Ya ALLAH, bantulah kami. Kurniakan kami hati yang tabah dan berani untuk menghadapi ujian-MU ini...

Dengan nama ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Alhamdulillah dah siap makan. Air milo campur dengan oat. Sambil-sambil tu mengadap laptop di meja. Berita-berita semasa tentang MH370 saya baca satu persatu. 

Saya sayu melihat gambar ini. Airmata bergenang dan terasa sebak dalam hati. Saya terfikir...

"Makankah mereka bila hati sedang menanggung kesedihan?"


"Makankah mereka bila dunia sedang mengejar mereka?"

"Makankah mereka, bila beban di bahu amat berat dirasakan?"

Saya mendoakan mereka baik-baik sahaja. 

Saya mendoakan agar mereka tabah, sabar dan berani.

Saya mendoakan mereka sehat dan kuat semangat.


Kala dunia sedang memerhati kita, mereka sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua soalan dan tohmahan.

Kala keluarga mangsa bersedih, mereka juga berkongsi kesedihan...

Kala airmata mereka mengalir, kita sama merasai pedih yang sama. Walaupun kita tiada ikatan saudara, kisah sedih ini mengikat kita di dalam emosi yang sama.

Kepada H2O, AJ dan DA...
Rakyat Malaysia bersama anda!

Insha ALLAH, MH370 akan ditemui. Teruskan berdoa. Teruskan bersolat hajat. Teruskan bersatu hati!


Ameen...

Petunjuk baru ditemui. MH370 kah itu??

Hujan rahmat sudah membasahi bumi. Jerebu sudah mulai bersidang dan air mulai memenuhi empang-empang yang kekeringan sebelum ini. Moga dengan rahmat ALLAH berikan ini, akan disertai dengan berita gembira mengenai MH370..

Apapun juga, yang terjadi, sama-sama kita berdoa. Berat mata memandang, berat lagi hati-hati keluarga yang menanggung beban rindu di hati... Moga terus tabah dan cekal. 

 BERITA HARIAN ONLINE

Berdebar menunggu sidang media petang ini...Sekarang semua channel tv tengah cover laporan khas sambil menanti keputusan imej sebenar objek tersebut.

[UPDATED]
Pasukan SAR Malaysia, Australia dan negara lain sedang menuju ke lokasi dilaporkan objek tersebut berada...Pihak Australia sendiri pun belum melihat lagi apakah objek berkenaan. Ia hanya berdasarkan imej yang dicerap oleh satelit di Lautan Hindi.

Sama-sama kita nantikan. Elakkan spekulasi selagi tiada penemuan dan tiada pengesahan dari pihak berkenaan.

"Robbi Yassir wala tua'ssir, Robbi Tammim bilkhoir"

[POST MELEKAT] Order Sambal Hitam Pahang

Salam sejahtera,

Dengan rasa gembira, Kak Aina nak memberi peluang kepada sesiapa yang belum pernah merasa Sambal Hitam Pahang yang glemer tu, boleh berbuat demikian dengan membayar hanya RM7 untuk setiap 100 gram.

Sambal Hitam Pahang mengandungi ikan bilis, bawang merah, cili api dan bahan utamanya iaitu belimbing buluh. Belimbing buluh yang direbus sampai hitam boleh disimpan setahun lamanya sama ada di luar atau di dalam peti ais. Ini kerana ia mengambil masa yang sangat lama untuk direbus sampai hitam bagi menjamin kualiti tahap terbaik. Disebabkan belimbing inilah, maka sambal Pahang ini dinamakan Sambal Hitam.

Jangan salah faham ye, tiada kicap dicampurkan di dalam sambal bilis ini!

Sambal Hitam sedia untuk diedarkan

Kalau tanya penggemar sambal, rasanya memang sedap dan terangkat!

[SEGMEN] Tak Kenal Maka Tak Blogwalking



Salam sejahtera,
Mak Dara anjurkan segmen 'Tak Kenal Maka Tak Blogwalking' hari ni. Terasa nak join pula. Macam best je. Boleh cari kenalan dan saling berkenalan sesama blogger.

Nama asal blog Kak Aina ialah 'Laman CahayaMata' tapi dah tukar ke 'Dunia Merah Jambu Saya'. Saja penjenamaan semula kata orang selepas beberapa tahun. Kak Aina hanya suri rumah biasa dan mempunyai 4 orang hero. Termasuk Encik suami 5 hero di rumah kecilku ini.. 'Dunia Merah Jambu Saya' ruangan Kak Aina melepaskan ketengangan ...

Selamat berkenalan kepada anda semua! untuk join,klik link dekat gambar di atas. Cepat, cepat! Sebelum 10 malam ini.

Terasa muda kembali bila...berjumpa dengan kawan-kawan di bangku sekolah :)

SPA Ikan

Salam sejahtera.

Kalau sudah puas ke spa kecantikkan untuk memanjakan diri, salon rambut dan merias kuku. Apa kata mencuba menenangkan hati dengan Doctor Fish. Masukkan kaki anda ke dalam air dan biarkan para doktor ikan yang comel merawat kaki anda dengan caranya tersendiri. Inilah spa ikan!



Perkhidmatan yang ini terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Jom pergi ke gym nak?


Info lanjut kat sini

Ada sesiapa yang dah pergi atau teringin  nak pergi? Jom pakat ramai-ramai serbu gym milik blogger Mak Dara ni nak? Macam best jer... macam syok jer... :)

Apa khabar kawan-kawan blogger semua?

Salam sejahtera pagi Sabtu,
Moga kita ceria selalu...

Hehe, pantun dua kerat. Sila balas. 

Lama tidak bersiaran di alam maya. Rindu hendak menulis dan memecah idea untuk mengarang entri yang bermanfaat dan santai untuk para pembaca. Semua orang ada kesibukkan masing-masing. Itu bukanlah alasan untuk menghadkan penglibatan diri dalam sesuatu yang merupakan minat dan hobi. Harus ada usaha dan semangat untuk mengorak langkah.

Ini entri pertama pada 2014. Sudah 2 bulan tahun baru ini berlalu. Cepat tanpa kita sedari. Sedar tapi macam baru semalam kita berumur muda. Tpi, hari ini sudah genap atau hampir senja usia kita. Namun, Alhamdulillah syukur pada-NYA kerana kita masih di sini. Di dunia fana untuk meneruskan sisa hidup. Di manakah landasan kita hari ini? Ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat? Atau kecemerlangan dunia sahaja? 

Saya berdoa semoga entri seterusnya akan menyusul. Kasihan blog merah jambu saya. Sunyi dan sepi tanpa entri terkini. Moga kawan-kawan terus menyokong saya untuk terus bersama anda di persada maya. Terima kasih.