Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Yey, saya nak makan coklat Cadbury!

Salam sejahtera,

Isu coklat Cadbury ada DNA babi masih belum selesai. 
Bila Kementerian Kesihatan kata ada porcine dalam sampel coklat yang diuji, ramai yang buang stok coklat Cadbury. Bila JAKIM umumkan keputusan ujian mereka pula negatif, maka kita sebagai pengguna masih ragu-ragu dan was-was. Kata kawan baik saya, "kalau was-was baik jangan makan...". Klise bukan? Tapi, ia memang betul.

Insha Allah saya percayakan JAKIM. Kalau saya tak percayakan JAKIM, maka segala kicap, sos cili, tepung, meehun, susu anak, biskut kegemaran suami, dan bermacam lagi saya tak boleh beli, makan dan pakai.

Namun, persoalan yang masih terawang-awang wajiblah dileraikan dan dijelaskan kepada pengguna yang masih tidak berpuas hati. Yang penting, jangan biarkan isu yang sama berlaku lagi. Bukan pada Cadbury sahaja bahkan pada produk lain.

Jemput baca pandangan ini:
Rakyat wajar terima, percaya keputusan Jakim
BERHUBUNG isu coklat Cadbury, saya berpendapat: 
1) Rakyat Malaysia beragama Islam wajar meletakkan kepercayaan kepada bahagian Halal Jakim yang merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia.
 
Saya yakin SOP mereka dan juga tahap profesionalisme mereka di dalam isu pelabelan halal boleh diyakini. Sebarang penyalahgunaan label mereka adalah di luar kawalan makmal mereka. Keputusan Jakim yang mengesahkan bahawa dua jenis coklat Cadbury yang dikatakan mengandungi DNA babi (porcine) adalah tidak benar dan status kehalalannya kekal adalah wajar dipercayai dan diiktiraf oleh rakyat Malaysia beragama Islam.
 
2) Keputusan Jabatan Kimia menguatkan lagi dan mengesahkan lagi kredebiliti pengesahan Jakim.
 
Jabatan Kimia merupakan pihak yang tiada kepentingan di dalam isu ini dan pihak yang lebih lama mempunyai reputasi dan kredebiliti di dalam hal ini. Hasil kajian mereka sewajarnya diterima dan dijadikan kata pemutus berhubung penemuan DNA babi di dalam dua jenis coklat Cadbury. Kedua-dua Jakim dan Jabatan Kimia adalah 'ahl dhikr' (pihak yang mempunyai autoriti di dalam bidang mereka) yang wajar dijadikan rujukan oleh rakyat Malaysia beragama Islam di dalam isu halal dan haram.
 
3) Pihak KKM wajib bertanggungjawab untuk bersikap telus demi menjaga kredebiliti mereka.
 
Sumber coklat yang mereka uji, pihak yang telah menyerahkan sampel tersebut dan juga pihak yang telah membocorkan maklumat hasil kajian mereka kepada media sosial yang sepatutnya dirujuk kepada Jakim sebagai pihak yang berautoriti perlulah didedahkan dan mengambil tanggungjawab. Hal ini amat perlu berteraskan konsep transparency (ketelusan) dan akauntabiliti. Tindakan ini juga perlu memandangkan apa yang berlaku dan ditumbilkan oleh pihak KKM telah menyebabkan suasana tidak tenteram dan kegelisahan melampau di kalangan rakyat Malaysia beragama Islam.
 
4) Pihak Cadbury sebagai sebuah syarikat pengeluar coklat bertaraf antarabangsa wajar diakui ketinggian integriti mereka, terutamanya di dalam proses pengeluaran dan persijilan.
 
Kekeliruan yang timbul tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menjatuhkan langsung nama dan juga reputasi syarikat berkenaan yang telah bersikap profesional dan tidak gopoh di dalam mendepani isu tersebut. Bagaimanapun, demi memperbaiki kerosakan imej mereka yang kritikal di kala ini, sama ada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, mereka perlulah menubuhkan badan penasihat Syariah atau Halal advisory council untuk memantau proses pembuatan mereka dan memberikan keyakinan kepada para pelanggan Muslim samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Penubuhan Syariah advisory council di pihak Cadbury juga akan meningkatkan kredebiliti Cadbury untuk jangkamasa yang panjang.
 
5) Bagi pihak konsumer Muslim di Malaysia pula, sikap kepekaan dan sensitiviti berhubung halal haram  berhubung isu Cadbury amatlah dihargai.
 
Hal ini menunjukkan bahawa penjagaan Syariat, walaupun dalam isu terpilih, masih mengalir di dalam pengamalan rakyat Muslim terbanyak. Bagaimanapun, sikap reaksi melampau sesetengah pihak yang merupakan kesan normal di kalangan rakyat Melayu Muslim di dalam berhadapan isu yang berkaitan sentimen perlulah diperbaiki di masa-masa hadapan. Konsep bertenang dan tidak mudah melatah, sikap profesional di dalam menerima sebarang maklumat di media-media sosial dengan bersikap kritikal dan memastikan kesasihan sumber perlu dipertingkatkan. Islam amat menitil beratkan sikap profesional dan sikap berhati-hati di dalan menerima maklumat, bertindak di atas maklumat yang tersebar mahupun di dalam membuat apa-apa hukuman ke atas pihak yand dituduh aehinggalah bukti dan juga penghukuman telah dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti.
 
6) Di samping itu, umat Islam juga perlu mengelakkan menghukum sebelum sesuatu isu itu diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab perlu diamalkan.
 
Sikap kegopohan dan tidak cermat di dalam membuat kenyataan seperti ingin membakar kilang Cadbury, ingin menyaman, memaksa Cadbury menanggung proses penyucian darah dan juga menyebarkan teori konspirasi bahawa pihak musuh Islam ingin merosakkan umat Islam melalui coklat Cadbury ataupun lebih malang menuduh bahawa Jakim atau kerajaan BN mempunyai kepentingan di dalam syarikat Cadbury adalah terlalu emosional, tidak berjejak di atas fakta dan terlalu prejudis serta tidak Islamik. Sikap tidak Islamik seperti ini tidak akan membantu umat Islam mahupun agama Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, dengan bersikap profesional, ia tidak bermaksud umat Islam tidak perlu peka dan tidak sensitif di dalam isu-isu pengguna. Umat Islam wajib pro-aktif di dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan dan isu halal-haram berdasarkan tuntutan prinsip 'Islah' yang sentiasa lestari di dalam Syariat Islam.
 
7) Berdasarkan sikap pro-aktif di dalam isu halal haram, umat Islam di Malaysia juga wajib meluaskan momentum mereka di dalam memerangi riba, rasuah, penyalahgunaan wang awam dan juga ketirisan di dalam penggunaan dana negara. Keharaman riba, rasuah dan salahguna wang rakyat di pihak mana sekalipun adalah lebih besar dari isu coklat Cadbury.
 
8) Golongan intelektual Muslim perlulah menjadi kumpulan yang memberikan pencerahan, bimbingan dan panduan ketika rakyat dilanda kegelisahan kolektif kerana dilanda isu sensasi yang berkait dengan sentimen. Mereka tidak seharusnya bersikap gopoh, melatah dan terlalu populis dengan mengikuti arus yang timbul tanpa berpihak di atas fakta, metod yang sahih dan juga tahap profesionalisme yang tinggi.
 
Dr Maszlee Malik
Pensyarah kanan
Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh,
Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Senarai pasukan Piala Dunia 2014, mengikut kumpulan

Kali ini, piala dunia bersamba di Brazil:) Jom check pasukan pilihan anda...
GROUP A
BRAZIL
CROATIA
MEXICO
CAMEROON
GROUP B
SPAIN
NETHERLANDS
CHILE
AUSTRALIA
GROUP C
COLOMBIA
GREECE
IVORY COAST
JAPAN
GROUP D
URUGUAY
COSTA RICA
ENGLAND
ITALY
GROUP E
SWITZERLAND
ECUADOR
FRANCE
HONDURAS
GROUP F
ARGENTINA
BOSNIA-HERZEGOVINA
IRAN
NIGERIA
GROUP G
GERMANY
PORTUGAL
GHANA
UNITED STATES
GROUP H
BELGIUM
ALGERIA
RUSSIA
SOUTH KOREA

Doakan mangsa banjir

Hari semakin larut dan mata juga mengantuk. Bantal oh bantal di mana kau?

Di sebelah sana, di negeri sebelah. Negeri yang dilanda banjir. Terutama negeri tanah tumpah darahku... Pahang Darul Makmur.

Banjir di Pahang kian buruk, ramai dipindahkan

Apa khabar Mak teh, Tok Teh, Ayah Chik, De dan saudara semua?

Apa khabar kalian semua? 

Boleh lenakah mata-matamu bila rumah digenangi air? 

Boleh lenakah kamu kala fikiran berkelana di luar jendela? Mata pejam, tapi hati berwalang duka. Nestapa.

Semoga malam saudaraku sejahtera belaka. Kami di sini mendoakan keselamatan semua. Semoga esok kembali sediakala. Tenang dan bahagia. Bah mengundur ke muara. Jalan-jalan selamat dilalui.

Bersabarlah atas ujian ini. Semoga Pahangku kembali makmur.

Ameen.

Tengku Abdullah minta semua bantu mangsa banjir

Banjir di Pahang kian buruk, ramai dipindahkan

Copy and paste

Suka buat entri copy paste?
Bukan nak kata kat orang lain, saya sendiri pun suka buat kerja copy and paste untuk buat entri di blog. 

Abaikan berita hiburan atau gossip tentang artis. Namapun gossip. Banyak fitnah dari betul.

Sedar atau tak, banyak juga berita yang kita copy dan paste tersebut rupanya tidak betul dan menyimpang dari fakta/kebenaran.

Antara media-media cetak juga, kalau korang perasanlah, ada yang menyiar cerita yang berbeza. Tapi, kita tak tahu lalu, kita salin menjadi entri. Disebabkan mereka ini media arus perdana kita terus percaya dan menerima berita itu benar.

Tak perlu cerita tentang akibat. Sendiri boleh fikir. Fikir dalam-dalam.

Contoh berita persepsi:

Suratkhabar A - mangsa telah dirogol sebelum dibunuh
Suratkhabar B - mangsa rogol dan bunuh
Suratkhabar C - ada kesan rogol dan bunuh

Polis - mangsa tidak dirogol
Persepsi - sebab mangsa ditemui tanpa berpakaian lengkap
Kesan - Tidakkah ini memalukan keluarga mangsa dan mereka yang terlibat?

Contoh berita salah fakta:
Suratkhabar A - mangsa diculik dan suami dibunuh
Suratkhabar B - mangsa diculik dan rakan ditembak
Suratkhabar C - mangsa diculik dan teman lelaki ditembak mati

Suratkhabar A - mangsa berusia 38 tahun
Suratkhabar B - mangsa berusia 40 tahun
Suratkhabar C - mangsa (umur tidak dinyatakan)

Kesan - kalau kesilapan kecil mungkin boleh dimaafkan. Apalah sangat pada usia. Kalau salah nama, terutama melibatkan VIP, akhbar kena cetak permohonan maaf dan membuat pembetulan.

Contoh berita salah maklumat:

Suratkhabar A - pengganas telah ditangkap
Suratkhabar B - pengganas ditangkap polis
Suratkhabar C - pengganas ditangkap petang tadi

Polis - tiada tangkapan dibuat
Kesan - Akbar membuat pembetulan dan melaporkan berita daripada maklumat dari pihak polis. Tapi adakah para blogger juga akan menyemak kembali entri copy paste akibat kesilapan-kesilapan tersebut ??? 

Itu hanya di antaranya. Mungkin korang ada pandangan berbeza....

Kesimpulannya - Kita juga harus ada kewibawaan untuk menapis isi berita yang betul dan jangan suka hati membuat cerita berdasarkan persepsi sendiri. Pastikan sumber maklumat dari pihak yang benar seperti polis yang ada disebutkan nama, jawatan dan gambar berkenaan. Kalau ada kesilapan silalah kita update maklumat yang telah disalin pada awalnya tadi.

Saya memberi ingat pada diri sendiri juga. InshaAllah...

Jom minum kopi:)

Keajaiban pada kematian Hero - si kucing bertuah

Hari ini Papa Hero keluar TV9 - Nasi Lemak Kopi O. Hari ini PH buka rahsia bahawa saat Hero disemadikan pada jam 12 tengah malam, badan dan anggota badan semua masih lembut seperti kucing hidup. Ini diakui juga oleh doktor yang merawat Hero. Sedangkan Hero meninggal lebih kurang 730 pagi... Maha suci Allah, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan makluk-Nya. DIA juga berkuasa atas tiap sesuatu.

