Tekanan Darah Rendah

Salam..

Lama betul saya tidak update blog ini..sedar tak sedar sekarang sudah masuk 2nd trimester..Keadaan badan semakin membaik tetapi kadang-kadang pening-pening dan mual-mual juga..lepas checkup bulan lepas, doktor memberitahu tekanan darah saya sedikit rendah....100/60. Walaupun begitu kesihatan saya tak lah seteruk kawan yang mengalami tekanan darah rendah sehingga masuk wad.

Ini first time kene darah rendah semasa mengandung. Kalau ikut family saya, mak dan adik ada darah tinggi.Beza dengan darah rendah, darah tinggi lebih tinggi risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti buah pinggang yang turut dihidapi oleh emak dan adik saya. Antara tanda-tanda darah rendah seperti rasa pening macam nak pitam, rasa loya/mual,pernafasan pendek dan cepat lelah dan kulit dingin/lembab..Ada setengah orang menyangka diri menghidap migrain tetapi bukan rupanya setelah bertemu doktor.

Petua orang, untuk darah rendah elok makan bayam dan banyakkan minum air masak. Anemia juga sering dikaitkan dengan tekanan darah rendah. Namun, sebenarnya berbeza kerana anemia disebabkan kekurangan sel darah merah di dalam badan. Walau pun gejala keduanya hampir sama, seorang mengidap anemia lebih pucat muka dan tangannya dan jika lebih teruk langsung susah nak bernafas....

Puas jugak mencari info untuk darah rendah ni..akhirnya jumpa satu artikel yang menarik untuk di kongsi. Selamat membaca!

0 comments: