang kerana dari hujung tahun 1990-an hingga sekarang ia masih membelenggu emak. Kesian emak. Aku doakan semoga ia menjadi penebus dosa (kafarah) buat dirinya.

Ya Allah, Engkau selamatkan lah emakku. Semoga Engkau permudahkan pembedahan ini dan memberikan kesembuhan kepada dia. Ya Allah, berikanlah emak kesabaran dan kekuatan semangat dalam menghadapi ujian-ujianMU ...Amin Wahai Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNYA..
My Love emak on her 52yrs old birthday, 26 Jan 2009

UPDATE 11pm:
Dalam pukul 5lebih petang tadi baru mak diberitahu pembedahannya diBATALkan...ini kali ke 2(setelah mendapat tarikh, yang 2kali lagi tu sebab kesihatan mak tak berapa bagus). Jadual seterusnya akan diberitahu kemudian. Aku memang sedih +marah sebab alasan kenapa tak jadi tu amatlah tak memuaskan hati. Ya, bila tiba gilirannya dia dah tak cukup masa untuk menjalankan operasi. Doktor pun penat, tapi takkan tak de backup??? kemudian, doktor terpaksa mendahulukan pesakit yang lebih kritikal menjalani pembedahan. Aduyaiii...kalau macam tu, terpaksalah emak menanggung sakit bila balik ke rumah nanti...Kalau lah kami kayooo ....huhu (jangan menidakkan ketentuan Allah, Insya Allah ada hikmahnya. Cepat atau lambat DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat emak....) Kesian jugak abah sebab terpaksa datang dari kampung. Berulang naik bas je sebab tak mau bayar tol dan tuang minyak kete katanya. Nak berjimat abahku. Suruh tido sini, tapi kesian adik sorang lagi nak sekolah dan ada kelas tambahan malam (pmr). Semoga Allah memberi kami kesabaran..sabar..sabar..dan terus sabar... boleh komplen ni...nak komplen kat mana yer???????

UPDATE July 9 10am:
Operation mak dah reschedule pada Sabtu minggu depan. Dia warded hari Khamis sebelum. Harap kesihatan mak baik-baik sahaja agar schedule baru dapat dilaksanakan. Insya Allah...

GURAUAN HUKUM & MAKSIAT SAMBIL BERTUDUNG, LEBIH BESAR DOSA

Sudah lama saya tidak berkongsi artikel menarik di laman ini. Hari ini terbaca di fesbuk seorang kawan dan terdetik untuk kongsikan di Laman Cahayamata. Semoga pahala penulis artikel dapat dipanjangkan lagi, Insya Allah...

GURAUAN HUKUM & MAKSIAT SAMBIL BERTUDUNG, LEBIH BESAR DOSA
"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur

Emosi , emosional...

Posting sebelum ini berbaur pelbagai emosi dan ketika ini emosi tak keruan masih melilau di lubuk hati...

Wanita selalunya yang paling emosional berbanding lelaki. Mungkin kerana hati mereka lebih lembut dan sebab itu mudah berkecil hati..mudah cair dan ada juga keras (tapi macam kerak nasi jer..). Kadang mulut berkata lain tetapi di dalam hati terpendam perasaan yang berbeza dari apa yang mereka luahkan...Wanita juga suka berangan yang indah-indah kerana nafsu mereka yang lebih banyak berbanding lelaki. Kehendak wanita itu juga lebih banyak dan kadang-kadang melebihi keperluan. Wanita diciptakan daripada rusuk yang bengkok. Maka, lelaki diciptakan untuk meluruskan kebengkokkan itu dengan kebijaksanaannya dan penuh berhikmah. Dalam melayari kehidupan sebagai pasangan hidup yang sah, komunikasi dua hala amat penting supaya emosi tidak melampaui batasan dan diri wanita itu dapat dididik secara betul rohani dan jasmaninya....Beruntung menjadi seorang wanita kerana pahala yang diperolehi mudah dikumpul. Dalam peristiwa Isra' Mi'raj Rasullullah, kita diberitahu baginda melihat lebih ramai penghuni isi neraka ialah kaum wanita...Di sinilah persoalan emosi memainkan peranan dalam membentuk jati diri kita untuk menjadi wanita yang solehah yang bakal menjadi ketua kepada bidadari-bidadari suaminya di syurga kelak....(alahai banyakkan bidadari dia dapat)

Dalam kecelaruan emosi ini, di hujung minggu kelmarin 'naik'lah 'bendera merah' aku rupa-rupanya...errmmm suatu alasan yang tidak dapat disangkal oleh sains juga kerana wanita juga dikurniakan waktu 'cuti'..waktu period..iaitu haid....Besarnya kekuasaan Allah kerana hanya wanita beroleh 'nikmat' keluar darah di luar waktu melahirkan anak. Ada sesetengah dari wanita didatangi sakit dan bermacam simptom semasa hari-hari periodnya. Keberuntungan wanita ini bukanlah alasan untuk meninggalkan ibadat, malah diganti dengan zikir-zikir dan tasbih kepada Allah dan redha pula menerima segala ragam periodnya..Mulut dan hati wanita yang tetap dengan Allah inilah yang mampu untuk mengawal emosi dan perubahan hormon semasa. Mereka inilah yang bakal menerima ganjaran berlipat ganda dari-Nya...Insya Allah:)

Mulut dan hati..keduanya bagaikan kembar yang tidak boleh dipisahkan. Andai terpisah maka jadilah seperti perumpamaan, "ikut rasa binasa, ikut hati mati" dan "kerana mulut badan binasa" kalau kita berkata 'sesedap mulut' atau bercakap 'ikut suka hati akulah' maka lahirlah emosi luar kawal. Satu lagi anugerah Allah buat semua manusia (bukan hanya wanita sahaja) iaitu AKAL....Akal mesti mendominasi tindakan (mulut, hati, anggota badan) supaya dapat mengawal emosi dengan bijaksana dan penuh kesabaran...

Ya Allah kurniakanlah aku hati yang baik, akal yang sihat dan emosi yang stabil...Amin!

*nota: Tulisan ini hanya sekadar luahan dan peringatan buat diri sendiri. Andai elok silalah kongsi bersama. Andai salah tolonglah beritahu di mana salahnya. Setengah point diambil daripada pendengaran penulis dari program Usrah TV9. Tonton setiap Jumaat 11pagi.

Rangkuman: Emosi

Adeus Brazil...

Akhirnya pasukan Brazil kecundang di tangan Belanda....huuuuhaaaahuu :(
Crying Smiley Orkut codes Smileys Myspace graphics Crying Smiley scrapbook animationsUpset Smiley Orkut codes Smileys Myspace graphics Upset Smiley scrapbook animations
Tut tut.. Ada pulak yang cakap aku ni hipokrit dan suruh terima hakikat kekalahan...Ceh ni yang nak marah ni!!! Bila masa aku hipokrit???aku cuma meluahkan kekecewaan dan kesedihan.. kalau dah kalah kalahlah...tak de pulak aku buat-buat suka hati (ini baru hipokrit sebab berpura-pura) dan beralih sokongan kepada pasukan yang lain..Huhu tak mengapalah, kalau panjang umur kita jumpa lagi 4 tahun bro!
Screaming Smiley Orkut codes Smileys Myspace graphics Screaming Smiley scrapbook animations

'Meroyan'
Suspecious Smiley Orkut codes Smileys Myspace graphics Suspecious Smiley scrapbook animations

Hari ini terbaca satu citer dongeng yang sebenar kat blog kawan aku. Citer seorang perempuan yang 'meroyan' tak tentu hala dan akhirnya dirinya sendiri mendapat malu...Memang malu sungguh arh kalau aku yang jadi perempuan 'meroyan' tuh..Memang menumpang malulah kalau perempuan 'meroyan' tu adik aku...nasib baik aku tak ada pertalian apa-apa dengan dia...Namun sebagai saudara seagama, aku berharap penyakit 'meroyan' dia itu dapat disembuhkan...

