Sebelum bajet 2013 dibentangkan semalam, saya berharap adalah 'sesuatu' untuk golongan berpendapatan sederhana. Jadi, selepas terhurai segala isi kandungan beg rahsia Datuk Seri Najib semalam, pertanyaannya: Apa manfaat terhadap golongan berpendapatan sederhana?
Mungkin ada yang menonton, dan mungkin tidak. Kalau menonton pun, asyik mengantuk macam sayalah bosan menunggu tak dan nak salin dan dengar sepenuhnya. Jom baca highlight di bawah.
1) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mencadangkan kadar cukai pendapatan individu dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai untuk menambah pendapatan boleh guna.
"Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300,000 orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai," - DS Najib.
Manfaat ini bagi golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4 ribu sebulan di mana mereka tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Suka?
2) Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tahun 2013 bagi yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan.
Laporan penuh di SINI.
Saya tak nampak sangat di mana beruntungnya sebab gaji suami saya lebih sedikit dari angka 4k dan hanya dia seorang yang bekerja. Automatik, #1 di atas, tak layak dapat.
Kalau suami isteri bekerja mungkin lain sedikit keadaannya. Tahun depan semua 4 orang anak kami akan bersekolah. Alhamdulillah...syukur, besar dah anak-anak saya. Apa yang penting, selepas ini ialah bajet dalam keluarga kecil kami sendiri. Kalau isi rumah tak pandai bajet, kerajaan bagi subsidi banyak dan bonus setahun gaji pun tetap kata tak cukup makan. Mari kita ukur poket sendiri dan berbelanja secara berhemah.
Senyum. Tumpang gembira untuk rezeki adik beradik yang penjawat awam dan abah yang juga berstatus pesara kerajaan.

0 comments:
Post a Comment