Suka buat entri copy paste?
Bukan nak kata kat orang lain, saya sendiri pun suka buat kerja copy and paste untuk buat entri di blog.
Abaikan berita hiburan atau gossip tentang artis. Namapun gossip. Banyak fitnah dari betul.
Sedar atau tak, banyak juga berita yang kita copy dan paste tersebut rupanya tidak betul dan menyimpang dari fakta/kebenaran.
Antara media-media cetak juga, kalau korang perasanlah, ada yang menyiar cerita yang berbeza. Tapi, kita tak tahu lalu, kita salin menjadi entri. Disebabkan mereka ini media arus perdana kita terus percaya dan menerima berita itu benar.
Tak perlu cerita tentang akibat. Sendiri boleh fikir. Fikir dalam-dalam.
Contoh berita persepsi:
Suratkhabar A - mangsa telah dirogol sebelum dibunuh
Suratkhabar B - mangsa rogol dan bunuh
Suratkhabar C - ada kesan rogol dan bunuh
Polis - mangsa tidak dirogol
Persepsi - sebab mangsa ditemui tanpa berpakaian lengkap
Kesan - Tidakkah ini memalukan keluarga mangsa dan mereka yang terlibat?
Contoh berita salah fakta:
Suratkhabar A - mangsa diculik dan suami dibunuh
Suratkhabar B - mangsa diculik dan rakan ditembak
Suratkhabar C - mangsa diculik dan teman lelaki ditembak mati
Suratkhabar A - mangsa berusia 38 tahun
Suratkhabar B - mangsa berusia 40 tahun
Suratkhabar C - mangsa (umur tidak dinyatakan)
Kesan - kalau kesilapan kecil mungkin boleh dimaafkan. Apalah sangat pada usia. Kalau salah nama, terutama melibatkan VIP, akhbar kena cetak permohonan maaf dan membuat pembetulan.
Contoh berita salah maklumat:
Suratkhabar A - pengganas telah ditangkap
Suratkhabar B - pengganas ditangkap polis
Suratkhabar C - pengganas ditangkap petang tadi
Polis - tiada tangkapan dibuat
Kesan - Akbar membuat pembetulan dan melaporkan berita daripada maklumat dari pihak polis. Tapi adakah para blogger juga akan menyemak kembali entri copy paste akibat kesilapan-kesilapan tersebut ???
Itu hanya di antaranya. Mungkin korang ada pandangan berbeza....
Kesimpulannya - Kita juga harus ada kewibawaan untuk menapis isi berita yang betul dan jangan suka hati membuat cerita berdasarkan persepsi sendiri. Pastikan sumber maklumat dari pihak yang benar seperti polis yang ada disebutkan nama, jawatan dan gambar berkenaan. Kalau ada kesilapan silalah kita update maklumat yang telah disalin pada awalnya tadi.
Saya memberi ingat pada diri sendiri juga. InshaAllah...
Jom minum kopi:)
0 comments:
Post a Comment