Mungkin aku hanya masuk tengah-tengah cerita dan tak ikut dari awal...Namun, citer dogeng itu bukan sebarang dongeng kerana ia mudah sangat difahami hatta oleh budak umur 5 tahun yang sudah pandai membaca (hahaha ini aku saje melebih-lebih...sorry mori, eddy naik lorry:D) Sebagai perempuan nampak kurang manis kalau saling bertekak dan memaki orang lain walaupun kita di pihak yang benar... Harap ada penyelesaian baik diantara dua pihak.. Harap perempuan 'meroyan' sedar akan kesilapannya... Tak payah lah nak besarkan citer sampai ke polis... Nanti kalau polis yang tulis report tu baca ayat dalam entry yang awak tulis, silap hari bulan dia pon 'meroyan' sama dan awak pulak kene charged. Hehehe...acah jer

Bahasa Inggeris (BI) aka English

Hari ini juga aku terbaca satu posting dalam satu blog yang menulis dalam BI. Mulanya aku yang tak pandai BI ni baca berkali-kali jugak lah nak paham apa yang ditulis. Maaflah sebab aku pon hampir tergelak sebab kesilapan grammar dia memang terlalu jelas sehingga menjadi kutukan beberapa pembaca. Bluhing Smiley Orkut codes Smileys Myspace graphics Bluhing Smiley scrapbook animationsSebenarnya, tiada siapa nak kisah BI dia tak bagus tetapi 'meroyan' dalam BI itulah yang menjadikan pembaca naik hangin satu badan..

Aku pun memang tak power BI...Walaupun Mr. Hubby BInya ber'habuk-habuk' , aku tak pernah nak belajar dengan dia untuk improve skill BI..Mungkin kerana ada sedikit rasa malu dalam hati kalau-kalau salah nanti akan kene gelak. Ini lah masalah terbesar orang kita-MALU- Ada orang tidak malu untuk mendapat malu, kerana diakhirnya dia akan belajar dari kesilapan dan berjaya. Masa kerja dahulu dapatlah juga speaking dengan kawan-kawan tapi, sejak jadi pegawai rumahtangga ni langsung tak de nak speaking kecuali kalau membaca sikit-sikit artikel dalam Internet..Jadi, aku mencuba sikit-sikit untuk menulis 2-3 ayat BI dalam blog. Mula-mula takut dan malu juga jika tersalah, tapi seumpama pisau tumpul, kalau tidak diasah manakan ia menjadi tajam kembali.. Harap ada yang sudi menegur kalau aku tersilap grammar ke apa ke..dsb. Cuma apa yang aku harapkan ada segelintir pembaca tak tahu Bahasa Melayu dapat membaca blog aku...(ada ke?? huhu)

Ada orang tak pandai nak tunjuk pandai...Dia tak pandai tapi nampak macam pandai bila berada di kalangan orang-orang yang tidak pandai juga...kalau berada di kalangan yang pandai maka, jelas amatlah si dia ialah orang yang tidak pandai...apa yang boleh kita lakukan ialah belajar dari kesilapan....jangan mengulang kesilapan yang sama dan istoqamah dalam membuat kebaikan. Ini aku merujuk dalam semua lapangan kehidupan dan tiada kena mengena tentang BI atau BM atau 1 subjek semata-mata.....harap maklum.

Lebih penting, jangan bodoh sombong untuk belajar dan diajar apabila menyedari diri sebenarnya tidak pandai mana.....Si bodoh sombong yang hanya pandai berlagak dan tidak mahu mengubah diri akhirnya akan merugikan diri sendiri..Arrghh malu nya kalau kena kutuk:(

Selamat pengantin baru

Hari ini 3 Julai 2010 sepupu aku akan naik pelamin di Felda Mempaga 2, Bentong Pahang. Insya Allah kalau tiada aral melintang kami akan sampai ke sana tengah hari nanti. Buat Mala dan Fuad Kak Ngah doakan korang akan bahagia dunia akhirat bersama zuriat soleh dan solehah, Insya Allah.....
Love heart smiley Orkut codes Smileys Myspace graphics Love heart smiley scrapbook animations