Hanya 50 sen bagi setiap sms. Murah, dan mungkin kita boleh menghantar lebih dari satu sms. Bagi yang suka bersms dan suka subscribe sms, jom kita bersms sambil beramal dan menambah pahala. Insya Allah besar maknanya buat rakyat Palestin. Memang 50 sen apalah sangat tapi jika seorang dari rakyat Malaysia memberi 50 sen, bayangkan berapa nilainya...?
Apa tunggu lagi, taip “GAZA” hantar kepada 32928
Syukur Alhamdulillah semua aktivis rakyat Malaysia yang ditahan oleh israel baru-baru ini selamat kembali ke tanah air. Hampa juga kerana bantuan yang hendak disampaikan telah disekat. Namun semangat mereka yang dilabelkan sebagai 'wira' negara itu amat dihargai, kerana bukan calang-calang orang yang terpilih untuk menggalas misi tersebut. Saya percaya dalam hati mereka juga ingin 'syahid' pada hari kejadian Mavi Marmara diserang.
Kisah dan pengalaman mereka harus dijadikan iktibar untuk kita merenung sejauh mana keprihatinan kita sebagai seorang Muslim. Kita bertuah kerana masih hidup di dalam keadaan aman sejahtera dan dapat mengisi perut dengan kekenyangan. Malah, berumah di dalam suasana selesa dan dilimpahi kemewahan. Jika ada diantara kita yang menderita dan susah pada hari ini, tidak terbanding dengan kesengsaraan saudara kita di Gaza yang hidup dibelenggu kekejaman israel selama berpuluh-puluh tahun. Hinggakan, berumah pun dalam runtuhan rumah mereka sendiri.
Semoga kita tidak putus harapan untuk berdoa. Bukan hanya untuk kesejahtaraan diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, dan negara Malaysia bahkan jua untuk saudara seagama kita di 'luar' sana....Jangan sesekali lupa, di mana letaknya kiblat pertama kita, Masjid Al-aqsa...Allahu Akbar!!
*Klik pada gambar untuk pautan kepada berita
0 comments:
Post a Comment