Antara perkara penting yang mesti diambil perhatian oleh blogger baru ialah meletakkan iklan di dalam blog. Mungkin ada blogger yang blogging bukan kerana duit. Maka mereka tidak berminat dengan iklan, dan segala yang sewaktu dengannya. Fine.
Bagi blogger yang baru belajar menulis blog, sama ada kerana suka-suka atau kerana minat tetapi dalam masa yang sama ingin juga menambah pendapatan, maka bolehlah mendaftar dengan Nuffnang dan Churp Churp. Dua brand ini umpama adik beradik. Maksudnya, kedua iklan dari brand ini boleh berada di blog kita dalam masa yang sama. No conflict of interest! Nuffnang dan Churp Churp menyediakan iklan/kampen untuk dimuatkan di dalam blog/laman sosial kita. Ganjaran yang akan kita terima berdasarkan setiap klik dan jumlah pengunjug blog. Jika ramai yang datang, maka kencanglah akaun tabung korang.
Bagi yang berminat tu, bolehlah pergi ke website Nuffnang dan Churp Churp. Yang menariknya, Churp Churp kini telah berwajah baru setelah makeover! Si burung comel ini merupakan simbol Churp Churp.
The birdy looks purdy!
Kepada blogger baru yang tidak berminat untuk menampal iklan diblog, apa kata ringankan tangan untuk support blogger dengan klik iklan di blog mereka. Kemudian, merajinkan diri blogwalking ke blog-blog untuk membaca tutorial, mencari follower dan mendapatkan tips-tips dan panduan lain yang berguna untuk menjadi blogger yang berjaya. Apa susah, Google sahaja.
*** Ini adalah panduan untuk blogger baru sahaja. Pemberitahuan ini secara umum dan bukan untuk manfaat blog ini sahaja. Harap maklum.
0 comments:
Post a Comment