Tanggal 8Januari 2008 kami dikejutkan berita kematian suami Chu Minah, emak saudara suamiku. Abang Tan panggilan untuk arwah di kalangan anak-anak saudara. Arwah yang menghidap penyakit buah pinggang meninggal dunia semasa hendak bersiap-siap ke kantin sekolah. Arwah tiba-tiba jatuh pengsan di kereta dan dikejarkan ke klinik. Arwah disahkan telah meninggal dalam perjalanan.
Arwah Abang Tan seorang yang tidak banyak cakap dan pandai dalam hal-hal masakan. Sementelah mereka suami isteri adalah pengusaha kantin sekolah dan juga katerer. Sikap baiknya disenangi semua orang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan bakal beroleh syurga idaman di akhirat kelak...Amin

0 comments:
Post a Comment