B.O.L.A

Makan bola, minum bola, tidur bola, mimpi bola, mandi bola..serba serbi bola..bola..bola..Ya! World Cup datang lagi...kaki bola, kaki bangku, dan yang tak minat bola pun akan terpaksa minat bola dalam sebulan ini. Jangan ada yang mengantuk dan curi tulang dekat tempat kerja disebabkan bola sudahhhhh...sendiri mau ingat ok:P

Teringat zaman muda-muda dulu. Memang minat bola. Dalam adik beradik, saya paling minat bola berbanding adik beradik lelaki yang lain. Masuk kolej, jumpa member-member perempuan yang satu kepala minat bola. Memang gempak lah bila musim bola tiba hingga sanggup berjaga sampai pagi tengok bola final. Malah kerana bola juga boleh sakit hati bila pasukan yang kita sokong kalah. Hahaha..Bila dah kahwin, nasib hubby bukan kaki bola walaupun minat bola dan main bola. Macam biasa aku sokong Brazil. Kalau Brazil jumpa Korea pon best jugak kan kat final..:)

Barisan 2010: Kaka (jersey no.10) antara star yang masih ada

Dua tonggak yang dah tiada dalam team 2010
milik siapakah piala ini
For more info click>>>>>




Just wanna say, I miss them all... hope they enjoy the holidays with nenek and aki at kampung:)

kissing.gif

Jom Makan: Nur Kasih Restoran

Tentu ramai yang masih ingat drama ini. Drama terbaik dengan barisan pelakon terbaik dan popular....Saya bukan nak cerita pasal drama Nur Kasih tetapi nak bagitahu Fizz baru je membuka restoran yang diberi nama sempena drama lakonannya ini. Restoran tersebut diusahakan bersama-sama kakak dan abang iparnya di Bentong Pahang. Kalau sesiapa nak tahu, dari Tol Bentong masuk exit kiri, cari Kampung Ketari dan cari pula Masjid Ketari..dekat-dekat area tulah..Jujurnya saya pun tak tahu belah mana kerana belum sampai ke sana. Macam mana nak sampai, saya sudah lama tak balik Pahang. Kalau sesiapa yang nak balik Raub, Lipis, dan Kelantan juga yang melalui Bentong silalah singgah makan-makan di sini. Pelbagai sajian menarik katanya disediakan. Paling best kata para pelanggan ialah Yong Tau Fu Kasih Tania...haaa namapun gempak kan. Kata Ina, makanan-makanan diberikan nama sempena drama-drama lakonan Fizz. Tak mau citer panjang silalah ramai-ramai kita serbu Nur Kasih Restoran di Bentong Pahang...

Hari perasmian

Tonggak utama Restoran Nur Kasih

"Jemputlah datang ye..."

# Gambar kredit: FB Zurina Zainal Abidin

Untuk Ina, Tahniah atas pembukaan restoran yang diimpikan. Selamat maju jaya dan semoga Allah terus murahkan rezeki korang. Amin:)

Home alone

Ahha....Hari ini Alfatih tinggal seorang je kat umah sebab abang-abang dah ikut Mak Long Salina balik Jengka 14...Cuti sekolah biasalah! Pantang diajak, semua terus pakat tinggal ibu, abah dan adik untuk balik ke kampung....Peluang untuk berjalan, bermain dengan abang Ikram, jumpa aki dan nenek serta ramai lagi...Macam-macam ada lah! Rumah nenek ada Astro.. rumah nenek boleh main bola kat luar rumah....rumah nenek ada kucing banyakkkk...kat rumah nenek boleh ikut aki pergi masjid...kat rumah nenek boleh jalan-jalan rumah Tok Chu(Maran)..Kalau nak tulis memang banyakkkk sangatttt ...tapi pokoknya 100% best kalau dapat balik kampung...
*Saya main sorang-sorang...*



Memori 'daun pisang'

Suatu masa dulu ketika saya dibangku sekolah rendah dan tadika, kalau cuti sekolah arwah Wan Chu saya suka ajak pergi ke rumahnya. Sebenarnya tidak perlu cuti panjang, cuti hujung minggu juga kami suka ke rumahnya. Bukan jauh manapun dari rumah kami, tetapi sesekali keluar dari rumah sendiri seumpama burung terbang dari sangkar perasaannya. Rumah Wan Chu saya ketika itu berada di tengah sawah padi. Kalau hujan lebat dan banjir pasti rumahnya akan dinaiki air. Hinggalah satu ketika ia dipindahkan ke kawasan tanah agak tinggi sedikit tetapi masih mengadap sawah padinya...amat cantik! Kampung saya bukan seperti kampung di negeri jelapang padi. Tapi, adalah sedikit tanah sawah sekangkang kera yang Wan Chu saya buat bersawah padi..Lebih kurang camni lah gambaran masa itu:)
Gambar kredit: Sawah padi Utan Aji@ Ron97 Jurnal Tanpa Plumbum

Setiap kali selepas dia membawa padinya untuk dimesin di kilang padi dekat rumah kami dia akan singgah mengambil saya di rumah. Saya dapat naik basikal tuanya sambil dia menolak sahaja basikal tersebut. Jalan menuju rumahnya mendaki bukit jadi tak laratlah mengayuh basikal tersebut. Kalau adik saya ikut sekali terpaksalah semua jalan kaki beramai-ramai. Ada masanya, anak Wan Chu, De akan menjemput kami dengan motornya.

Aktiviti pertama bila dah sampai sana, ialah mandi di sungai. Sebelum terjun ke dalam sungai kena pijak rakit dahulu sebab di tepi tebing sungai tu agak dalam dan berselut. Ngah, anak Wan Chu akan bawa kami ke tengah sikit dengan rakitnya sampai ke kawasan berpasir.... Memang best lah! Kalau tengah syok mandi ada sekawan kerbau lalu, cepat-cepat semua bertempiaran lari naik ke tebing sebab takut. Lepas tu terus balik rumah kerana air dah jadi keruh.

Selain itu kenangan menyusur, bermain dan berlari di bendang sangat menyeronokkan...Kekadang kaki tergelincir ke dalam sawah, cepat-cepat angkat kaki kerana takut melekat lintah. Tapi biasalah kalau duduk kampung dengan keadaan macam ini, pacat dah jadi macam kawan karib pula. Mula-mula geli, tapi kelamaan berasa hebat sebab berani kononnyalah...Wan Chu juga mengajak saya mencari ikan sepat dan haruan di dalam sawah. Tunggu aja di tali air, fuh menggeletik ikan ... Itu lah salah satu hobi saya masa kecil - mencari ikan.

Aktiviti menangkap ikan dan udang sudah kebiasaan apabila mandi di sungai. Kadang-kadang kalau tak pergi dengan kawan-kawan yang lebih besar, Mak De (adik emak) mengajak kami ke sungai mencari siput...Siput sedut kalau dibuat gulai memang terangkat! tetapi malang sikit kalau tersedut siput yang ada anak-anaknya..Macam makan pasir pula jadinya...

Tutuplah cerita pasal memori daun pisang - 'daun pisang' mengambil sempena sebuah nama lagu popular satu masa dulu. Istilah digunakan untuk merujuk kepada kisah lama...Menyorot kisah masa silam memang indah, tetapi sedikit pilu lebih-lebih lagi kebanyakan watak-watak utama sudah meninggal dunia. Kalau nak dicerita memang tak habis. Kisah pergi ke rumah moyang, kisah balik rumah Tok Ida, kisah panjat pokok rambutan, kisah menangguk berudu dan banyak lagi..

JOM SMS! : Taip “GAZA” dan hantar ke 32928

Hanya 50 sen bagi setiap sms. Murah, dan mungkin kita boleh menghantar lebih dari satu sms. Bagi yang suka bersms dan suka subscribe sms, jom kita bersms sambil beramal dan menambah pahala. Insya Allah besar maknanya buat rakyat Palestin. Memang 50 sen apalah sangat tapi jika seorang dari rakyat Malaysia memberi 50 sen, bayangkan berapa nilainya...?

Apa tunggu lagi, taip “GAZA” hantar kepada 32928

Syukur Alhamdulillah semua aktivis rakyat Malaysia yang ditahan oleh israel baru-baru ini selamat kembali ke tanah air. Hampa juga kerana bantuan yang hendak disampaikan telah disekat. Namun semangat mereka yang dilabelkan sebagai 'wira' negara itu amat dihargai, kerana bukan calang-calang orang yang terpilih untuk menggalas misi tersebut. Saya percaya dalam hati mereka juga ingin 'syahid' pada hari kejadian Mavi Marmara diserang.

Kisah dan pengalaman mereka harus dijadikan iktibar untuk kita merenung sejauh mana keprihatinan kita sebagai seorang Muslim. Kita bertuah kerana masih hidup di dalam keadaan aman sejahtera dan dapat mengisi perut dengan kekenyangan. Malah, berumah di dalam suasana selesa dan dilimpahi kemewahan. Jika ada diantara kita yang menderita dan susah pada hari ini, tidak terbanding dengan kesengsaraan saudara kita di Gaza yang hidup dibelenggu kekejaman israel selama berpuluh-puluh tahun. Hinggakan, berumah pun dalam runtuhan rumah mereka sendiri.

Semoga kita tidak putus harapan untuk berdoa. Bukan hanya untuk kesejahtaraan diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, dan negara Malaysia bahkan jua untuk saudara seagama kita di 'luar' sana....Jangan sesekali lupa, di mana letaknya kiblat pertama kita, Masjid Al-aqsa...Allahu Akbar!!



*Klik pada gambar untuk pautan kepada berita

Gaza flotilla Mavi Marmara