SENARAI PENUH PEMAIN SKUAD TOK GAJAH 2014

Alhamdulillah dah diumumkan. Semoga tahun hadapan Pahang dapat meningkatkan mutu permainan di samping meraih lebih piala atau paling kurang pun mengekalkan status juara Piala Malaysia 2013. Pastinya setiap pasukan negeri dan kelab berusaha untuk menyediakan skuad yang lebih mantap untuk musim hadapan. Moga persaingan sihat antara negeri dan kelab ini akan meningkatkan mutu bolasepak Malaysia umumnya.

Berikut senarai pemain:
  1. Mohd Amirulhadi Zainal 
  2. Jalaluddin Jaafar 
  3. Azamuddin Md Akil
  4. Fauzi Roslan
  5. Mohd Hafiz Kamal
  6. R.Gopinanthan
  7. R.Surendren
  8. Mohd Faizol Hussain
  9. Mohd Saiful Nizam Miswan
  10. Azidan Saruddin
  11. Razman Roslan
  12. Mohd Shahrizan  Mohd Salleh
  13. Zaiza Zainal Abidin
  14. Abdul Malik Ariff
  15. Muhammad Syawal Norsam
  16. Mohd Faisal Mohd Rosli
  17. Mohd Hazry Rozali 
Pemain import:
  1. Matias Ruben Conti
  2. Damion Delano Stewart
  3. Zeshan Rehman
  4. Dickson Nwaekeme
Penjaga gol:
  1. Khairul Azhan Mohd Khalid 
  2. Nasril Nourdin
  3. Muhammad Saufi Mohd 
Harap semua peminat suka dengan barisan pemain. Yang penting coach pengganti Dollah Salleh mesti bagus. Barulah pemain dapat meningkatkan kemahiran mereka dari sebelum ini.


Hanya dua pemain daripada pasukan itu berhijrah iaitu pemain tengahnya, Mohd Hazuan Mohd Daud ke pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikuti jejak bekas Ketua Jurulatih, Dollah Salleh dan penjaga gol, Rosfaizul Azuar ke pasukan Kuantan FA.

Sementara itu, bekas Penolong Pengurus Pahang, Zainal Abidin Hassan memberitahu, senarai pemain tersebut sudah diperkenankan Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pasukan itu akan mula menjalani latihan bermula 6 Disember ini.

“Setakat ini, hanya nama jurulatih dan pegawai lain akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Pemain import dijangka akan berada dan menjalani latihan di sini lewat sedikit mungkin dalam 10 Disember ini dan hanya Zesh Rahman yang sudah berada di Kuantan,” katanya.

Sementara itu, jawatan Ketua Jurulatih Pahang sah menjadi milik bekas jurulatih Johor dan Sabah, Ronald Smith, manakala Zainal Abidin pula dilantik sebagai penolong ketua jurulatih menggantikan Shahruddin Rosdi sekali gus menamatkan desas desus dan penantian peminat selama ini.
Berita penuh di sini.


0 comments: