Tentang kereta

Parking bertambah

Masa mula berpindah ke pangsapuri MS, kira-kira 8 tahun lepas suasana agak lenggang dan tidak sibuk. Namun, 2 tahun kebelakangan ini bahu-bahu jalan di luar pangsapuri mula dipenuhi dengan kereta oleh penduduk sekitar. Sama ada di kalangan penduduk pangsapuri atau rumah kelompok di sebelah. Kawasan sudah hampir menyerupai Bukit Angkasa dan Pantai Hillpark (sekadar menyebut dua contoh yang pernah dikunjungi). Baru-baru ini pengurusan pangsapuri menambah parking di bahu jalan dalam pangsapuri. Sebelum ini jika ada yang meletak kereta di situ akan dikenakan tindakan dirantai kereta dan didenda. Walaupun tidak berbumbung, tetapi dengan nombor rumah diletakkan di situ memudahkan mereka meletak kereta. Yang tak seronoknya macam disebutkan tadilah, kawasan menjadi lebih sesak terutama di waktu pagi. Nak buat macam mana kereta sebagai keperluan bagi suami isteri bekerja. Oleh itu, sebuah rumah mempunyai dua buah kereta. Jika mampu apa salahnya kan? Menggunakan kemudahan awam, faktor masa juga menyebabkan kemalasan untuk menunggu dan berebut. Ada ramai yang berkereta dari rumah dan kemudian parking di mana-mana, lalu naik LRT untuk ke pejabat. Inilah Kuala Lumpur!

Macam-macam kereta

Beberapa bulan lepas bekas rakan sepejabat suamiku didakwa kerana melakukan penipuan melalui sms. Berkereta mewah ke pejabat walaupun berjawatan rendah menimbulkan syak wasangka sesetengah orang dan membuat penyiasatan. Akhirnya terbongkar rahsia hidup mewahnya itu....Baru-baru ini pula, suamiku bercerita ada seorang 'mamat' duduk di tingkat 8 bawa Ferrari. Katanya lagi, sebelum itu dia bawa kereta mewah jenama lain semasa terserempak di tempat letak kereta. Walaupun tidak elok berprasangka negatif pada orang lain, kisah bekas rakan sepejabat suamiku itu menjadi mendorongan minda mencipta wasangka. Tidak lama kemudian aku pula terserempak dengan 'mamat' itu sewaktu membuang sampah. Kali pertama dia memandu Mercedes dua tempat duduk dan kali kedua Myvi pula. Akhirnya kami cuba bersangka baik, mungkin dia seorang jurujual kereta.....Dengan gayanya yang sempoi mungkin membetulkan tekaan kami ini. Hehe macam-macam...

Jurujual kereta

Melalui laman sosial fesbuk aku bertemu balik dengan kawan-kawan di bangku sekolah. Salah seorangnya Syaiful yang berkahwin dengan Huda yang juga rakan sekolah kami sama batch. Kalau tidak silap aku Syaiful jurujual kereta. Semalam dia meletakkan status di fesbuknya hendak deliver kereta Alza, Hilux dan Honda .... Sementelah aku buat entri tentang kereta, aku doakan semoga kerjaya engkau terus berkembang maju dan dimurahkan rezeki buat sekeluarga. Kalau ada rezeki aku pula, suatu hari nanti boleh beli kereta dengan engkau ok. Amin...huhu, bilakah agaknya????

Belajar memandu

Sementelah aku dah berangan nak beli kereta, maka wajiblah aku yang tak pandai memandu ini untuk belajar. Sebenarnya 5 tahun lepas aku dah pernah belajar sehingga grad L. Haahaha bangga sekejap, sebab aku mempunyai masalah fobia dengan jalanraya. Kes kemalangan yang menjadi-jadi menyebabkan aku begitu fobia hendak belajar memandu. Keras kaki tangan memegang stereng dan handbrake. Walaupun lulus peperiksaan bertulis (guna komputer weh) dengan cemerlang tetapi praktikalnya hancusss....Kebetulan semasa aku sedang belajar tiba-tiba mengandungkan Almustofa. Kononnya nak sambung selepas bersalin tetapi sampai expired lesen tak sambung belajar. Memandu kini suatu keperluan kepada diri aku. Kalau aku pandai memandu boleh menghantar/jemput anak-anak sekolah (jimat tambang bas), boleh memandu jika suami kerja keluar negara, atau menghantar suami sakit ke hospital (atau lain2 kecemasan). Sudah banyak kali suami memandu sendiri ke hospital tatkala dia tak sihat. Aku pula berangkut anak-anak dengan teksi untuk melawatnya. Bila balik kampung suamiku yang hebat memandu dengan sebelah tangan berbalut disebabkan eksiden. Terkini, seminggu lepas dia disahkan denggi. Pergi balik hospital juga memandu sendiri. Kesian dia....Alahai cepatlah belajar Puan Ain ooiii:P

0 comments: