Kisah pengorbanan seorang anak

Salam... Selamat hari raya Aidil Adha 😊

Selepa tular kisah seorang ibu yang membawa ibunya yang tua ke sebuah restoren mewah sehingga 'menyakit' pandangan seorang wanita lain. Hari ini lagi satu kisah inspirasi kepada anak-anak muda supaya tidak melupakan kedua ibu bapa setelh berjaya dan hidup senang.

Bagi anak muda ini yang bekerja hanya sebagai pemandu ambulans tidak langsung kisah duit di dalam akaunnya tinggal hanya berbaki RM 24 asalkan hajat menghadiahkan ibunya gelang emas tercapai. Bukanlah gelang diminta ibu, bahkan keinginannya sendiri untuk membalas pengorbanan ibu suatu masa lalu.

Ikuti kisahnya dalam Mstar Online.





PETALING JAYA: Kisah dua beranak tular menerusi video yang memaparkan seorang ibu sebak menerima hadiah hari lahir berupa gelang emas daripada anak lelakinya dan pasti menyentuh hati sesiapa saja yang menonton.
Siapa sangka di sebalik wajah kacak dan berbadan sasa, jejaka ini menyimpan kasih yang cukup kuat buat ibunya yang menyambut ulang tahun ke-63 pada Selasa lalu.

Beberapa kali ibunya mengalirkan air mata, dan mengesatnya dengan tudung dan lengan baju kerana sebak di atas pemberian anaknya.
Ibu yang cukup terharu dengan kejutan anaknya berkata: “Kenapa nak susah-susah belikan untuk mak ni Min. Berapa ribu ni, mak tanya. Membazir je beli ni. Mak nak anak-anak mak jangan tinggal solat saja." 
Bagaimanapun pemuda itu terus menyarungkan gelang emas pada pergelangan tangan kiri ibunya dan kemudiannya mencium wanita itu sebelum memeluk ibunya berkali-kali.
Muhamad Amin Azlan, 26, berkata, apa yang dilakukannya hanya kecil berbanding jasa dan pengorbanan ibu, Jaimah Shadan ketika membesarkan mereka empat beradik.
Wang boleh dicari tetapi tidak kasih ibu, dan keputusan menghadiahkan sesuatu pada hari istimewanya hanya sebahagian kecil usaha Amin untuk merapatkan hubungan mereka.
“Duit dalam akaun bank saya hanya tinggal RM24 lepas beli gelang emas untuk mak. Alhamdulillah saya boleh ‘survive’ sehingga dapat gaji sebab saya selalu masak di rumah. 
“Tapi bagi saya, pengorbanan mak tidak ternilainya untuk saya balas. Apa saya buat ni sekurang-kurangnya menggembirakan hatinya,” katanya kepada mStar Online.



Kasih ibu membawa ke syurga. 

Namun ada rahsia di sebalik hadiah gelang emas itu, Amin yang bekerja sebagai pemandu ambulans mendedahkan keluarga mereka pernah berhadapan dengan masalah kewangan pada 2013.
Mereka memerlukan sejumlah wang untuk membuat bayaran bagi urusan rumah dan ketika itu ibu mengambil keputusan untuk menggadaikan gelang emas yang merupakan hantaran perkahwinannya bagi melunaskannya.
“Saya pun baru dapat tahu perkara ini tahun lepas. Saya cuba untuk mendapatkan gelang emas milik mak semula tapi saya diberitahu ia telah dijual kepada orang lain. 
“Sedihlah juga, tapi saya cuba cari gelang emas yang hampir sama rekaan dan saiz untuk gantikan dengan yang asal. Bila tengok mak gembira masa dapat gelang tu, saya memang teruja. Pada awalnya risau juga sebab mak tak suka anak-anaknya membazir, tapi mak faham niat saya,” katanya.
Cerita penuh di sini ya

Spare card

Myrapid kad tak cukup kredit. Nasib Mykad ada nilai. Problem settled!


Kalau naik bas rapid, pastikan tambang mencukupi sebab drebar takkan pulangkan duit baki. Tugas dia hanya bawak bas 😂😂😂

Kalau zaman ada konduktor, boleh jugak dapat diskaun kalau tiada duit kecik (bas kampung la ni😂😂😂) Nowadays, tugas konduktor dah beralih kepada tabung tambang bas (yeke tabung?) yang disediakan disebelah drebar atau kotak pengimbas touch and go yang membaca nilai kad topup kita.
Kalau dekat stesen lrt, kita boleh tukar duit besar ke nilai yang kecil di kuanter supaya tambah nilai kad rapid boleh dilakukan di mesin tiket. Problem settled!

Tapi, kalau naik bas, jika tiada duit kecil memang terpaksa masukkan duit besar dan bersedekah bakinya kepada rapid kl. hahaha. Kalau rezeki baik, ada orang yang sudi hulurkan seringgit kepada kita. Itupun jika ada yang sedar masalah kita. Jadi, better sebelum naik bas, pastikan syiling atau duit kertas seringgit mencukupi dalam poket atau wallet.

Jika menggunakan kad touch n go atau myrapid tiba-tiba aja mesin bagitahu 
"SILA TAMBAH NILAI"
maka jangan terpinga-pinga. Terus keluarkan syiling atau duit kertas seringgit atau kad topup lain yang dapat membayar tambang bas kita. Jangan sampai semua kad takde satu pun nilai. Nanti tak pasal-pasal korang terpaksa minta drebar berhenti dan turun dari bas. Sedih weh. 

Sekian, kisah benar hari ini :P

ADIWIRAKU Official Trailer HD


Yey nak bawa anak-anak lah tengok movie ni... harap-harap dapat memberi inspirasi kepada mereka dalam mengejar cita-cita. Walaupun tak segempak J-Revolusi punya preview dan promosi, trailer aje pun dah berjaya menambat hati akak. Tak dapat menonton cik Emma dalam Beauty and The Beast, akak nonton cik Kemboja pun bolehlah...

Filem ini diangkat daripada kisah benar - Kisah kegigihan Cikgu Cheryl dan 35 orang anak muridnya yang berusaha untuk menjayakan persembahan coral speaking sehingga menjulang kejayaan dan mengharumkan nama sekolah mereka - SMK Pinang Tunggal.


Kerana watak gay, Le Fou


Hasil carian imej untuk emma watson beauty beast
Akak minat dengan cik Emma ni sejak Harry Potter 1.Tambahan, cerita dongeng Beauty and the Beast ni pun akak suka. Jadi atas 2 faktor inilah akak nak tengok movie ni kat TGV. Tup tup ditangguhkan tayangannya di Malaysia. Ingat kenapa, rupa-rupa sebab isu watak gay, Le Fou di dalam filem ni.

PETALING JAYA: Nasib filem 'Beauty and the Beast' masih menjadi teka-teki walaupun tayangannya telah mendapat pelepasan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Tarikh tayangan filem itu yang asalnya dijadualkan pada 16 Mac, telah ditangguhkan.

The Walt Disney Company (Malaysia) menegaskan bahawa tarikh tayangan itu hanya ditangguhkan dan filem itu bukan digantung, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa.

"Kami kekal dengan pendirian bahawa tayangan filem itu ditangguhkan. Tarikh tayangan sedang ditentukan melalui semakan dalaman," kata wakil Disney kepada The Star pada Selasa.

The Associated Press melaporkan bahawa Disney telah menggantung filem ini di Malaysia, tetapi tidak menamakan sumbernya.

LPF telah memberi lampu hijau untuk filem Beauty and The Beast ditayangkan di pawagam Malaysia dengan sedikit suntingan.

"Filem ini telah diluluskan dengan klasifikasi P13 yang memerlukan bimbingan ibu bapa, dengan sedikit pemotongan," kata Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid kepada The Star, Isnin.

Potongan dibuat pada 'adegan gay' dalam filem tersebut, kata Abdul Halim.

Beliau menambah, tarikh tayangan filem itu bukan diputuskan oleh LPF.

"Apabila sebuah filem menerima kelulusan, ini bermakna ia boleh ditayangkan. Walau bagaimanapun, tarikh tayangan dan di mana ia ditayangkan bukan di bawah bidang kuasa LPF.

"Kami hanya melihat kandungannya dan memberi keputusan sama ada filem ini dapat kelulusan atau tidak," kata Abdul Halim.

Dibintangi Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens sebagai Beast dan Luke Evans sebagai Gaston, Beauty and the Beast adalah sebuah filem animasi klasik terbitan Disney, yang menjadi filem animasi pertama yang dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik Anugerah Oscar pada 1991.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

"Le Fou adalah seseorang yang pada satu hari mahu menjadi Gaston dan pada hari lain mahu mencium Gaston.

"Dia keliru tentang apa yang dia mahu. Ada seseorang yang baru sedar bahawa dia mempunyai perasaan ini," kata Condon.

'Adegan gay' itu bagaimanapun telah menjadi kontroversi.

Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.

Pawagam pandu lalu di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak gay.

Pawagam TGV dan Golden Screen Cinemas di Malaysia menawarkan pembayaran balik untuk pelanggan yang membeli tiket Beauty and the Beast berikutan pengumuman tarikh tayangan filem itu di negara ini telah ditangguhkan.


Bagaimana pun respos berkaitan suntingan, Pihak Disney melaporkan bahawa mereka menolak untuk membuat suntingan kepada filem ini. Jika begitu keadaannya mungkin filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia lah kot. Melepas akak ...:(

Pengumuman oleh pihak TGV di laman web mereka.

The making of 'Maggie Tomyam'




Salam , Selamat pagi.

Mee segera memang semua orang suka. Tak kisah brand apa, asal nak makan aje mesti sebut "nak makan maggie", walaupun mee yang dimakan tu jenis brand lain.

Kalau anak-anak akak nak makan camtu jugak lah yang disebutnya. Tapi mee segera tak berkhasiat untuk dimakan selalu. Oleh itu, akak memang tak bagi anak-anak makan bila-bila masa yang diorang nak, kecuali masa demam (takde selera makan) atau 2-3 bulan sekali. Tak pun setahun sekali .. 





Mee kerinting jenama Vits 


Tapi, ada caranya nak makan selalu. Bak kata orang, tiada rotan akar pun berguna. Asalkan rupanya macam maggie, memang anak-nak okey je! Akak gunakan mee kerinting brand Vits menggantikan mee segera. Biasanya akak akan goreng dan bagitahu anak-anak ini 'Maggie goreng'.

Kebetulan baru-baru ni akak ada membeli pes tomyam. Lalu timbul idea untuk masak 'maggie tomyam' yang ala-ala jenama maggie gitu.

Pes tomyam Madam Pun memang terbaik

Alhamdulillah bukan setakat ala-ala ada rupa, rasanya pun hampir sama sedap.


Rebus mee dahulu. Sekeping pun cukup mengenyangkan.




Inilah 'maggie tom yam' ...sedap sangat


Kalau sesiapa nak boleh try Pes Tomyam Madam Pun boleh beli kat fb Siti Mariam Daud. Jangan risau, dijamin halal.

Selemat bersarapan yo :)

Selfie with Prisma App

Salam.

Nah gambor hakak masa balik ke KL dari Kuantan baru-baru ni menggunakan bas Mayang Sari. Bas 11 malam. Driver baik sangat tolong hantarkan beberapa penumpang termasuk akak ke Pekeliling. Tak perlu ke TBS. Pemanduan pun berhemah juga. Selamat dan selesa dengan perkhidmatan bas Mayang Sari. Nama pun sedap. Moga terus maju jaya dan kekalkan prestasi bagus ni. Lebih penting mengutamakan keselamatan penumpang. 

Terima kasih.




Haha... scary tak muka akak dengan mata bolat tuh? 😅😅😅

Korang boleh download kat app store. 

Selamat malam. 

#jangankecamsaya 😉

Sah? Sah...

