Home alone

Ahha....Hari ini Alfatih tinggal seorang je kat umah sebab abang-abang dah ikut Mak Long Salina balik Jengka 14...Cuti sekolah biasalah! Pantang diajak, semua terus pakat tinggal ibu, abah dan adik untuk balik ke kampung....Peluang untuk berjalan, bermain dengan abang Ikram, jumpa aki dan nenek serta ramai lagi...Macam-macam ada lah! Rumah nenek ada Astro.. rumah nenek boleh main bola kat luar rumah....rumah nenek ada kucing banyakkkk...kat rumah nenek boleh ikut aki pergi masjid...kat rumah nenek boleh jalan-jalan rumah Tok Chu(Maran)..Kalau nak tulis memang banyakkkk sangatttt ...tapi pokoknya 100% best kalau dapat balik kampung...
*Saya main sorang-sorang...*



Memori 'daun pisang'

Suatu masa dulu ketika saya dibangku sekolah rendah dan tadika, kalau cuti sekolah arwah Wan Chu saya suka ajak pergi ke rumahnya. Sebenarnya tidak perlu cuti panjang, cuti hujung minggu juga kami suka ke rumahnya. Bukan jauh manapun dari rumah kami, tetapi sesekali keluar dari rumah sendiri seumpama burung terbang dari sangkar perasaannya. Rumah Wan Chu saya ketika itu berada di tengah sawah padi. Kalau hujan lebat dan banjir pasti rumahnya akan dinaiki air. Hinggalah satu ketika ia dipindahkan ke kawasan tanah agak tinggi sedikit tetapi masih mengadap sawah padinya...amat cantik! Kampung saya bukan seperti kampung di negeri jelapang padi. Tapi, adalah sedikit tanah sawah sekangkang kera yang Wan Chu saya buat bersawah padi..Lebih kurang camni lah gambaran masa itu:)
Gambar kredit: Sawah padi Utan Aji@ Ron97 Jurnal Tanpa Plumbum

Setiap kali selepas dia membawa padinya untuk dimesin di kilang padi dekat rumah kami dia akan singgah mengambil saya di rumah. Saya dapat naik basikal tuanya sambil dia menolak sahaja basikal tersebut. Jalan menuju rumahnya mendaki bukit jadi tak laratlah mengayuh basikal tersebut. Kalau adik saya ikut sekali terpaksalah semua jalan kaki beramai-ramai. Ada masanya, anak Wan Chu, De akan menjemput kami dengan motornya.

Aktiviti pertama bila dah sampai sana, ialah mandi di sungai. Sebelum terjun ke dalam sungai kena pijak rakit dahulu sebab di tepi tebing sungai tu agak dalam dan berselut. Ngah, anak Wan Chu akan bawa kami ke tengah sikit dengan rakitnya sampai ke kawasan berpasir.... Memang best lah! Kalau tengah syok mandi ada sekawan kerbau lalu, cepat-cepat semua bertempiaran lari naik ke tebing sebab takut. Lepas tu terus balik rumah kerana air dah jadi keruh.

Selain itu kenangan menyusur, bermain dan berlari di bendang sangat menyeronokkan...Kekadang kaki tergelincir ke dalam sawah, cepat-cepat angkat kaki kerana takut melekat lintah. Tapi biasalah kalau duduk kampung dengan keadaan macam ini, pacat dah jadi macam kawan karib pula. Mula-mula geli, tapi kelamaan berasa hebat sebab berani kononnyalah...Wan Chu juga mengajak saya mencari ikan sepat dan haruan di dalam sawah. Tunggu aja di tali air, fuh menggeletik ikan ... Itu lah salah satu hobi saya masa kecil - mencari ikan.

Aktiviti menangkap ikan dan udang sudah kebiasaan apabila mandi di sungai. Kadang-kadang kalau tak pergi dengan kawan-kawan yang lebih besar, Mak De (adik emak) mengajak kami ke sungai mencari siput...Siput sedut kalau dibuat gulai memang terangkat! tetapi malang sikit kalau tersedut siput yang ada anak-anaknya..Macam makan pasir pula jadinya...

Tutuplah cerita pasal memori daun pisang - 'daun pisang' mengambil sempena sebuah nama lagu popular satu masa dulu. Istilah digunakan untuk merujuk kepada kisah lama...Menyorot kisah masa silam memang indah, tetapi sedikit pilu lebih-lebih lagi kebanyakan watak-watak utama sudah meninggal dunia. Kalau nak dicerita memang tak habis. Kisah pergi ke rumah moyang, kisah balik rumah Tok Ida, kisah panjat pokok rambutan, kisah menangguk berudu dan banyak lagi..

0 comments: