Mereka bukan orang penting pun

Dear blog...

Aku feeling annoyed. Sangat-sangat.

Susulan kejadian helikopter terhempas.

Jasad mangsa semua masih di rumah mayat. Rakyat marhaen dah ada yang sibuk bercerita tentang pilihan raya kecil. Bukan ke terhadap musuh sekalipun kita disuruh hormat dan memaafkan?


Tak sedikit juga mempertikai siapa mereka ini yang perlu diberi liputan meluas di kaca tv. Penting sangat ke? Kalau sesiapa yang menonton perlawanan bolasepak malam tadi  diganggu beberapa kali dengam laporan berita terkini tentang nahas. Aku pun terkejut. Lebih-lebih bila terlepas gol pertama Lions ke gawang Pahang. Sebaik-baiknya, kalau tak kenal lebih baik diam dan mengelak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama keluarga mangsa. 

Esok kita mati entah-entah masuk tv juga. Masa hidup ni bolehlah cakap macam-macam. Mati itu pasti tapi bukan kita menentukan bila dan cara bagaimana kita hendak mati. Kita pun bukan maksum dari berbuat dosa. Perasan diri bagus sangat, itu maknanya riak dan sombong.


Takziah juga buat keluarga DSAI di atas pemergian ke rahmatullah ayahanda beliau Ibrahim Abdul Rahman. Moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. Ameen.

Moga pengebumian jenazah dimudahkan hari ini...

KAK AINA: Syukur Pahang menang malam tadi. Rasanya macam dah lama sangat tak menang-menang...

Nahas helikopter di Semenyih

Salam takziah..

Sebagai orang Pahang, saya turut berasa dukacita atas tragedi helikopter yang mengorbankan 6 orang termasuk 3 VVIP yang baru balik dari majlis resepsi anak Perdana Menteri di Pekan. Lebih lebih lagi salah seorang ialah ahli Parlimen Rompin iaitu Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis yang lebih dikenali sebagai JJ. Moga roh beliau dan mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat serta ditempat di kalangan orang beriman. Ameen.

Takziah.
Takziah buat seluruh ahli keluarga.
Takziah buat seluruh warga Rompin.


Hebohnya GST !!!

Salam

Semalam, 1 April bermulalah GST di Malaysia. Kedatangan GST 'disambut' begitu meriah sehingga pelbagai ucapan selamat dan muatnaik resit belian menghiasi di media sosial. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga pandai bermain kata tentang GST. Masakan tidak, begitulah hebat pengaruh iklan/drama GST yang dilakonkan di tv. Anak-anak saya juga boleh menghafal sesetengah dialog pelakon-pelakon drama GST tersebut.

Saya sendiri sebelum GST memang turun padang membeli stok barang dapur dan peti. Kononnya nanti barangan akan lebih mahal selepas GST. Memang betul ada barang yang takkan naik dan menten harga asal. Ia ditandakan dengan S (kena GST) dan Z (tiada GST) dalam resit.

resit by PM sewktu membeli belah sambi observed pelaksanaan GST semalam
Credit FB DS Najib Razak


Jangan lupa semak resit. Ada peniaga yang tidak mendaftar perniagaan untuk GST tidak layak mengenakan GST kepada pengguna. Tapi, ada peniaga yang mengenakan GST juga! Pengguna pula nak tak nak terpaksa membayar walaupun terfikir diri sudah dianiaya. Begitulah nasib seorang yang saya temui di laman muka buku yang memberitahu resit yang dikeluarkan tiada id GST atau GST no. Laporan salah laku begini boleh dilaporkan kepada KPDNKK di talian 03-88826245. Syaratnya, segala resit pembelian jangan dibuang untuk menjadi bahan bukti. Pengguna harus berani dan peniaga juga seharusnya takut untuk menipu! Jangan hendak mengejar untung beberapa sen atau ringgit, kelak didenda beratus ribu. Tak berbaloi!


Kawan saya bercerita anaknya mahu duit belanja lebih sempena GST. Hahaha...bijak punya anak kecil tu. Anak saya juga eksited bercerita sempena hari pertama GST.

"Ibu nasi lemak tadi masih seringgit. Tak kena GST pun" begitulah ceritanya ketika balik sekolah agama pagi semalam. Cuma ada satu kedai mak cik tu, biasanya menjual kuih muih RM1 bagi 3 ketul kuih sudah menaikkan menjadi 40 sen seketul kuih. Memang di mana-mana juga peniaga sudah meletakkan harga kuih 40 sen seketul. 

Tak tahulah berapa lama cerita tentang GST akan berlangsung. Selagi ada GST, selagi itulah orang akan bercerita kerana semua pihak pasti akan mencari kelemahan dan ketirisan sepanjang pelaksanaannya.