Hujan turun dengan lebat. Di aku masih mengadap pc yang monitornya sudah pecah di bahagian tepi. Tiba-tiba guruh berdentum. Terkejut dibuatnya. Serentak dengan itu tiba-tiba pc aku terpadam. Ingatkan terputus bekalan elektrik, rupa-rupanya pc tu restart. Apsal ni?
Sejak dari hari itu, pada bila-bila masa dengan tiba-tiba sahaja pc tu akan terpadam dan restart dengan sendirinya. Kalau bukan time buat kerja, oklah. Tapi, kalau tengah buat kerja ia restart dan lepas tu tak sempat nak save semua memang mendatangkan marahhh... Aku tertanya-tanya, "hantu manakah yang mengacau ni". Seisi rumah diselubungi misteri...
Tidak pasti apa masalah sebanar pc ini. Banyak sangat penyakitnya sampai kekadang terasa macam nak campak pon ada. Hohoho..ayat tak sayang mulut! Ampun pak..Aku sayang woo, beli dengan Encik Dell tu! Hitam dan berkilat masa mula-mula dapat. Banyak dah jasanya dalam 3 tahun ni. Tapi bila penyakit misterinya itu menyerang sakit hatiku membuak-buak.
Baru kejap tadi dia restart semula. Nasib sempat save. Puas pikir mencari punca kejadian misteri ini. Kalau dilihat macam tak cukup power dari plug ke cpu. Sebabnya, masa hendak on balik pc tu macam kene penyakit semput. Dah on, tapi dia off automatically. Nak on je, jadi off balik. Berulang 4-5 kali sebelum on semula. Selepas dah bukak semua windows, Internet pun dah connected, tetiba restart balik. Huhuhu...macam tak cukup memory pon ada. Pening..pening.
At last aku try to adjust wayar-wayar yang berselirat dan on. Still same. Hampir nak giveup. Tiba-tiba aku terfikir untuk tukar extension yang menyambungkan semua plug untuk monitor, power dan adapter. Aha satu lagi charger phone (4 in 1 tu). Alhamdulillah .... itulah penyelesaiannya yang sebenar. Nampaknya extension tu problem. Bahaya, boleh mendatangkan litar pintas kot. PERINGATAN untuk korang jugak tau, sila pastikan keselamatan bila menggunakan extension dan kalau boleh jangan guna (apa tah nama natang tu?) plug 3 kaki yang 3/4 in one tu. Hangus semua nanti...
Misteri komputer berhantu telah selesai. Lega...
Kejadian sebegini buat aku teringat zaman belajar dulu. Masa tengah menggunakan pc di makmal komputer u, tiba-tiba di datangi pop up mesej. Mesej chit chat itu muncul di skrin monitor. Bila aku marah sebab mengganggu ketika aku sedang sibuk mencari bahan assignment, dia ugut nak shutdown kan pc aku. Melampau betul. Itulah hantu sebenarnya(hacker). Memang tak de keroje betul. Nak eksen sebab pandai hack pc orang lah tu!!
Kalau orang tak tahu memanglah akan terkejut besar sebab dengan mengawal pc kita dari jauh, hacker tersebut boleh membuat pc kita ditaip dengan sendiri, cd drive terbuka sendiri dan paling kejam, dia boleh baca emel yang korang nak tulis kat bopren (lepas tu gelak-gelak) dan shutdown pc ketika tak sempat save document yang ditaip. Kejam betul...Memang sangat sakit hati dan menyumpah-nyumpah sebab sampai sudah tak tahu sape dajal hina tersebut. Lain pulak dengan sorang kawan aku, ada mamat hacker tu belanja dia makan kat cafe....Mintak maaflah konon tu. Ceh....
0 comments:
Post a Comment