Alahai anak...alahai ibu...

Sabar...sabar...sabar...setakat mana boleh sabar kalau hari-hari buat salah yang sama...bukan tak beritahu elok-elok tapi masih tak ikut arahan yang diberikan dengan baik..elok..bila ibu dah menjerit pun masih buat-buat tak dengar, mana hati tak membara...maka, terjadilah hal yang tak sepatutnya terjadi...
Alahai anak...
Ibumu ini banyak kerja nak dilakukan. Bukan setakat menjaga dirimu nan seorang..adik-adik jua nak dijaga. Adik di dalam perut juga perlu diambil kira. Tugasan rumah sentiasa ada. Kalau ditangguh semakinlah menimbun jadinya...Kalau yang tua tak mahu mendengar kata. Mana si adik nak mencontohinya. Kalau ibu buat tak tahu sahaja, nanti anak naik tocang pula.. Bermanja-manja ada masa dan hadnya. Ibu penat siapa membantunya...
Alahai ibu...
Anak-anakmu masih belum mumayyiz lagi...Apalah sangat usia baru 6 tahun sahaja. Jangan melayan dia seperti sudah dewasa. Kadang kita yang tua juga banyak berbuat salah dan berdosa... Nak mendidik bukan dengan memukul dan herdik. Nanti membesar jadi perengus macam yang dah terdidik. Mungkin ibu bertujuan baik. Perlu ingat, cara yang salah tak menghasilkan kesudahan yang baik....
Gros smile
Alahai ibu...Alahai anak...
Sama-sama lah bekerja sama....Abah tiada buat sementara. Jika ada pun semacam tiada...lantaran sibuk dengan kerja dan urusannya..Tetapi abah tetap fikirkan keluarga. Semua yang diusahakan untuk masa depan bersama. Moga kelak beroleh sejahtera...
smiley modelling claysmiley modelling clay
Alahai anak..alahai ibu..
Sabar..sabar..sabar... Amat senang nak dapat pahala. Laksanakan peranan masing-masing dengan ikhlas. Bahkan lagi senang nak mendapat dosa...bila marah menguasai kita. Mudahnya syaitan menghasut kita...jauhlah nanti dari nikmat dan bahagia...
Alahai anak..alahai ibu..
Bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang di kemudian hari..Dahulu ibu pun nakal juga. Cakap atuk dan wan selalu tak ikut juga. Mungkin kuah jatuh di pinggan sahaja. Jangan pula buat-buat lupa. Anak kecil banyak karenahnya. Bersyukur kerana beroleh anugerah-Nya. Tidak semua bertuah mendapatnya. Yang dah mendapat harus hargainya.
big smiley
Alahai semua..
Sekadar luahan rasa. Bila tekanan melanda, dan airmata jatuh diriba..Semuanya jadi tak tentu hala. Tulisan ini sekadar memujuk hati. Memohon doa daripada Ilahi. Moga Dia memberi hidayah. Agar ibu dan anak mendapat pedoman. Agar selamat dunia dan akhirat. Menjadi golongan syurga idaman..memilik rumah penuh keamanan!
big smileyegg 08 Cute Egg Emoticons

5 comments:

ummu said...

iyerlah,kdg2 bila saya dah mula rasa nak naik angin,teringat pulak suami kata, anak2 kita belum mumaiyiz lagi.nak marah lebih2 pun bukannya dia faham.susahnye nak sabar dgn anak2 kan?tapi mereka nilah penyejuk hati kita.

Aina said...

salam perkenalan dari saya..

terima kasih menjenguk blog yg tak seberapa ni..hehe saje meluah perasaan dengan posting ini.

a'ah mrk penyejuk hati. menyejuk hati time ok lah...hehe

penawar duka..penghibur kala sunyi dan penglipur lara....:D

masyitah dr temerloh kan.kat mana tuh?

ummu said...

kat area Songsang.Aina orang temerloh ke?

Aina said...

Saya orang Raub,kg Dong.Hubby org Jengka 14.Songsang tu belah mana yer. Maaf lah nama je org Pahang tp tak penah dengar.

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.