OK ke KO? - Bantuan kecemasan di lebuhraya

Dua hari lepas adik saya bertolak dari Pahang ke KL untuk rawatan susulan di hospital. Untuk memudahkan perjalanan dia bertolak sehari awal. Malangnya, kereta dia telah mengalami kerosakan di tengah jalan. Tapi syukur, ketika itu dia telah sempat tiba di Hentian Rehat Gombak. Masa tu dalam pukul 9 malam. Bersamanya ialah isteri dan anaknya yang berusia 2 tahun.

Dalam keadaan risau dan stress dia menelefon saya mengadu masalah. Saya memintanya bersabar dengan ujian tersebut. Kemudian, saya mencari nombor telefon peronda lebuh raya untuk mendapatkan bantuan. Memandangkan kejadian berlaku di dalam lebuhraya Karak maka saya berikan nombor berikut:

TALIAN KECEMASAN DI HIGHWAY UNTUK BANTUAN KECEMASAN DAN KEROSAKAN

- Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) - 03-2692 0000
- Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) - 03-732 9222
- Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) - 03-733 7188
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
- Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
- Lebuhraya Kulim - Butterworh ( BKE )-04-398 6969
- Lebuhraya Seremban - Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
- Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
- Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
- Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) - 1-800- 880999 
Malangnya, panggilan tidak berjawab. Mungkin tempoh perkhidmatan sudah tamat. Lagipun nombor telefon kod '09' , macam tak sesuai je untuk kejadian yang berlaku di KL.

Kemudian saya suruh dia telefon nombor berikut yang servis dicatat 24 jam:

PRIMELINE:
(09) 5479 111
(24 Hours)
METRALINE:
(03) 9173 2020
(24 Hours)
Syukur, nombor telefon di kanan menjawab panggilan adik saya. Bantuan akan datang dalam masa sejam. Kita pun faham, dalam lebuhraya memang kena u-turn jauh sedikit. Selepas sejam lebih, bantuan yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai, dia mula stress sebab hari semakin malam. Lalu panggilan kedua dibuat. Alasan lambat kerana peronda perlu ke tempat lain. Yakni memberi bantuan di tempat lain terlebih dahulu. 

Disebabkan tidak yakin untuk terus menunggu adik saya menelefon penunda kereta bukan dari konsensi lebuhraya atau syarikat perkhidmatan yang berkaitan. Alasan 'takut mahal' atau 'kena cekik' ditolak ketepi. Yang penting cuba telefon dulu dan boleh tawar menawar apa... Alhamdulillah, pihak berkenaan setuju datang dalam setengah jam dari Batu Caves. 

Ya, janji ditepati! Kereta adik saya kemudian ditunda ke bengkel di Selayang. Ketika itu jam sudah lebih 12 tengah malam. Kemudian mereka meneruskan perjalanan untuk tidur di rumah adik perempuan kami di Taman Melati yang menjemput mereka di Gombak. Penat giler katanya. Sampai rumah pukul 1 pagi...

Keesokkan malamnya kereta siap dibaiki. Kos tunda dan baiki kurang 1k. Harga untuk tunda pun hanya RM80. Tapi sebab sampai bengkel sudah lebih 12 malam, caj tambahan RM20 dikenakan. Lega adik saya sebab selepas dapat kereta dia nak berangkat ke Muar pula. Balik kampung isterinya. Akhirnya, mereka sekeluarga dapat balik bercuti di kampung dengan senang hati.

Pengajarannya, jika korang dapati kereta 'macam lain macam' dari biasa, walaupun selepas diservis jangan ambil mudah. Mana tahu yang servis kereta kita main cincai sahaja kan. Sikap ambil mudah adik saya nyaris menyusahkan dirinya lebih teruk. Bayangkan jika kereta rosak lagi jauh ke tengah lebuh raya? Macam mana nak tahu kereta kita lain macam? Saya yakin jika hubungan korang dengan kereta korang umpama 'isi dengan kuku', mesti korang ada instinct atau perasaan 'tak sedap hati'. Ketika itu jangan ambil mudah!

Pasal peronda lebuh raya pula, servis anda bukan tak bagus kerana saya yakin korang berusaha memberikan yang terbaik kepada kami rakyat marhaen yang membayar tol. Contoh servis yang bagus kat sini. Namun, dalam kes adik saya ni, terasa juga hati kami seolah-olah kurang dipedulikan. Mana tidaknya, sehingga siang esoknya tiada pula pihak peronda menelefon bertanya, "encik, kami dah sampai. Encik kat mana?" Adik saya tertanya, adakah disebabkan keretanya rosak di hentian rehat maka priority di tempat akhir sekali? Fikirlah, takkan sampai berjam jam kena menunggu. Mungkin kalau orang lain harus kena tidur di hentian rehat menanti bantuan tiba.

Hikmahnya, selepas ini adik saya akan lebih berhati-hati dan tidak ambil mudah lagi...

1 comments:

Anonymous said...

Hari ini terkena dah kami dengan satu team lpt yg bertugas shif clockworkc m
Hari ini 14 april 2017
Sebelum masuk highway kami minta pomen pastikan minyak hitam air dll sesuai utk perjalanan ke kuala terengganu
Kira2 2 km sebelum hentian rnr paka saya terhidu bau minyak dan terasa bahan panas lalu saya masuk ke rnr paka
Saya dapati minyak hitam menyelaputi bahagian belakang kenderaan
Saya buka bonet dan dapati penanda aras minyak hitam tak ditutup rapi
Pomen tak buat kerja dengan betul
Duit nak kerja cincai saja
Saya buat panggilan pada peronda dan beritahu minyak hitam saya habis kering
Saya minta mereka tolong belikan minyak hitam dan hantar pada kami masa mereka buat rondaan
Saya kata saya akan bayar harga minyak tersebut
Saya kata juga kalau tak ada minyak hitam sebab jumaat mungkin bengkel tutup, boleh juga belikan saya 7 paket minyak masak untuk ganti fungsi minyak hitam sementara saya nak bergerak cari bengkel
Sekitar pukul 6 pagi peronda datang tangan kosong
Mereka tengok2 dan kata boleh jalan lagi sampai bukit besi ada shell, sana mungkin ada jual minyak hitam
Saya kata nanti enjin rosak mereka kata seorang antara mereka mekanik, peronda kata boleh jalan pelan2
Saya ikut nasihat dia tapi masaalahnya sampai di km 354.6 kenderaan saya jammed
Saya buat sekali lagi panggilan
Peronda yg sama datang tapi dia suruh panggil towing sendiri
Saya kata kalau di rnr paka tadi dia tolong tarik hingga exit terdekat spt yg biasa dilakukan oleh mana mana peronda, pasti enjin saya tak jammed
Tiga petugas itu sangat tidak bertanggungjawab, mereka bagi nasihat yg salah pada pengguna lebuhraya yg sebahagian tol yg dibayar itulah gaji para petugas tersebut
Saya pertikai tindakan mereka, saya rasa sangat tertipu dengan sikap mereka
Lepas letak kon mereka beredar
Saya panggil tow truck dari luar
Dalam masa menunggu datang satu team 3 orang peronda tugas siang, baru masuk shif
Mulanya saya anggap mereka seperti team pertama
Dengan rasa kecewa saya beritahu mereka bahawa saya dah panggil tow truck tapi mereka bercakap dengan sangat berbudi bahasa tak seperti sifat sambil lewa team pertama tadi
Mereka pujuk saya agar izinkan mereka tunda kenderaan kami hingga keexit bukit besi sebab mereka kata bahaya lama lama ditepi lebuhraya, macam2 perkara boleh berlaku
Lalu saya setuju dan beritahu tow truck agar ambil kenderaan kami di exit bukit besi
Tiga orang dalam team kedua mempunyai sifat yg sangat terpuji, bahasa baik, senyum pun ikhlas dengan tugasnya dan mereka ada rasa tanggungjawab pada persekitaran
Komen saya untuk team pertama, kalau saya jadi majikan mereka hari ini juga saya halau mereka dari syarikat kerana tidak ada tanggungjawab
Gaji nak tapi kerja malas malah merosakkan nama konsesi lebuhraya itu
BGN6033