Pada separuh akhir kedua malam tadi, Apa Kasih Toq dan OMG berjaya meneruskan perjalanan ke peringkat akhir dalam program Liga Lawak Superstar. OMG yang konsisten sejak awal dengan pungutan mata tertinggi merupakan pasukan favorite. Manakala Apa Kasih Toq yang kurang menyerlah di separuh akhir pertama minggu lepas berjaya ke akhir dengan pungutan markah yang agak tipis berbanding pasukan yang mendapat tempat ketiga iaitu Aku Diandra. Kalau ikut saya, saya lebih menyukai Aku Diandra. Cuma Apa Kasih Toq lebih beberapa mata pada markah SMS.
OMG mungkin menjadi pasukan favorite juga di final yang akan berlangsung minggu depan. Persembahan Akim, Anas dan Sathiya seringkali mencuit hati dengan kelebihan masing-masing. Pada saya Akim kekuatannya lebih pada nyanyian dan popularitinya untuk meraih lebih markah sms. Manakala Anas kekuatannya lebih pada lakonan yang mana lawaknya yang spontan sangat mencuit hati. Namun, malam ini Fatimah Abu Bakar memberikan tahap 'poyo' untuk kumpulan mereka. Namun pada game terakhir mereka satu-satu kumpulan meraih tahap 'lawak superstar' malam ini. Sesuai dengan tagline kumpulan iaitu 'sempoi' , masing-masing sangat bersahaja walaupun dalam cabaran karaoke kakitangan yang mana kaki mesti dimasukkan ke dalam kotak berisi katak dan tangan dimasuk dalam bekas berisi ulat.Yaks!!!
Sathiya sebagai pelawak memang tidak dinafikan lagi kebolehannya. Mungkin pada awal dia bukan pelawak pilihan Akim dan Anas, di mana dalam episod pertama dia hanya satu-satunya pelawak yang tinggal setelah pasukan lain memilih pelawak-pelawak yang ada. Namun minggu keminggu, keserasian semakin terserlah di antara mereka. Beradaa di kalangan ahli kumpulan yang pandai menyanyi, kehadirannya sebagai 'perosak lagu' merupakan bonus kepada OMG untuk kelihatan lebih kelakar.

Saya menjangkakan OMG bakal menjadi juara LLS musim pertama. Para juri yang strict malam ini mahukan setiap peserta tampil dengan kreativiti dan persembahan yang lebih baik memandangkan hadiah juara ialah sebanyak RM250,000.
0 comments:
Post a Comment