Malam ini, hubby bertolak ke Port Moresby, Papua New Guinea, penerbangan 12.10 pagi nanti. Insya Allah pagi esok juga sampai, akan berada di sana 3 - 4 minggu dan dijangka pulang 7hb bulan depan. Memandangkan aku dijangka bersalin dalam minggu pertama bulan september itu nanti, kerisauan mengulit hati kerana bimbang tiada orang yang menemani dalam labor room dan memberi semangat di sisi nanti. Namun, dia beritahu akan cuba melakukan yang terbaik di sana dan berharap dapat balik Malaysia lebih awal. Entahlah aku tak mengharap sangat, sebab pengalaman sebelum ini pun dia selalu balik sama ada tepat pada waktu yang ditetapkan atau menetap lebih lama kerana timbul beberapa masalah teknikal di tempat kerja. Frust juga rasanya kerana sejak awal dah berangan nak dia temankan seperti masa bersalinkan hero bertiga tu. Apapun aku redha dan berdoa semoga Allah akan memudahkan segala urusan kami dan melindungi kami dari apa jua kesulitan. Tambahan dengan isu penularan virus H1N1 di seluruh dunia, kami yang sentiasa berada di dalam rumah juga belum tentu selamat dari jangkitan. Risiko lebih tinggi terutama kepada ibu mengandung, jadi sebolehnya aku mengelak mendedahkan diri di khalayak yang ramai. Apapun tidak dapat dielakkan juga untuk keluar rumah membeli barang keperluan, mengambil anak sekolah dan pergi ke klinik. Oleh itu, kembali kepada Allah kita berserah dan memanjat doa agar semuanya selamat. Amin....
Ifa Raziah Dan Roslan Shah Gaduh Besar Selama 7 Tahun
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog
*www.hanshanis.com* sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans
telah menghadiri satu m...
29 minutes ago
2 comments:
alaa..kesiannyer kat akak..
apa pun jaga diri bebaik..
n baby kat dalam perut tu..
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan..Amin..
Thanx shera...
Post a Comment