Ahad baru ni Alhamdulillah kami sekeluarga menghadiri majlis perjumpaan semula rakan sekolah hubby yang diadakan di Bukit Cahaya Seri Alam (fka Bukit Cerakah). Perjumpaan yang julung kali diadakan itu dianggap diluar jangkaan kerana berjaya mengumpul hampir 200 orang termasuk anak-anak dan isteri masing-masing.
Perjumpaan semula ini amat meninggalkan kenangan mengusik jiwa memandangkan masing-masing sudah meninggalkan alam persekolahan sejak 20 tahun lebih. Kebanyakan dari mereka juga sudah tidak bertemu semenjak melangkah keluar pagar sekolah. Hahahaha...bayangkan lah, sudah pasti saiz fizikal, wajah dan penampilan juga sudah jauh berubah berganda-ganda bezanya. Bayangkan juga...ada sebahagiannya yang hadir bersama anak dara yang sudah bersekolah menengah dan tidak kurang masih lagi mengendong bayi seperti kami sekeluarga. Dalam pada itu ada juga beberapa orang yang masih menten cun dan hensem malah macho di samping isteri muda. Hehe..
Setiap orang hadir membawa potluck masing-masing. Aku hanya sempat menyediakan nasi putih bersama lauk daging hitam dan juga kuih lapis. Apabila dikumpul bersama-sama hidangan yang lain di atas meja, memang meriahlah dengan pelbagai jenis makanan yang aku lihat ala-ala makanan hotel pun ada. Mana taknya, dari makanan seperti nasi dan mee hinggalah kepada beraneka pencuci mulut dan daging kambing bakar. Alhamdulillah, memang mewah betul makanan hari itu hingga ramai yang menapau makanan untuk dibawa pulang.
Dalam hiruk pikuk bersembang dan menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak, anak-anak aku juga tidak ketinggalan menunjukkan tingkah laku masing-masing. Aksi memanjat masing-masing menyebabkan Almustofa telah terjatuh dan nasib baiklah tidak mengalami apa-apa kecederaan. Malu juga dengan orang, tetapi nak buat macam mana, sabar jelah ibu...kalau di rumah tentu dapat dah 'ganjaran' nya...:D hehe
Lebih kurang jam 3 petang, masing-masing beransur pulang kepenatan tetapi dengan hati yang gembira. Alhamdulillah atas pertemuan tersebut dan semoga dipinjamkan usia oleh Allah Taala untuk perjumpaan seterusnya....Amin
1 comments:
kuatagh??
waa.. senior mrsm kuantan nih
Post a Comment