Smash house - tempat melepas geram?

Rancangan MHI tv3 ada papar tentang satu tempat untuk orang melepaskan tekanan. Pada hari ini, ramai orang mempunyai tekanan perasaan yang adakalanya tidak tahu di mana dan bagaimana hendak dilepaskan. Maka, terjadilah kes dan kejadian keganasan di dalam masyarakat kita.

Tempat apa tu? 

Smash House menyediakan perkhidmatan untuk melepaskan tekanan. Matlamatnya supaya dapat melahirkan masyarakat yang lebih aman tanpa vandalisme, keganasan dan masalah mental. Salah satu caranya dengan melempar pinggan mangkuk. Lempar dekat dinding kuat-kuat sampai pecah. Lemparlah sampai puas hati. Sampai perasaan sakit hati, geram dan benci itu hilang. Then, takde lah nak sepak terajang isteri kat rumah, pukul anak, rosakkan harta benda dan bunuh diri tapi tak mati-mati...


Pada saya, kalau setakat nak suka-suka boleh lah try, test dan cuba. Tapi sayang duit bro. Baik bersedekah kat masjid. Pahala dapat, Insha Allah hati juga lebih tenang. Tapi kalau sekadar nak mencuba up to you dan boleh intai-intai dekat sini


Sebagai orang Islam, kita lebih digalakkan untuk beristighfar dan berzikir supaya hati lebih tenang. Tak perlu lempar pinggan bagai. Tapi kalau terpaksa boleh cuba sebagai terapi. Itu lebih baik dari anda menjadikan anak bini di rumah sebagai tempat melepas geram.

Pesanan dari Prof Muhaya, sebelum tidur malam, maafkan semua orang supaya hati kita lebih tenang. :) 

0 comments: