Main nyorok-nyorok, atau menyorok atau dalam bahasa Inggerisnya hide and seek merupakan permainan popular bagi kita dulu kala. Zaman kanak-kanak kita lebih tertumpu kepada aktiviti luar rumah yang penuh eksplorasi dan menyeronokkan. Menyorok belakang rumah, belakang tangga, tepi reban ayam, atas pokok dan lain-lain. Boleh kata pusing satu kampung lah mencari. Sebab itu, kalau main menyorok di petang hari, orang tua akan marah. Mereka suruh balik rumah cepat-cepat. Takut jauh menyorok, nanti kena sorok dengan hantu. Hari ini, anak-anak main menyorok dalam rumah sahaja.
Bila anak-anak kita main menyorok, adakala membuat kita tertawa geli hati. Mana taknya belum habis kira dah pergi mencari. Sebab apa kira cepat? Sebab dia kira tak betul. Melangkau. Bila orang dah cari, siap kata dia tak de dekat situ. Sah sah lah senang dijumpai. Sebab badan mereka kecil, bawah tudung saji pun boleh menyorok.
Kalau dah besar sikit macam usia anak-anak saya yang sudah bersekolah rendah, main menyorok bikin saya membebel-bebel. Mana taknya, menyorok dalam almari, di belakang penyidai baju dan bawah gebar. Emm bayangkan. Habis berselerak rumah. Kemasnya nanti ikut dan mereka aja. Pening kepala. Kalau adik kira tak betul, atau abang kena jumpa awal mesti ada yang tak puas hati lalu bergaduh. Adoi...Kalau tak percaya tengok kat sini.
Jom layan komik.
0 comments:
Post a Comment