Hari ni saya menerima mesej dari adikku di whassap grup famili kami. Ia berkenaan tentang bihun yang kononnya dibuat di kilang yang sama dengan tempat menternak khinzir. Info yang difoward dan disebar dari laman Facebook mungkin sudah sedia maklum oleh semua orang.
Namun, tanpa mahu mempercayai 100% berita tersebut yang kononnya sudah tersiar di berita tv3, saya mencari di laman Jakim sendiri. Kesahihannya anda pastikan sendiri menerusi gambar di bawah. Bandingkan dengan info yang anda terima. Biasakan mencari kebenaran sahih sebelum menerima sesuatu cerita yang tersebar meluas. Setuju?
Perhatikan, tarikh tamat masih panjang tapi sijil halal sudah ditarik balik... |
Nak lebih jelas klik pada gambar atau pergi ke website >> Halal Jakim
p/s Berbelanjalah untuk makanan yang bersih agar ibadah kita mudah dilaksanakan dan diterima baik disisi-NYA. Ameen...
0 comments:
Post a Comment