Salam petang Jumaat,

Bak komen orang tentang kenaikkan harga sesuatu barang, " Naiknya sepantas kilat, turunnya entah bila? "

Selepas mendapat berita semalam, terus teringat stok gula di rumah dah nak habis sebab terlupa nak beli minggu lepas. Langsung ke kedai selepas ambil anak di sekolah tadi. Maka, akak membeli gula itu dengan harga baru tersebut. 

Haih pantas betul pekedai naikan harga. Kalau stok ni depa beli sebelum harga naik, dan hari ni dinaikkan langsung ke harga semasa, betapa untung dan beruntung mereka telah mendapat. Kan?

Apapun ia adalah legal dan tak berdosa pun..



Teringat cerita pekedai yang baik hati di kampung mertua akak. Ketika itu harga gas (tong) baru naik. Selepas kehabisan gas, bapak ke kedai untuk membeli. Bila nak bayar, dia dicaj dengan harga lama sahaja. Alasan pekedai, stok yang bapak beli ialah stok lama yang dia beli dengan harga lama. 

Ada juga yang komen, jika gula naik harga, jangan makan gula... Huhu..ada ke yang berani cakap macam ni? 

Kalau bertujuaan untuk menjaga kesihatan dan penjimatan, yang terbaik boleh kita buat ialah mengurangkan penggunaan gula tersebut. Nak lebih elok, bertukar kepada stevia. Harga lebih mahal tapi berbaloi-baloi.

Webe by TM - Testimoni

Salam kasih sayang.

Seronok akak sejak bertukar telco ke Webe. Sebelum ni bil telefon dan internet lebih seratus RM kena bayar untuk sebulan. Tapi dengan Webe, hanya bayar RM79 akak dapat tengok k-drama dan bersosial di alam maya tanpa had. guna Internet tanpa had, call dan SMS percuma. Baik hati kan TM?

Daftar Webemobile kat sini. Korang boleh pilih sama ada nak beli nombor baru atau kekalkan nombor sekarang. Mudah sangat. Yang penting jimat. Pakej sebelum ni, ada limited penggunaannya. Belum sampai hujung bulan dah kena warning dengan SMS yang penggunaan dah exceed 80%. Bila dah sampai 100% , terus tak boleh nak berwhatsapp kecuali menggunakan wifi. 

Webe baik hati hanya dengan penggunanya yang berdaftar sahaja. Kalau korang berhajat nak share (Hotspot) dengan orang lain memang kirim salam ajelah. Kedekut kekut. Kalau nak Hotspot kena tambah bayar RM6/jam. Hahaha...janganlah dah bagi betis nak peha kan? TM baik lah. Korang daftar sahaja. 1 akaun boleh ada sehingga 5 nombor dan hanya nombor pertama sahaja yang kena bayar rm79. Nombor berikutnya bayar lebih murah. Telco mana yang sebagus Webe maa???


So far, dah sebulan lebih memang puas hati. Kalau balik kampung pun talian masih aktif tanpa gangguan.


#testimonipenggunawebemobile :D

Hai korang

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah panjang umur dapat lagi kita bersua. Moga korang semua sehat walafiat hendaknya.

Ralit tadi melihat foto perkahwinan Sari Yanti-Jep dan persandingan semula Sarah-Shuib. Huhu tertinggal keretapi betul akak. Ni kes lama tak bersosial di media sosial lah. Cantik dan kacak belaka pengantin baru dan lama ni.  Aura yang Allah beri kepada diorang pada hari bersejarah dalam hidup, pasti akan dikenang sampai bila-bila termasuk oleh peminat sendiri. Alhamdulillah semoga perkahwinan kedua pasangan ini kekal hingga syurga. Amiin.

Hasil carian imej untuk love birds

Bagi akak pulak, tahun ni Alhamdulillah masuk usia 15 tahun usia perkahwinan. Bumi mana tak ditimpa hujan? Sedangkan pantai yang indah pun dilanda badai. Inikan pula hidup manusia. Tak kira yang dah berkahwin atau masih bujang, pasti ada dugaan hidup. Yang penting kena sabar dan sabar dan jangan abaikan ajaran agama. Pastu baru lah layak nak hashtag #tilljannah kat media sosial gitu, kan?


Bye.