Salam tahniah buat adik-adik yang berjaya di dalam peperiksaan SPM 2009. Saban tahun kita akan melihat kejayaan dan airmata mengalir di atas titik peluh selama 5/6 tahun di sekolah menengah. Kini kesibukan mengisi borang UPU untuk ke menara gading terbuka luas dan mengintai peluang untuk memegang biasiswa pastinya tidak dilepaskan oleh mereka yang berjaya. Harapan, agar adik-adik mengenali potensi dan minat supaya dapat diteruskan kecemerlangan diri dan akhirnya memberi keputusan/hasil yang maksimum terbaik.
Jangan 'gelap mata' melihat peluang-peluang di depan mata. Dengan status 'layak memohon' dan 'mampu buat' dua perkara yang wajib diambil berat. Begitu juga dengan tuntutan di antara mahu memenuhi 'cita-cita' atau menunaikan 'hajat ibubapa' juga dua perkara berbeza. Sebagai ibubapa kita harus membenarkan anak-anak untuk membuat keputusan sendiri dengan bimbingan dan nasihat kita sebagai panduan supaya pilihan mereka adalah yang terbaik dan tidak akan disesali oleh mana-mana pihak di masa hadapan.
Apapun sekali lagi TAHNIAH buat adik aku Fatimah yang mendapat 5A dan 4C. Kami berbangga dengan awak sepertima yang sebelumnya juga. Jangan ditangisi 'C' yang tidak cantik itu. Jangan kecewa terhadap 'C' yang bukan cemerlang itu. Jangan sedih-sedih...a new journey just begins....Kuatkan semangat, teguhkan visi, mantapkan strategi dan teruskan melangkah ke hadapan. Dunia fana ni amat luas dan sedang menanti untuk diterjahi. Insya Allah dengan keyakinan yang jitu, walau di mana jua engkau bakal 'dicampakkan' tetap akan menjadi mutiara yang berkilauan.
1 comments:
tahniah jugak..cemerlang da tu..
Post a Comment