Setiap kali berjumpa bibik-bibik ini ketika menghantar Almustofa menunggu van sekolah mesti lupa nak tanya nama bibik ni. Asal dah sampai rumah mesti baru teringat. Padahal sudah lama kami berkenalan dan berkawan. Tidak salah kan berkawan dengan bibik aka pembantu rumah warga Indonesia ni?? yelah mereka juga manusia dan sama dengan kita. Mungkin ada yang mengatakan elok lah tu sebab saya juga seorang suri rumah. Jika saya seorang doktor atau wanita korporat mahukah berkawan dengan bibik? Bukan menghina sesiapa, jika saya doktor mungkin bibik itu juga takut nak berkawan dengan saya...Lagipun wanita bekerja tidak akan berada di situ pada pukul 7.30am melepak dan berborak kerana sudah ke pejabat pun..
Bibik dan cerita kucing
Pagi ini seperti biasa 2 orang bibik sudah tiba awal di tempat menunggu bas sekolah. Aku diberitahu seorang daripadanya baru sahaja mengangkat bangkai seekor kucing ke tepi jalan. Dia meminta cangkul kerana hendak menanam bangkai kucing itu. Huh mane aku ada cangkul. Aku terharu kerana cukup prihatin bibik ini. Keduanya hairan dengan orang kita yang lalu lalang mengabaikan sahaja bangkai kucing di tepi jalan. Mereka juga mempertikaikan sikap orang kita yang tak tahu takut dengan 'akibat' daripada melanggar kucing tersebut. Aku mendengar sambil menunjukkan wajah kesian dan memberitahu kalau aku pon akan buat tak tahu juga sebab takut dan geli...huh sedangkan cicak yang kecil mati pon aku geli, inikan kucing yang besar. Kesian kucing tu baru mati dilanggar pagi ini agaknya....:( Memandangkan ia hanya diletakkan ditepi jalan di atas rumput mungkin akan busuk dalam beberapa hari lagi jika dibiarkan begitu sahaja.
Kata mereka, kucing ini binatang peliharaan nabi yang wajar dikasihi. Ya ini sangat betul. Bahkan tidak baik menganiayai binatang dan jelas disebut dalam salah satu hadis nabi. Tetapi kepercayaan mereka jika kucing ini dianiayai akan mendapat bala. Sepanjang hidup ini tak pernah pula mengetahui kalau kita menyepak kucing akan mendapat kecelakaan. Kalau tak de siapa bagitahupun, sebagai orang Islam kita yakin bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan Allah jua. Baik atau buruk dia Maha Tahu hikmah di sebalik setiap kejadian.
Salah seorang bibik memberitahu adiknya pernah menyepak kucing dan tidak sampai 24 jam motornya dilanggar lori dan nasibnya agak baik kerana terselamat. Sedangkan motorsikalnya hancur berkecai..
Seorang bibik lagi pula memberitahu bahawa cara untuk menanam bangkai kucing mati ialah dengan membalutinya dengan kain putih. Selawat 3kali dan tanamlah ia..Pernah sekali dia melihat seorang lelaki kaya melanggar seekor kucing dan ia keluar lalu menanggalkan kotnya lalu menutupi kucing mati dengan kot mahalnya. Lelaki itu meminta beberapa orang untuk menanam bangkai kucing tersebut. Bibik seorang lagi menggangguk kepala setuju sambil memberitahu jika seseorang melanggar kucing die haruslah menanggalkan pakaiannya untuk menutup bangkai kucing itu. Kalau tidak, 'sesuatu' akan terjadi padanya...
Itulah kepercayaan keduanya. Tetapi aku yakin tidak semua orang di Indonesia mempunyai kepercayaan begitu. Mungkin di sesetengah tempat di negara mereka agaknya. Seorang itu berasal daripada Jawa dan seorang lagi Padang Indonesia. Aku diamkan sahaja, kerana jika berhujah tentang hukum pasti lebih lama aku melepak di situ. Perbualan kami berhenti apabila van sekolah tiba ...Lemahnya iman aku kan?
Bibik dan anak majikan
Bibik-bibik ini suka mendukung Alfatih. Yelah baby sesiapapun suka sebab usia ini mereka sangat comel dan tembam pula. Kalau baby dah meningkat usia dan dah tak comel tak siapa nak picit pipi dan agah-agah mereka lagi pun...
Tersebut bibik yang berasal dari Padang itu bercerita tentang teman seperjuangannya yang tidak membenarkan dia dan lain-lain pembantu rumah untuk mendukung anak majikan mereka. Temannya itu siap buat pengumuman sewaktu mereka melepak bersama..."Bibik-bibik sekalian, majikan aku tak benarkan pegang baby ni..tengok saja ya".
Bibik Padang yang bercerita bertanya pada aku, "Jijik sangatkah kami kak?? maklumlah pembantu rumah Indon ni kotor agaknya.." ceritanya dengan nada sinis..Rasa malu dalam hati ada juga. Tetapi ada juga sebab musabah kerana pada ketika itu musim H1N1, jadi kebimbangan seorang ibu adalah tinggi..seperti biasa aku diam sahaja mendengar cerita dia.
Bibik Padang yang bercerita bertanya pada aku, "Jijik sangatkah kami kak?? maklumlah pembantu rumah Indon ni kotor agaknya.." ceritanya dengan nada sinis..Rasa malu dalam hati ada juga. Tetapi ada juga sebab musabah kerana pada ketika itu musim H1N1, jadi kebimbangan seorang ibu adalah tinggi..seperti biasa aku diam sahaja mendengar cerita dia.
Bukan semua orang macam majikan dia. Contohnya aku lah...hehe bukan aku cakap tapi bibik itu sendiri beritahu pada temannya yang aku tak prejudis pun dengan dia. Memanglah selagi dia tak kesat hingus dengan tangan depan mata aku, tentulah kita bagi pegang anak. Kalau kawan kita atau adik beradik kita sendiri buat camtu mahunya aku suruh basuh tangan sebelum pegang baby. Alahai manusia hati lain-lain...
Bibik dan kisah dera
Dalam kesedihan rakyat Malaysia dengan cerita dera sampai mati adik Syafia Humairah, bibik-bibik ini juga tidak ketinggalan bersedih dengan sikap manusia yang 'gila' kerana sanggup membunuh anak kecil. Turut termasuk dalam perbualan kami ialah kisah warga Indonesia yang didera majikan dan mendera anak majikan. Persoalan mereka kononnya ialah kalau jika suatu jenayah melibatkan warga Indon mesti liputannya amat hebat. Riuh memburuk-burukkan mereka kononya. Tetapi jika ia melibatkan rakyat Malaysia sendiri ia adalah sebaliknya. Aku tidak nampak di mana bias nya. Aku yang sengaja tak mahu nampak dan berfikir atau mereka yang prejudis dengan media kita???
Ada pro dan kontra dalam aspek ini kerana banyak juga kes melibatkan warga Indon yang diadili sebaiknya oleh penguasa kita. Macam biasa aku diam dan senyum jelah. Malas nak bertaki..Akhir bibik dari Jawa bercerita tentang pelakon Eja yang anaknya didera pembantu rumah. Aku terkejut sebab ketinggalan dengan berita ini. Hehe memang advance sungguh dia! Alhamdulillah mereka mendapat majikan yang baik. Harap keduanya juga menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas juga..
0 comments:
Post a Comment