Cerita Luqman
Hilang sokmo..
Orang selalu kata, "biasalah budak-budak..." apabila aku bercerita tentang Luqman yang selalu kehilangan barang-barang ketika baru masuk darjah satu. Alatan tulis tak payah ceritalah berapa kotak pensil sudah dihabiskan, berapa biji pemadam sudah dighaibkan, berapa kotak pensel warna sudah dibelikan dan sudah dua biji botol air juga sudah lenyap di sekolah.
Pernah suatu hari Akak (ipar) memberi cadangan supaya menggantungkan pensil di leher. Aku sangkakan dia buat lawak antarabangsa dan cuma tergelak besar membaca sms Akak. Bila bercerita kepada Mr. Hubby dia mengiakan cadangan itu dan membayangkan cara sebatang pensil kita lekat pada tali dan sangkutkan di leher atau pada baju. Ia bukan kelakar seperti lawak sarkas tetapi dengan keadaan yang proper, pasti menarik. Cuma aku tak mempunyai cukup gajet yang sesuai, jadi aku membuat lawak dengan melekatnya pada seutas tali riben dan menggantungnya pada beg sekolah. Konon tali riben itu cantik lah berbanding benang atau tali ropia biasa. Ia suatu yang memalukan sebenarnya. Bukan cubaan menjatuhkan air muka Luqman tetapi nak psiko dia.
"Kalau Aman tak mahu guna pensil bergayut ini dan kalau rasa malu jadi jangan hilangkan pensil yang disediakan di dalam bekas pensil". Dia angguk faham...
Sangka aku idea ini berjalan lancar. Budak-budak kalau 1 jalan mereka disekat mereka mempunyai 1001 jalan lain untuk mencuba. Balik sekolah aku lihat tali riben itu sudah diputuskan dari beg dan dia menggunakannya pensil tersebut untuk menulis. Manakan tidak dia berusaha memutuskan tali tersebut, sebab pensil lain sudah hilang....Errmm benar kata orang, tiada rotan akar pun berguna. Hendak seribu daya, pasti akan berjaya!
Baru punya!
Terkini, minggu lepas aku baru je mengirim guru kelasnya membelikan tali leher baru setelah 3 bulan kehilangan. Minggu lepas juga buat kali ketiga dia diberikan botol air baru kerana botol air lama sudah hilang. Sabar jelah.
Tali leher hilang masa tukar baju selepas habis aktiviti pendidikan jasmani. Walaupun tali lehernya bertulis nama, ada kawannya yang terambil. Sudahlah ambil orang punya, dan tahu ia milik Luqman tetapi tak mahu pulangkan. Kalau tak mahu beri janganlah bagitahu yang kau pakai Luqman punya! Beberapa kali dipesan supaya minta semula, tetapi tak mahu dipulangkan. Mungkin kerana dia fikir, kalau nak awak punya semula bak yang aku punya dulu! Amboi..amboi banyak cantik betul kan.(Maaf, ayat sakit hati ini). Kalau saya tahu anak ada mengambil barang orang mesti disuruh pulang semula. Ini tak, lagi disimpan. Takkan emaknya tak check pakaian anak-anak, beg sekolah anak-anak, keperluan anak-anak dll????
Kisah sebenarnya, pada hari kejadian selepas menukar baju sekolah Luqman tercari-cari tali leher miliknya. Dia berjumpa 1 tali leher di atas sinki tetapi bukan dia punya takkan dia nak pakai! Apa lagi nak ambil orang punya. Alahai anak aku, tak cukup matang lagi sebab bawa jelah tali leher tak bernama itu ke guru dan minta tanya siapa ada terambil dia punya.
Budak-budak, tapi aku rasa sebagai ibu kita haruslah wajib mengambil tahu keseluruhan tentang anak-anak. sebelum tali leher, Luqman kehilangan seluar sukan. Juga diambil orang ketika dia masuk ke tandas. Bila keluar tinggal baju sukannya sahaja. Aku bayangkan kalaulah Luqman terambil barang orang, mesti aku perasan sebab takkan seluar sukan berlogo sekolah yang dipunyai 1 helai setiap orang tiba-tiba menjadi dua?? nak buat camna, beli ajelah yang baru...
Luqman vs Dina
Dina ialah ex classmate Luqman yang sudah bertukar kelas lain kerana lulus ujian LINUS. Luqman sangkut sebab maths dia tidak memenuhi kriteria yang dimahukan guru matematiknya. Selepas mendengar penjelasan guru kelasnya aku berpuas hati tentang kelemahan Luqman. Biarpun begitu aku gembira sebab dia masih berada di bawah jagaan Puan Azwana sebagai guru kelas di mana mudah untuk aku menelefon dan bertanya perkembangannya di sekolah. Hasil ujian bulan yang lalu keputusannya juga amat memuaskan hati. Agama penuh, 3 A1, 1A2 dan B untuk B.Arab. Berbanding dengan Dina, menurut ibunya dia score penuh(100%) kecuali untuk BA 80+..
