Pagi-pagi lagi saya adik beradik sibuk cit cat di Whassap sebab seorang adik saya sudah hampir melahirkan anak ketiganya di hospital Kajang. Ketika entri ini ditulis, beliau masih di dalam labor room bertarung nyawa. Semoga Allah memudahkan proses kelahiran anak saudaraku itu.
Dalam sibuk kami berbual adik beradik, salah seorang adikku yang bekerja di bank memfowardkan berita sedih kejadian rompak dan tembak mati pegawai bank semalam. Adikku siap foward gambar ic suspek dan simati. saya menegurnya, 'macam polis'. Dia menjawb dia sekadar menunjukkan gambar ic, sedangkan ada lagi gambar ngeri yang diterima di dalam inboxnya hasil kiriman kawan-kawan. Saya melarangnya melihat gambar tersebut kerana khuatir dia terfikir dan terbawa dalam tidur. Sementelah dia sedang hamil 5 bulan.
Adikku yang lain pula menambah, info tersebut sudah menjadi macam virus kerana ramai pemilik akaun fesbuk foward antara atu sama lain. Saya kata biarlah sebab penting kerana suspek masih berkeliaran. Orang awam perlu tahu supaya info dapat disalur kepada polis. Kemudian dia menambah lagi, jika gambar suspek, tak mengapalah tapi jangan dipapar sekali gambar mayat dalam keadaan menyedihkan itu. Kasihan keluarga arwah.
Susah nak cakap sebab tak tahu niat orang yang berkongi gambar tersebut. Itu kita dikalangan rakyat marhaen, bagaimana jika media yang melaporkan? Kalau wartawan dan akhbar papar gambar ngeri atau mayat, gambaran seolah-olah mereka tidak sedar sensitiviti kepada keluarga yang terlibat. Adapun di situ cara mereka mengaut untung dan untuk menarik pembaca. Walaupun bukan semua, kadang-kadang ada kes yang terlepas siar juga. Kalau disoal kenapa, jawabnya sudah itu kerja mereka. Bagai mana pula kita? kita bukan wartawan pro, amatur pun bukan. Tentu boleh kita letakkan diri di tempat keluarga mangsa dan merasa bagaimana perasaan mereka. Soalan terakhir, jika semua pihak paham sensitivitinya, bagaimana gambar off record boleh terlepas siar kepada umum?
Tak lama tadi, adikku beritahu pula, ada permintaan dari pihak keluarga arwah supaya tidak memanjangkan gambar yang telah terlepas siar. Ini bagi menjaga hati dan perasaan keluarga mereka yang kesedihan. Alfatihah. Buat suami, anak-anak dan seluruh keluarga arwah bersabarlah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi. Ameen.
Jika ternampak, tolong sampaikan pesanan ini. Harap maklum.
Berita penuh:
SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.
"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.
Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.
Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.
Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.
"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.
Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.
"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.
“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu. [sumber]
0 comments:
Post a Comment