Bila ibu bapa yang kena sakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Berikut petikan dari myhealth.gov.my :
Pengenalan 
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain. 
Tanda dan Gejala 
Ciri-ciri klinikal termasuk:
  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan                                                               [baca lanjut dekat sini]

Anak saya Salahuddin pernah kena HFMD masa umurnya 3 tahun. Alhamdulillah takde siapa yang terjangkit daripadanya. Dia pun tak de kemana-mana masa tu kerana belum bersekolah. Juga, tidak duduk di taska kerana saya ada menjaga mereka di rumah. Jadi, kemungkinan virus tersebar melalui udara.

Baru-baru ini, anak-anak saudara saya juga dijangkit HFMD. Mungkin dijangkiti dari Taska. Tak lama selepas anak-anak sihat, ayahnya pula dijangkiti. Terkejut juga masa tu sebab jarang saya mendengar orang dewasa dijangkiti HFMD, walaupun hakikatnya HFMD boleh menjangkiti sesiapa sahaja. 


Biasanya, HFMD tak perlu masuk wad dan pesakit perlu dikuarantinkan di rumah sahaja. Kebetulan masa tu wife adik saya dalam pantang, dia memilih untuk masuk wad sebab takut nanti menjangkiti bayi. Dalam 5 hari jugalah dia tinggal di wad. 



Teruk juga. Lepas dah kering, habis mengelupas macam bersalin kulit :)
Aqil dah sehat, nak pergi sekolah :)

0 comments: