Terima Kasih You Tube

You tube...siapa yang tak kenal??? Jangan angkat tangan tetapi klik kat sini kalau nak tahu. Tetapi macam biasalah di mana wujud kebaikan, di sekelilingnya pasti banyak keburukan. Terpulang kepada kita untuk memilih hanya yang baik dan menjauhi kemungkaran.

Nak ceritanya, saya punya pc punya monitor punya power button jem. Memandangkan saya ni ada sedikit ilmu perkomputeran, tambah pulak Mr. hubby menggalakkan dia minta saya cuba buka skrin dan check sama ada boleh baiki atau tak. Cakap memang senang. Bila try nak buka memang susah dan ketat. User manual tiada jadi main hentam sajalah labu! Macam tikus baiki labu, percubaan saya terhenti apabila monitor retak. Akhirnya Mr.hubby hantar ke kedai.

Seminggu di kedai, akhirnya bawa balik sebab mereka cakap dah rosak dan tak berbaloi untuk cari spare part. Lebih baik beli baru lah maksudnya. Saya memang tak puas hati. Tambah pulak rasa bersalah pun ada sebab retak tu tangan yang menaip inilah punya angkara. Nasib baik Mr.hubby baik hati dan tidak menyalahkan saya. Jadi hati ini melonjak nak cari penyelesaian sekali lagi sebelum campak skrin masuk tong sampah.

Alhamdulillah tak sangka dalam google jumpa satu video di You tube yang menunjukkan bagaimana cara membaiki monitor. Sebijik sejibun memang kena dengan masalah kami. Dengan bantuan Mr.hubby kami bersama repair dan Alhamdulillah ok boleh guna. Walaupun dengan sedikit kesuraman di tepian monitor(akibat retak) ini ia tidak menjadi penghalang anak-anak bermain game, ibu berblog dan bermain fb. Hehe mungkin ada hikmahnya di sebalik yang berlaku. Kalau nak tunjuk pandai lain kali biarlah imu penuh di dada. Kalau tak tahu juga, carilah guru atau mendapat rujukan dan panduan dari yang pakar. Betul tak???

Elok-elok pc dah ready on, mouse pulak jem sebab anak-anak main hari itu. Nasib betul lah terpaksa guna keyboard untuk menggantikan fungsi klik oleh mouse. Sambil menanti Mr.hubby beli mouse yang baru, guna keyboard pun bolehlah. Tiada rotan akar pun boleh guna kan.

Itu kisah pagi tadi. Pc dibiarkan terbuka dengan cerita kartun untuk ditonton oleh anak-anak. Petang, elok saya pula cuba nak guna, dan dan mouse dah ok. Pelik, entah macam mana anak-anak ni buat sampai dah ok pula mouse tu. Mana tumpah kuah kalau bukan ke nasi kan. Harapnya, biar kuah yang elok-elok ajelah sebab kuah basi bikin perot sakit aja nanti...haha:P

1 comments:

humaira' shop said...

cayalah ain...i tau u can do it,dr dulu lg...hendak 1000 daya kan...