Papa Hero berkongsi cerita bersama Luq dan FBI

Kes culik di Sabah VS kes culik oleh makhluk halus Villa Nabila

Minggu lalu orang sibuk bercerita tentang teguran Dato' CT terhadap Khairi Jamaluddin.  Isu dalaman FAM yang turut masuk campur tangan oleh penyanyi wanita no.1 dan menteri Belia dan Sukan itu mewujudkan kumpulan-kumpulan yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan isu terbabit. 

Sampai ada yang tak sedar, minggu lalu juga terjadi satu kes culik seorang wanita warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna Sabah. Dalam kejadian berkenaan, suami wanita berkenaan telah dibunuh. Pihak polis masih lagi menyiasat dalang terbabit dan siasatan menyeluruh telah dilakukan termasuk melibatkan pihak di negara Taiwan. Puak Abu Sayyaf dikaitkan sebagai penculik.

Pada masa baru hendak memberi perhatian pada kes ini, sekali lagi perhatian rakyat Malaysia tertumpu kepada suatu kejadian culik lain. Malah lebih hangat dan luar biasa. Sekumpulan remaja yang terpengaruh dengan filem Highland Tower aktiviti paranormal, bertindak untuk melakukan tinjauan sendiri di lokasi yang dikatakan menjadi tumpuan makhluk halus. Pada suatu malam, kumpulan remaja terbabit masuk ke rumah rumah tinggal yang bernama Villa Nabila Huda. Setelah masuk, berlaku kejadi histeria terhadap remaja perempuan. Setelah keluar dari Villa Nabila, mereka kehilangan jejak seorang daripada mereka. Laporan polis kemudian dibuat, tapi hebohlah satu Malaysia kononnya remaja itu ghaib di villa berhantu. Makhluk halus menjadi suspek utama. 


Alhaamdulillah, remaja 'diculik hantu' itu sudah kembali ke pangkuan keluarganya. usahlah menunding jari salah siapa-siapa di dalam kejadian ini. Remaja bernama Izzat itu juga tidak menyangka tindakannya bermalam di rumah kawan menyebabkan dirinya menjadi 'popular' dalam satu hari. Nasib baik dia tidak betul-betul diculik oleh makhluk halus. Jika tidak, bukan senang kita hendak menjumpainya semula.

Semua pihak harus menjadikan kejadian ini sebagai satu teladan. Jangan mudah sangat percaya kepada benda ghaib. Sampai jem jalan di Danga Bay disebabkan sekalian penduduk Johor/luar Johor hendak bertumpu di Villa Nabila. Kepada ibu bapa, kita harus lebih memantau tingkah laku anak-anak remaja. Jangan biarkan mereka berkeliaran di waktu malam lebih daripada waktu sepatutnya. Media massa/sosial juga mensensasikan cerita ini. Kita pula percaya! Maka salahkan diri sendiri jika telah terpedaya dengan khabar angin yang bertebaran itu. 

Mari kita kembali kepada kes culik yang benar-benar real dan terjadinya di Sabah. Seorang warga emas dari Taiwan telah diculik dan suaminya dibunuh. Mari kita doakan semoga beliau selamat dan akan kembali ke pangkuan keluarganya secepat mungkin. Bagi orang awam yang punya maklumat sila salurkan kepada pihak polis untuk membantu.
Ahli Keluarga Mangsa Culik, Bunuh Di Semporna Tiba Di Sabah
PETALING JAYA: Ahli keluarga mangsa culik dari Taiwan, Chang An Wei dan suami beliau yang dibunuh Hsu Min Li telah tiba di Sabah.
Abang An Wei, Chang Da Gong Hsu dan abang Min Li, Hsu Li Ren dan dua anak saudara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 11.30 pagi Selasa.
Mereka bertemu dengan wakil-wakil dari Malaysia dan Taiwan dan kini terbang ke Tawau.
Kumpulan ini datang dengan bagasi minimum dan kelihatan muram. [Berita penuh]

Villa Nabila: Budak 'kena sorok' dah jumpa pun

Berita terikini tak rasmi - Dah jumpa pun.

Apapun tunggu laporan rasmi dari pihak polis ye...


Kemain lagi sensasi berita remaja hilang di Villa Nabila.

Villa Nabila: Hanya seorang gagal pulang
Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.

Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.

Kemain ramai orang menyerbu Danga Bay.

Rupa-rupanya, budak Izzat tu 'menyorok' kat lain...

Lain kali hati-hati menyebar berita.

Lain kali jangan mudah terpedaya.

Walaupun faktanya, makhluk halus itu benar-benar wujud. Tapi tak sesuka hati hendak menyorok orang. Gelak dalam hati.
Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. [berita penuh]


[UPDATED] Tahniah PDRM, pembunuh Norazita ditangkap!

Akhirnya pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai AmBank beberapa minggu lalu berjaya diberkas pihak polis. Tahniah PDRM! Semoga keadilan dapat ditegakkan.

Foto: ROHAIZAT MD DARUS/THE STAR.
Tragedi yang telah berlaku walaupun menyedihkan, namun berjaya membuka mata banyak pihak tentang kehadiran ramai pengawal keselamatan warga asing yang tidak layak bekerja di negara kita. Penyelewengan oleh pihak syarikat keselamatan dan isu mykad palsu turut diselongkar, dan pemantauan yang giat mula dijalankan bagi membanteras penyelewengan ini.

Moga kejadian yang sama tidak berulang lagi pada masa depan. InshaALLAH.

Polis mohon Rozita Awang menyerah diri

Susulan kes dera kanak-kanak di sebuah taska di Taman Melati, pemilik taska berkenaan yang bernama Rozita Awang diminta menyerah diri di balai polis untuk membantu siasatan. Kes penderaan tersebut mendapat perhatian ramai apabila seorang bapa membuat laporan polis dengan bukti sebuah rakaman video yang menunjukkan pengasuh di TASKA Harapan itu memukul kanak-kanak sehingga lebam. Hemm... memang bijak kerana bapa kanak-kanak itu meletakkan kamera video di dalam beg anaknya bagi merakam perbuatan keji tersebut. Harap Puan Rozita silalah menyerah diri. Berani kerana benar...
Pemilik Taska Permata Harapan, Taman Melati Diminta Serah Diri
KUALA LUMPUR: Polis pada Rabu meminta pemilik Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati dekat sini, yang didakwa mendera kanak-kanak yang diasuhnya, supaya menyerah diri secepat mungkin bagi membantu siasatan.
Wanita itu yang dikenali sebagai Rozita Awang, 35, telah menghilangkan diri selepas seorang bapa membuat pendedahan itu kepada media pada 1 November lepas.

Wajah sebenar pengawal keselamatan yang membunuh pegawai bank


Dua gambar di atas saya ambil dari BLOG MAZIDUL...terjah ke sana untuk melibat lebih banyak gambar dan info berkenaan lelaki yang dikatakan kemungkinan dia ialah pengawal keselamatan yang membunuh pegawai bank Am Bank, allahyarham Norazita pada minggu lepas. Baca juga komen-komen di entri tersebut untuk mendapat pencerahan mengenai gambar dan info ditulis.

Kalau melihat pada status facebook lelaki bernama Ardi Ode Putra Katela, tak nampak pun dia seorang psikopat yang sadis. Sadis sebab kerana wang sanggup menembak mati. Kalau nak tembak pun, tembaklah tempat lain, kenapa mesti buat sampai berkecai? Seandainya seorang merompak kerana terpaksa, kerana desakan hidup pasti mempunyai sedikit perikemanusiaan terhadap insan yang lain. KECUALI dia psikopat yang mempunyai masalah mental yang serius. Sepertimana lelaki yang mengamuk dan menikam orang di LRT Gombak dan Taman Melati. Dia juga dikatakan lelaki yang baik. 

SERAM bila memikirkan kita hidup dikelilingi orang yang nampak baik luaran tetapi mempunyai hati yang kelabu, hitam dan gelap. Memang segalanya sudah takdir Ilahi, namun sebagai orang Islam kita ada cara untuk mencegahnya - AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR, jangan tinggal solat, banykkan membaca Alquran dan berzikir. Ini terapi baik untuk jiwa yang sakit. Insha ALLAH. Selepas usaha ini, berdoa dan tawakal untuk keselamatan kita dan ahli keluarga kita juga orang di sekeliling kita, negara kita!

GST: Cukai kepada semua

GST? Semua orang sebut pasal GST..apa GST? Tetiba aje orang nak marah kerajaan, aku pun nak marahlah! Aku pun nak bantah GST!

Boleh?

Sebenarnya saya sendiri ada kekeliruan tentang GST atau goods  and service tax ini. Sebelum ini saya sebut G=government, rupanya goods. Maksud dalam melayunya, cukai barangan dan perkhidmatan. Bukan cukai kerajaan. Nampak? Kat situ pun dah nampak ada yang kurang pengetahuan. Macam sayalah tu... Ia kerana kurang membaca atau kerana tiada penjelasan kepada umum?   Err..saya kurang membaca kot

Jadi, bila kerajaan sudah memutuskan untuk melaksanakan pada 1 April 2015, ada yang bangkit membantah. 6%, banyak tu... Sudahlah harga gula ditarik subsidi, sekejap lagi harga barang naik dan ditambah dengan cukai baru tentu sahaja ia menekan rakyat marhaen macam kita kita, awak awak dan saya. Kalau awak masih meminta duit dengan mak ayah, mungkin tak tahu perasaannya penat lelah mengerah titik peluh dan otak sampai stress mencari sesen duit. Bagi yang sudah bekerja sudah tentu lebih faham, lebih-lebih selepas dapat gaji, semua duit akan dihabiskan untuk membayar hutang PTPTN, sewa rumah, lone kereta dll. Jika sudah berkahwin dan ada anak, duit nak membeli lampin anak, susu anak, bayar sekolah anak dll. Pendek cerita semua orang ada tanggungan masing-masing.

Sebenarnya kenyataan di atas ialah salah. Ya salah tentang GST. Rasanya bukan saya seorang berfikir demikian. Maka kita masih ada tempoh setahun lebih untuk difahamkan apa GST itu dan akhirnya menerima dengan rela... atau terpaksa rela.Jadi apa yang betul atau salah kefahaman kita tentang GST?

1- GST tidak dikenakan ke atas semua jenis barang. Barang tertentu sahaja. Jadi jelaskan apa barang yang ada GST dan tak. Kalau sesiapa yang tak mahu membayar GST bolehlah dia mengelakkannya. PM sudah memberitahu bahan makanan asas dan perkhidmatan awam tidak akan dikenakan cukai. Tapi, apa lagi?

2- GST bukan cukai baru dan tambahan terhadap cukai sedia ada. GST ialah cukai yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan pada masa kini. 

Berapa ye cukai jualan dan perkhidmatan sekarang? Sampai tak 6%? Haa...kalau ia kurang dari 6% dan GST nanti 6%, maka terbebanlah kita! Tapi, kalau cukai jualan dan perkhidmatan sekarang lebih 6% dan digantikan dengan cukai baru iaitu GST sebanyak 6% sahaja, maka ia mungkin membantu.

Itu apa yang dijelaskan oleh PM semalam. Rakyat sebenarnya perlukan lebih pencerahan dan banyak penerangan supaya boleh menerima maksud kerajaan untuk melaksanakan GST ini dan kami akan lebih bersedia apabila masanya tiba.

GST

Bajet: Apa golongan berpendapatan sederhana dapat?


Sebelum bajet 2013 dibentangkan semalam, saya berharap adalah 'sesuatu' untuk golongan berpendapatan sederhana. Jadi, selepas terhurai segala isi kandungan beg rahsia Datuk Seri Najib semalam, pertanyaannya: Apa manfaat terhadap golongan berpendapatan sederhana?

Mungkin ada yang menonton, dan mungkin tidak. Kalau menonton pun, asyik mengantuk macam sayalah bosan menunggu tak dan nak salin dan dengar sepenuhnya. Jom baca highlight di bawah.



bajet 2014

1) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mencadangkan kadar cukai pendapatan individu dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai untuk menambah pendapatan boleh guna.  
"Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300,000 orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai,"   - DS Najib.
Manfaat ini bagi golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4 ribu sebulan di mana mereka tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Suka?
2) Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tahun 2013 bagi yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan  
"Langkah ini akan memberi penjimatan bayaran cukai sehingga RM480. Kumpulan ini telah menikmati penjimatan cukai sehingga RM475 ke atas pendapatan yang diperoleh pada tahun 2013 semasa kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai dalam bajet yang lalu," - DS Najib.

Bajet: Harapan adalah manfaat untuk golongan pertengahan

Pembentangan bajet tahun ini sememangnya dinanti-nantikan. Bagi penjawat awam , apa lagi kalau bukan bonus. Selain isu perumahan mampu milik, GST, hal berkaitan kebajikan rakyat  dll saya berharap adalah 'sesuatu' untuk kumpulan pertengahan seperti kami yang bekerja swata,  takde pencen, pembayar tegar cukai pendapatan, tak layak menerima BRIM dan yang sewaktu dengannya. Kalau namanya duduk bandar, gaji lebih 3k, anak ramai pastinya cukup-cukup makan. 

Alangkah best jika suri rumah pun ada mendapat habuannya. Hahaha...berangan sampai mati. 

Ok, bajet dah start kat tv. Buka ajalah channel mana sekalipun ada Datuk Najib berucap. Kalau suamiku dapat manfaat, bolehlah isterinya ini juga memohon bonus akhir tahun. Ahaks:)

Kalau warga negara kau kena tembak, kau marah. Bila depa buat jahat tembak orang kami, kau diam pulak!

WANTED
WANTED

Pengawal keselamatan yang menembak pegawai bank semalam dikhabarkan adalah warga asing. Dalam kejadian rompak dan tembak mati semalam, arwah sepatutnya tidak perlu ditembak. Dia langsung tidak melawan, mengikut kata saksi yang selamat. Dengan sikap kejam pengawal keselamatan tersebut, saya agak emo bila memikirkan dia ialah warga asing yang telah diambil bekerja menggunakan kad pengenalan palsu di negara ini. Saya sokong KDN tarik balik lesen operasi syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan beridentiti palsu ini. Harap ia menjadi kesedaran keada pihak syarikat yang lain.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, polis telah mengesan rumah suspek dan berhubung dengan isteri serta adiknya.

Adik suspek berkata, pembunuh itu berasal dari Sulawesi, Indonesia dan menggunakan kad pengenalan palsu. Mudahnya syarikat membekalkan pengawal keselamatan kepada bank terbabit dikelirukan selama kira-kira setahun. Bagaimanakah dia boleh diberikan hak untuk menggunakan senjata? Walhal syarikat menggajikan suspek, syarikat terkenal.

Suspek kini masih diburu.

Saya telah menjangkakan fakta itu dari awal, klik di sini.

Untuk pengetahuan semua, hanya warganegara Malaysia dan Nepal dengan pemit lengkap dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Warga INDONESIA berstatus penduduk tetap TIDAK LAYAK bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara kita. [sumber]
Dan lagi..
Pada hemat saya, pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor,  Norazita Abu Talib, 37 tahun, tidak perlu ditembak. Jika sekadar ingin merompak wang di dalam peti besi bilik kebal, pengawal keselamatan bank kini berstatus perompak hanya perlu mengacukan senjata pump gun digunakan ke arah beberapa kakitangan di sekitar, ambil wang dan kemudian beredar dengan segera.

Dilaporkan, ketika kejadian singkat itu berlaku, mangsa tidak melawan. 
[sumber]

Petikan berita lama di bawah:
SHAH ALAM - Penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim tampil mempertahankan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden tembakan yang mengorbankan empat rakyat Indonesia, Jumaat lalu. 

Dipetik dari sebuah portal, Kamal Affendi berkata, pihak luar khususnya tidak wajar mempertikaikan tindakan yang diambil atau dilakukan sesebuah kerajaan kerana ia adalah hak negara tersebut yang tertakluk kepada undang-undang negara masing-masing. 

Justeru katanya, kenyataan 'pedas' wakil Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat yang menyifatkan PDRM sebagai pengecut kerana menembak mati rakyat mereka amat tidak wajar sama sekali.

TOLONG PADAM/JANGAN SEBARKAN GAMBAR ARWAH...PLEASE!

Pagi-pagi lagi saya adik beradik sibuk cit cat di Whassap sebab seorang adik saya sudah hampir melahirkan anak ketiganya di hospital Kajang. Ketika entri ini ditulis, beliau masih di dalam labor room bertarung nyawa. Semoga Allah memudahkan proses kelahiran anak saudaraku itu.

Dalam sibuk kami berbual adik beradik, salah seorang adikku yang bekerja di bank memfowardkan berita sedih kejadian rompak dan tembak mati pegawai bank semalam. Adikku siap foward gambar ic suspek dan simati. saya menegurnya, 'macam polis'. Dia menjawb dia sekadar menunjukkan gambar ic, sedangkan ada lagi gambar ngeri yang diterima di dalam inboxnya hasil kiriman kawan-kawan. Saya melarangnya melihat gambar tersebut kerana khuatir dia terfikir dan terbawa dalam tidur. Sementelah dia sedang hamil 5 bulan. 

Adikku yang lain pula menambah, info tersebut sudah menjadi macam virus kerana ramai pemilik akaun fesbuk foward antara atu sama lain. Saya kata biarlah sebab penting kerana suspek masih berkeliaran. Orang awam perlu tahu supaya info dapat disalur kepada polis. Kemudian dia menambah lagi, jika gambar suspek, tak mengapalah tapi  jangan dipapar sekali gambar mayat dalam keadaan menyedihkan itu. Kasihan keluarga arwah.

Susah nak cakap sebab tak tahu niat orang yang berkongi gambar tersebut. Itu kita dikalangan rakyat marhaen, bagaimana jika media yang melaporkan? Kalau wartawan dan akhbar papar gambar ngeri atau mayat, gambaran seolah-olah mereka tidak sedar sensitiviti kepada keluarga yang terlibat. Adapun di situ cara mereka mengaut untung dan untuk menarik pembaca. Walaupun bukan semua, kadang-kadang ada kes yang terlepas siar juga. Kalau disoal kenapa, jawabnya sudah itu kerja mereka. Bagai mana pula kita? kita bukan wartawan pro, amatur pun bukan. Tentu boleh kita letakkan diri di tempat keluarga mangsa dan merasa bagaimana perasaan mereka. Soalan terakhir, jika semua pihak paham sensitivitinya, bagaimana gambar off record boleh terlepas siar kepada umum?

Tak lama tadi, adikku beritahu pula, ada permintaan dari pihak keluarga arwah supaya tidak memanjangkan gambar yang telah terlepas siar. Ini bagi menjaga hati dan perasaan keluarga mereka yang kesedihan. Alfatihah. Buat suami, anak-anak dan seluruh keluarga arwah bersabarlah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi. Ameen.

Jika ternampak, tolong sampaikan pesanan ini. Harap maklum.

Berita penuh:
SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.

"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.

Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.

Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.

"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.

"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu. [sumber]

Lagi mayat budak perempuan di dalam beg

Bila membaca tajuk beita mengenai penemuan mayat budak perempuan di dalam beg, saya teringat allahyarham adik Nurin Jazlin. Sedih pula pagi-pagi ini. Namun mayat itu dipercayai ialah remaja bernama Ng Yuk Tim yang dilaporkan hilang sejak keluar rumah pagi Isnin. Takziah buat keluarga mendiang.

Mayat Budak Perempuan Ditemui Disumbat Dalam Beg Pakaian
Mayat seorang budak perempuan dipercayai, Ng Yuk Tim ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas Shah Alam pada 10 malam Selasa. - Foto M. Azhar Arif/The Star.

Gereja dilarang menggunakan perkataan 'ALLAH'


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya - The Herald.
Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.
Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Pada 16 Februari, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakimanmenamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntutantara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KementerianDalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisiundang-undang, tidak sah dan batal.
Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan. [sumber]

...الحمد لله‎الحمد لله‎

Aeril Zafrel & Wawa Zainal sah suami isteri

Selepas main tarik tali dengan wartawan, akhirnya kedua pelakon ini mengaku juga sebagai suami isteri. Mmm...artis memang tak boleh lari dan menyorok kisah hidup dan peribadi mereka. Sampai ke lubang cacing wartawan ni kejar. Yang tak bestnya, menipu para peminat. Mati-mati mempertahankan penipuan itu.

Selepas ni boleh lah tayang anak mereka yang bernama Ahmad Fakharuddin Attar tu ye. Mesti comel macam Wawa. Walaupun marah, mesti peminjat tak sabar juga nak tengok foto mereka sekeluarga.

Tahniah. Terima kasih sebab mengaku dan tidak meneruskan penipuan :)

Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.


 

Kapal terbang terhempas di Sabah

Jarang berlaku tragedi kapal terbang terhempas di negara kita. Insiden yang terjadi hari ini melibatkan pesawat komersial MASWings. Setakat malam tadi diberitahu 2 orang yang maut. Pesawat dikatakan membawa 14 penumpang dan 2 krew. Kamalangan berlakukan dikatakan akibat faktor cuaca.

Takziah kepada pihak yang terlibat.