Tentang kereta

Parking bertambah

Masa mula berpindah ke pangsapuri MS, kira-kira 8 tahun lepas suasana agak lenggang dan tidak sibuk. Namun, 2 tahun kebelakangan ini bahu-bahu jalan di luar pangsapuri mula dipenuhi dengan kereta oleh penduduk sekitar. Sama ada di kalangan penduduk pangsapuri atau rumah kelompok di sebelah. Kawasan sudah hampir menyerupai Bukit Angkasa dan Pantai Hillpark (sekadar menyebut dua contoh yang pernah dikunjungi). Baru-baru ini pengurusan pangsapuri menambah parking di bahu jalan dalam pangsapuri. Sebelum ini jika ada yang meletak kereta di situ akan dikenakan tindakan dirantai kereta dan didenda. Walaupun tidak berbumbung, tetapi dengan nombor rumah diletakkan di situ memudahkan mereka meletak kereta. Yang tak seronoknya macam disebutkan tadilah, kawasan menjadi lebih sesak terutama di waktu pagi. Nak buat macam mana kereta sebagai keperluan bagi suami isteri bekerja. Oleh itu, sebuah rumah mempunyai dua buah kereta. Jika mampu apa salahnya kan? Menggunakan kemudahan awam, faktor masa juga menyebabkan kemalasan untuk menunggu dan berebut. Ada ramai yang berkereta dari rumah dan kemudian parking di mana-mana, lalu naik LRT untuk ke pejabat. Inilah Kuala Lumpur!

Macam-macam kereta

Beberapa bulan lepas bekas rakan sepejabat suamiku didakwa kerana melakukan penipuan melalui sms. Berkereta mewah ke pejabat walaupun berjawatan rendah menimbulkan syak wasangka sesetengah orang dan membuat penyiasatan. Akhirnya terbongkar rahsia hidup mewahnya itu....Baru-baru ini pula, suamiku bercerita ada seorang 'mamat' duduk di tingkat 8 bawa Ferrari. Katanya lagi, sebelum itu dia bawa kereta mewah jenama lain semasa terserempak di tempat letak kereta. Walaupun tidak elok berprasangka negatif pada orang lain, kisah bekas rakan sepejabat suamiku itu menjadi mendorongan minda mencipta wasangka. Tidak lama kemudian aku pula terserempak dengan 'mamat' itu sewaktu membuang sampah. Kali pertama dia memandu Mercedes dua tempat duduk dan kali kedua Myvi pula. Akhirnya kami cuba bersangka baik, mungkin dia seorang jurujual kereta.....Dengan gayanya yang sempoi mungkin membetulkan tekaan kami ini. Hehe macam-macam...

Jurujual kereta

Melalui laman sosial fesbuk aku bertemu balik dengan kawan-kawan di bangku sekolah. Salah seorangnya Syaiful yang berkahwin dengan Huda yang juga rakan sekolah kami sama batch. Kalau tidak silap aku Syaiful jurujual kereta. Semalam dia meletakkan status di fesbuknya hendak deliver kereta Alza, Hilux dan Honda .... Sementelah aku buat entri tentang kereta, aku doakan semoga kerjaya engkau terus berkembang maju dan dimurahkan rezeki buat sekeluarga. Kalau ada rezeki aku pula, suatu hari nanti boleh beli kereta dengan engkau ok. Amin...huhu, bilakah agaknya????

Belajar memandu

Sementelah aku dah berangan nak beli kereta, maka wajiblah aku yang tak pandai memandu ini untuk belajar. Sebenarnya 5 tahun lepas aku dah pernah belajar sehingga grad L. Haahaha bangga sekejap, sebab aku mempunyai masalah fobia dengan jalanraya. Kes kemalangan yang menjadi-jadi menyebabkan aku begitu fobia hendak belajar memandu. Keras kaki tangan memegang stereng dan handbrake. Walaupun lulus peperiksaan bertulis (guna komputer weh) dengan cemerlang tetapi praktikalnya hancusss....Kebetulan semasa aku sedang belajar tiba-tiba mengandungkan Almustofa. Kononnya nak sambung selepas bersalin tetapi sampai expired lesen tak sambung belajar. Memandu kini suatu keperluan kepada diri aku. Kalau aku pandai memandu boleh menghantar/jemput anak-anak sekolah (jimat tambang bas), boleh memandu jika suami kerja keluar negara, atau menghantar suami sakit ke hospital (atau lain2 kecemasan). Sudah banyak kali suami memandu sendiri ke hospital tatkala dia tak sihat. Aku pula berangkut anak-anak dengan teksi untuk melawatnya. Bila balik kampung suamiku yang hebat memandu dengan sebelah tangan berbalut disebabkan eksiden. Terkini, seminggu lepas dia disahkan denggi. Pergi balik hospital juga memandu sendiri. Kesian dia....Alahai cepatlah belajar Puan Ain ooiii:P

Sempurna

Lewat malam kelmarin menonton drama 'orang putih' di 8TV, Desperate Housewives. Tertarik dengan pasangan Scavo, si isterinya bertanya mengapa suaminya memilihnya sebagai isteri sedangkan ramai lagi wanita yang lebih cantik. Dengan rasa rendah diri si suami memberitahu bahawa dirinya juga bukan lelaki yang sangat kacak atau bijak. Berbanding isterinya itu seorang wanita yang bijak dan berjawatan tinggi. Jawapan yang mengharukan hati si isteri itu dibalas dengan pengucapan penghargaan bahawa suaminya lelaki yang 'sangat berjaya'. Berjaya mengharungi saat-saat susah dan senang sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam babak lain, watak surirumah bernama Susan dan anak perempuannya Julie. Julie koma kerana dipukul seorang yang misteri. Sebagai ibu Susan berasa kecil hati kerana sepanjang anak perempuannya koma, pelbagai cerita dan rahsia anaknya terbongkar daripada mulut orang lain. Sebagai ibu berbagai persoalan timbul kerana Julie yang ditatang bagai minyak penuh itu dan selalu memberi semangat kepadanya ketika saat-saat sukar suatu ketika dulu sanggup menyembunyikan pelbagai rahsia. Mungkin juga kerana sikapnya yang cepat melatah, emosional dan terlampau mengambil berat menjadikan anaknya malas untuk bercerita. Saat dia sudah sedar, Julie memberitahu ibunya bahawa dia kini bukanlah anak gadis ibunya yang sempurna dan dia juga bukan lagi Julie yang suatu ketika dulu sering memberi semangat kepada ibunya pada ketika ibu menghadapi masalah. Beredarnya masa, dia juga melakukan kesilapan dan terjebak dengan masalah.

Demikian lah secebis kisah kesempurnaan yang dilihat dalam kehidupan kita. Dalam hidup berpasangan atau mendidik anak-anak kita perlu yakin dengan takdir Allah dan qada' dan qadar yang ditentukan buat kita. Mendambakan suatu yang sempurna seperti mendapat pasangan hidup yang sempurna dan memiliki sebuah kehidupan yang sempurna idaman semua orang. Namun dalam masa yang sama juga kita akui kita hanya merancang tetapi DIA yang menentukan segalanya.
Google Image

Sebagai orang Islam, landasan syariat berdasarkan Alquran dan Assunnah menjadi petunjuk kehidupan seharian. Apa yang wajib ditaati dan apa yang wajib dijauhi mesti diikuti supaya paling tidak kehidupan yang hampir sempurna dapat dibina. Tiada makhluk yang sempurna di dunia melainkan Allah jua Yang Maha Sempurna. Dalam soal mencari jodoh, bukan hanya sekadar cinta menjadi ukuran untuk membina keluarga malah banyak lagi faktor lain. Begitu juga dalam mendidik anak-anak, bukan hanya menghantar ke sekolah dan memberikan kasih sayang yang cukup untuk memenuhi syarat menjadikan mereka manusia yang berguna.

Kebanyakan mengaku bahawa setiap orang tiada yang sempurna. Bila terjalinnya ikatan perkahwinan, dan akhirnya memiliki anak-anak kita sering kecewa dengan hasil atau pendapatan daripada hubungan tersebut. Menyedari suami/isteri/anak bukan seperti yang diharapkan dan lebih buruk mereka banyak kelemahan berbanding diri sendiri yang memang serba kekurangan. Akhirnya yang ada ialah kehidupan yang serba daif sama ada dari segi kurang sumber kewangan, tiada kasih sayang dan gagal untuk menjadi manusia yang cekal menghadapi cabaran hidup. Ada yang redha menerima seadanya ketentuan hidup dan lebih ramai yang rebah dalam perjuangan.

Apa yang penting sebenarnya bukanlah kesempurnaan yang dicari, tetapi berusaha melengkapi kekurangan tersebut dengan kelebihan yang kita miliki. Kekecewaan dan putus asa hanya akan menyebabkan kehidupan menjadi tidak bahagia. Doa, usaha, tawakal dan redha menjadi benteng kekuatan diri orang Islam. Kecantikan rupa akhirnya akan luntur dek bertambah usia, kekayaan harta boleh menjadi semakin berkurang atau bertambah seiring waktu beredar dan hanya ilmu yang akan semakin bertambah dan berasa semakin jahil pula bila selalu ditimba. 


Kesempurnaan yang mana satu kita dambakan????? 


Pohonlah daripada-Nya kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat supaya kehidupan yang paling sempurna di 'sana' kelak dapat kita miliki. Amin...

Kata orang bila melihat kelemahan/kekurangan pasangan di depan mata, kena cepat-cepat tutup mata dan bayangkan kebaikan dan kecantikan yang pernah diberikan kepada kita. Seringkali menilai diri sendiri supaya kurang mencari kelemahan orang lain. Sentiasa membaiki kekurangan diri bukan untuk menjadi sempurna atau terbaik di mata pasangan tetapi untuk mendapat redha Ilahi. Kerana dengan redha-Nya akan terbuka luas pintu-pintu rahmat yang akan memberi kemudahan untuk kita melaksanakan cita-cita dan merealisasikan matlamat hidup. Akhirnya angan-angan akan menjadi kenyataan. Insya Allah.

205th Birthday of Hans Christian Andersen
205th Birthday of Hans Christian Andersen

Seperti kebiasaan Google meraikan sesuatu perayaan atau ulang tahun tertentu dengan meletakkan 'doodle' di atas enjin carian nya. Imej di atas mewakili kisah dogeng Thumbelina. Siapa yang tidak tahu cerita dongeng ini?? Siapa pernah baca kisah lain hasil karya penulis yang sama iaitu seperti 'The Princess on The pea", "The Emperor's new clothes",dan "Little mermaid".

Mungkin ada yang tidak tahu. Bagi saya yg suatu ketika dibangku sekolah rendah dahulu sukakan buku, membaca dan menonton tv pasti tidak melepaskan membaca dan menonton siri kartun mengenai kisah-kisah dogeng ini di kaca tv. Nama pun cerita dongeng, dan watak serta kisah tersurat tiada kebenaran dengan orang yang hidup atau yang sudah mati. Namun banyak moral tersirat dalam dongengan. Begitulah hebatnya penulis karya-karya sebegini yang tidak hanya menyelitkan unsur humor, jenaka, fantasi malah ada unsur teladan yang boleh diikuti. Begitulah kagumnya Google kepada penulis cerita dongeng ini iaitu Hans Christian Anderson.

Menyingkap sambutan ini, saya memikirkan karya melayu juga tidak kurang, malah hebat juga dengan cerita dongeng dan hikayat untuk menghiburkan rakyat. Pasti semua maklum dengan kisah dongeng Sang Kancil yang popular semasa kita kecil dahulu hinggalah kepada cerita dongeng Bawang Putih Bawang Merah, Sang Kelembai, dan banyak lagi. Tiba-tiba saya terfikir siapakah pula penulis-penulis cerita melayu ini? Adakah dari Malaysia, Singapura atau Indonesia? Atau hanya penceritaan mulut ke mulut yang dibukukan oleh penerbit-penerbit buku yang berminat. Ada sesiapa yang tahu????