Alhamdulillah setelah berehat seketika, saya berpeluang untuk mencoret untuk kali pertama di tahun baru 2008.Tahun ini anak sulung saya mula bersekolah di tadika dalam usia 5 tahun. Kami menghantarnya ke tadika Hasanah-yang terhampir sekali dari rumah.
Sebelum sekolah bermula Muhammad Luqman begitu teruja kerana sepanjang survey tadika dia berseronok bermain-main dengan permainan di tadika tersebut. Namun pada hari pertama menangis juga rupanya.Nasib baik cikgu tadika memujuk dengan baik dapatlah ibu balik. Bukan tidak mahu tunggu tetapi ibu terpaksa menjaga 2orang lagi adik di rumah dan sebagai abang Muhammad Luqman patut diajar berdikari agar menjadi teladan yang baik kepada adik-adiknya.
Cita-citanya hendak menjadi angkasawan.Bukan kerana hendak mencontohi Dr.SMS tetapi kerana rancangan kartun Dora the Explorer yang menjelajah ke angkasa lepas untuk melihat bulan dan bintang.Itulah berpengaruhnya program televisyen. Baby yang baru lahir pun sudah pandai menonton tv. Ibu mengandung banyak sangat menonton tv kot??
Dalam pada sekolah sibuk bercerita isu yuran tambahan yang perlu di bayar, yuran tadika jauh mengalahkan bayaran persekolahan.Purata RM300-500 malah ada yang mencecah 3k setahun. Bagi berkemampuan tidak mengapalah pelaburan untuk anak-anak. Insya Allah berbaloi...

0 comments:
Post a Comment