Itulah budak perempuan. Adakalanya mereka sering di atas daripada lelaki. Menurut ibunya Dina memang rajin sehingga selalu mendesak ibunya menyedia soalan-soalan untuk dia menjawab. Wah wah..baru darjah 1 tu. Moga sifat rajin dan kecemerlangan Dina berterusan hendaknya.
Sejak Luqman masuk sekolah (5 tahun) aku orang yang paling stress apabila tiba peperiksaan. Mana taknya, dia akan ditekan supaya membaca buku dan dilarang menonton tv. Akhirnya, Mr. Hubby menasihatkan supaya jangan menekan anak supaya belajar untuk peperiksaan. Biarlah mereka belajar untuk mendapat ilmu. Akhirnya aku pun biarkan aje lah dia dengan caranya tetapi dalam masa yang sama cuba bersama-sama mengulangkaji pelajaran dalam bab yang dirasakan agak sukar. Alhamdulillah keputusannya tidak mengecewakan. Bak kata Mas (ibu Dina) Luqman baru darjah 1 dan ada banyak masa lagi untuk membaiki kelemahan. Dia juga menasihatkan supaya banyak bertanya guru kelas dari masa kesemasa perkembangan anak. Terima kasih, Mas. Seronok dapat kawan yang boleh bertukar pandangan walaupun hanya dalam sms. Dia melihat anak kita seperti anaknya sendiri. Malah tidak lokek memberikan pendapat bernas untuk kemajuan bersama.
Minggu ini mereka akan menghadapi peperiksaan setengah tahun (PKSR I). Ibu doakan Aman akan berjaya. Insya Allah. Selamat menjawab peperiksaan juga buat Dina dan semoga berjaya keduanya..Amin:)
Cerita Almustofa
2 minggu lepas peperiksaan. Aku malas nak suruh Almustofa membaca atau studi. Biarlah, sebab dia pun baru pertama kali hendak menghadapi peperiksaan. Aku yakin dia mampu buat yang terbaik dan Insya Allah soalan senang je. Kelmarin balik sekolah dia bercerita cikgu tunjuk kertas soalan dan keputusannya Almustofa dapat banyak 100. Aku teruja mendengarnya. Kemudian dia memberikan sekeping surat memberitahu 28 Mei tadikanya mengadakan Hari Ibubapa di mana cikgu akan menyerahkan buku laporan prestasi di sambil memberikan penjelasan perkembangan pembelajaran anak-anak di sekolah.
Di dalam surat yang sama, cikgu menetapkan sambutan Hari Guru akan diadakan sebelum cuti penggal bermula. Ermm kena sediakan makanan sendiri untuk dibawa ke sekolah. Sudah acap kali aku menyediakan mee sebagai bekalan. Kali ini macam nak buat pulut pulak. Ermmm..pulut kuning dengan rendang ayam. Macam best je kan. Luqman mendengar cadangan aku menyatakan sokongan. Hehe kebetulan baru-baru ini jiran kami memberi pulut kuning dengan rendang daging. Dia makan tak puas lah tuh. Apa pun, harap plan menjadi. Insya Allah...
Cemburu
Almustofa manja tetapi dia juga paling keras hati. Dia juga banyak tanya. Macam-macam soalan
Ini cerita Addin pulak
Memang betul kalau kita tunjuk contoh yang baik atau tak, kanak-kanak memang cepat belajar. Addin sekarang sudah pandai baca Alfatihah, bersolat serba sedikit (dengan bacaan yang tepat tapi agak pelat pada sesetengah rukun). Bukan ibu atau abah yang mengajar, tetapi dia banyak mengikut dan mendengar abang-abangnya bersolat. Tapi kadang kalau kita menegur untuk membetulkan kesalahannya dia akan marah dan merajuk. Kadang-kadang pula dia membaca Alfatihah 2 ayat terus sujud. Lepas sujud terus berdoa..Alahai....
Selain itu Addin juga kuat mengajuk cakap orang. Kalau aku membebel pada abang-abangnya dia akan turut sama membebel dengan perkataan dan ayat yang sama. Bila dikerling sama ada tersenyum atau menjeling dan tarik muka. Kadang-kadang aku lihat dia ni lain dari yang lain. Kata orang setiap anak-anak mempunyai cara berbeza, penampilan berbeza dan fizikal pun ada juga yang berbeza.
Kebelakangan ini aku suka menyebut perkataan 'aku' di depan anak-anak. Contoh ayat, "habislah baju aku.." atau "bertuah betullah anak aku". Addin dalam diam pandai menggunakan perkataan itu dalam percakapannya. Contoh ayat "mana aku punya?". Aku jadi terkedu sekejap pada kali pertama mendengar dia guna perkataan itu.
Kartun: Awasi dan jelaskan baik - buruk
Wonder pets dahulunya ialah siri tv yang aku suka tengok bersama anak-anak. Kini sudah jarang menontonnya sejak episodnyanya asyik berulang-ulang yang sama je..Anak-anak pula sudah pandai 'berlakon'. Hampir betul sebutan dialong siri kartun itu semua dihafalnya. Kalau yang elok oklah tapi kalau termasuk episod Wonder pets menyelamatkan Krismas maaflah ye. Jadi sebelum mereka melakonkan watak-watak itu ibu pun ambil langkah drastik menghentikan tontonan kecuali pada episod tertentu sahaja. Mungkin cara aku ni salah dan agak melampau. Tetapi tak mahu mereka melakukannya di belakang jadi terpaksalah. Jika depan mata bolehlah juga ditegur.
Sebenarnya banyak cerita kartun yang ditayangkan tidak berapa sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Selain menyelitkan cerita tentang Krismas, Santa dan Holloween ada banyak perkataan yang tidak elok seperti ' Si Lembab', 'bodoh' atau sebagainya. Kadang jadi pelik mengapa pihak alih bahasa tidak menukar skrip mengikut kesesuaian kanak-kanak di negara kita. Ini belum lagi adengan cium antara 'kekasih' walaupun cuma sepasang anjing!
Mungkin aku terlalu protektif. Sebenarnya inilah realiti. Anak-anak akan berjumpa, mendengar dan melihat pelbagai aksi dan belajar macam-macam perkara yang dilihat disisi tv bila mereka melangkah ke luar rumah. Di sekolah akan ada kawan sebaya yang mungkin mempengaruhi. Jadi, bila peranan kita sebagai ibu bapa untuk membetulkan kesalahan dan kesilapan yang terjadi di dalam rumah kita dan menerangkan apa yang elok atau tidak elok apabila anak-anak menonton cerita yang kita fikir tidak sesuai. Paling baik teguran pada masa itu juga. Kalau disimpan takut lupa pula..
Banyak iklan yang menyanyi dan menari juga Addin suka tiru. Sekali dua tengok kita pasti suka tengok keletah anak-anak yang pintar. Bila sudah acap kali timbul pula kegusaran di hati, kalau lah suatu hari anak-anak berminat nak jadi penyanyi, pelakon atau penari. Dengan perkataan paling tepat nak jadi artis. Alahai ....
Kisah Alfatih
Hehe adik pun nak masuk blog juga! ok ok...kisah Alfatih pendek aja sebab dia masih kecil. Buat masa ini dia sudah berumur 8 bulan setengah. Sekarang sudah pandai berdiri dan pusing satu rumah sama ada berpegang pada kerusi (sebagai walker) atau dinding untuk ke satu-satu tempat. Belum pandai merangkak tapi dah nak berjalan dulu gamaknya.
Gigi Alfatih sudah ada 4 batang (dua atas, dua bawah). Dia juga sudah pandai panggil ibu. Seronokkkkk, masa mula-mula dulu dengar dia sebut "be" dan sekarang dah betul "bu". Cuma bila sebut 2 sukukata bukan jadi 'ibu' tetapi 'abe' atau 'abu'. Hehe, abang-abangnya semua begitu juga dulu. Lama juga nak betul sebut perkataan 'abu' sebagai 'ibu'. Dan lagi, dia juga sudah pandai gigit ibu dan bila geram cubit ibu. Adooiii...hihi sayang anak-anakku semua!
Kesimpulan untuk semua 4 cerita di atas, kita sama-samalah ambil tahu tentang anak-anak kita. Perkembangan semasa diorang dan tahap kesihatan diorang. Jangan sampai orang lain tolong beritahu kita dan betulkan untuk kita. Bukan aku kata aku ni ibu yang prihatin sangat sebab ada juga yang aku terlepas pandang.
1) Imunisasi anak - inilah perkara utama yang aku dah terlewat dapatkan untuk anak-anak. Addin dan Alfatih terutamanya masih perlu banyak suntikan vaksinasi dari klinik.
2) Doktor gigi - patut 4-6 bulan sekali check up kan. Kami biasa buat setahu sekali tetapi bajet tahun ni lari, jadi dah lewat beberapa bulan.
3) Ajar anak sendiri mengaji - bukan tak buat tetapi jarang-jarang. Patut jadikan amalan harian selepas solat (paling afdal). Aku harap dapat mencapai tahap ini.
Harap anda dapat sesuatu dari perkongsian saya ini.
0 comments:
Post a Comment